No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 6 Disember 2014

Upcoming Lycoris New Stock

    Jenis pokok bunga bawang ini tak perlu banyak penjagaan cuma tak tahu bila nak keluar tersenyum dan buat tukang kebunnya pun terkeluar senyuman melebar melebih-lebih juga. Pokok bunga lycoris ini kebiasaannya perlukan masa panas kering kemudian datangnya musim hujan banyak baru keluar tersenyum. Kalau gardener otai kata pokok bunga ini kalau musim kemarau dalam 10 hari sekali je siram pun tak mengapa. Yang gardener jenis setiap hari rutinnya menyiram kenalah control diri. Kalau kat Malaysia dengan purata hujannya banyak biarkan ianya di tempat yang menerima banyak pancaran matahari dengan rezeki hujan ianya bahagia survive dengan sendiri. Melihat daunnya sekejap subur ada kemudian bawangnya duduk senyap dalam tanah adalah kitaran yang biasa sementara nak bagi bawangnya sesuai dengan persekitaran baru. Tukang kebun tengok sekejap ada sekejap tak de daunnya. Kalau takde daun jangan cepat panik pula sebab kadangkala kebiasaannya tanpa daun bawangnya keluar terus tangkai bunga.

    Tanam bawangnya sekadar nampak ada pucuk bahagian bawang di atas sudah memadai. Tak perlu tanam dalam-dalam sekadar cover dengan tanah. Elakkan jenis tanah yang bertakung airnya. Jenis pokok bunga bawang yang tahan panas dan kemarau. Upcoming stok baru jenis-jenis lycoris di pertengahan bulan ini seperti berikut (limited stock 1 bawang RM18.00), boleh tinggalkan pesanan di kotak komen juga:

Momozono

Fawn

 Lycoris pun ada jenis misai (stamen) panjang atau yang pendek .

9 ulasan:

imm berkata...

naakkkk..hihihi..nnt imm pm dkat emel ye..

Julie M berkata...

Assalamualaikum, cantiknya Aurea tu tergodanya Julie...book sebiji ye kak...so beautiful yellow....

Sean L berkata...

I nak aurea 1, momozono 2 boleh tak?

suka suka berkata...

Book 1 momozono

Normala Saad berkata...

Belum pernah lihat siapa2 kat sini yang menanam pokok ni. Cantik betul bunganya. Color pun menarik.

Sean L berkata...

Bagi mereka yg belum menanam pokok nih, Lycoris cantik dan mudah nak jaga. Bunga Lycoris Fawn bila kembang memang cantik, lagi cantik dari dalam gambar

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Imm,

Tengah malam ni dah tutup order untuk lycoris.

Salam Bahagia Julie.

Waalaikumsalam.

Noted cuba dapatkan yang aurea tu.

Salam Bahagia Sean.

Boleh je for you. Memang mudah jagakan, siram pun tak perlu.Mine always among the weeds lay forgotten.

Salam Bahagia Kak Mar,

InsyaAllah cuba dapatkan.

Salam Bahagia Kak Mala.

Memang cantik bunganya, kalau dah tanam berbunga pasti tergoda nak tambah koleksi. Misainya tu mahal menggoda hehehe....

Tanpa Nama berkata...

Salam,
kalau belum terlewat, saya nak order ketiga-tiga jenis lycoris ni, 1 untuk setiap jenis.

rosniwatiamir@yahoo.com
TQ

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Rosniwati,

InsyaAllah ada bahagian lycoris disimpankan.