Crinum kesayangan big boss yang dibawa balik June tahun lepas dah settle in very nicely di Kebun Bahagia Bersama. Yang kembang pertama di belakang reban pun dah tumbuh beberapa anak di keliling asal bawangnya.
Dah lama nak dikongsikan kisah apa yang terjadi dengan pokok bunga crinum yang kembang menghadap pintu dapur ini last October lepas. Lepas bunganya dah layu, tukang kebun biarkan sahaja, bila weeding baru terperasan kenapalah daun di keliling flower stalk yang dah habis kembang ni nampak horror dan sakit semacam. Close inspection, alahaiiiii........rupa-rupanya ada yang bermastautin dekat keliling flower stalk yang layu tu. Masa tu rasa dah tak kuasa nak pay attention dekat dia, cuma kuis-kuis je itu ulat-ulat keluar dan biarkan keadaan pokok crinum tersebut begitu. Pasrah, let nature have its own way.
Tak lama lepas tu tanpa dijenguk, keluarlah kembali pucuk-pucuk daun yang baru dari bawang pokok crinum tersebut.
Yang paling mengejutkan tiba-tiba keluar flower stalk yang baru lebih banyak bunganya hadiah surprise dari kerja si ulat-ulat tersebut. Double happiness dari pokok crinum ini berbunga tahun lepas bila tukang kebun biarkan mereka buat pruning dekat flower stalk yang layu itu. Tukang kebun sepatutnya kalau dah layu flower stalk tu elok dipotong, sebab M-A-L-A-S or banyak tasks lain, ada jelah makhluk lain yang sudi membantu. Kita ingat diaorang ni E-V-I-L tapi ada juga peranan mereka dalam ecosystem Kebun Bahagia Bersama. Pokok kedondong hari tu lepas berbuah penuh dengan bena putih tu sampai dah macam kapas je tengok dari jauh, tukang kebun biarkan sahaja. Sekarang ni new shoots keluar lagi subur dan merimbun pokoknya nampak serta dah mula berbunga.
Internet Kebun Bahagia Bersama tak beberapa stabil at the moment.
6 ulasan:
Salam..yes..agreed..memang kadang2 rasanya serangga ni kerjanya merosakkan saja..tapi actually ada hikamah di sebalik kerosakan itu..cuma kita yang kurang faham the way it works..hee.. :)
cantik la crinum ni.
Salam Bahagia Tarique,
Serangga ni sebenarnya banyak membantu bab-bab pruning, yang kemudiannya bagi new shoots yang sihat untuk pokok-pokok kumpul tenaga balik. Kalau tidak kenapa terciptanya serangga-serangga tersebut. As they said you can't have it all. Kena share-share lah .
Awin ~ Tak banyak pakai ruang Awin selit sini sana. Bila dia tak bunga lupa pula dia ada. Bila berbunga barulah ingatkan dia.
Crinium ni ada utk jualan x..?
Ayu Azizan, yang ni tak open untuk dijual, bila ada baru announce.
Catat Ulasan