No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 6 September 2013

Cili Red Hot Long Cayenne

 Sesiapa yang suka spicy food bolehlah buat home-made serbuk powder cili cayenne dengan adanya menanam pokok ini di halaman rumah untuk marinade ayam dan lain-lain. Bukan itu sahaja kepentingan serbuk powder cili cayenne di rumah tetapi untuk masa kecemasan bagi ahli keluarga yang tiba-tiba menghadapi serangan jantung atau memerlukan CPR. Dalam keadaan kecemasan begini, ambil satu teh sudu serbuk cili cayenne dan campurkan dalam segelas air kemudian masukkan ke tekak mangsa atau pesakit. Cili Cayenne juga membantu circulation darah dalam badan. Bagi mereka yang menghadapi penyakit jantung digalakkan mengambil kerap cili cayenne dalam diet mereka. Nota peringatan untuk tukang kebun yang mempunyai anak hyper active baru masuk 4 tahun yang lahir dengan jantung tidak sempurna. Kadang-kadang parents Rayyan pun boleh lupa yang anaknya paling aktif tu ada cardiac problem. 

~ Biji Benih Cili Red Long Hot Cayenne ~
Anggaran 30 biji benih dalam satu pek (RM3.00)

Dalam bakul atas tu yang berwarna hijau adalah banana capsicum yang juga dalam stok minggu ini purple capsicum

Khamis, 5 September 2013

Zucchini Italian Striped

 Zucchini Italian Striped buahnya berbelang-belang. Bunganya pun boleh dimakan sekali. Kebiasaannya pokok zucchini akan mengeluarkan banyak bunga jantan sebelum timbulnya bunga betina. Masa ketiadaan bunga betina bolehlah buat goreng tepung bunganya ataupun sumbat dengan cheese. Kalau dah banyak sangat zucchini boleh juga buat zucchini bread. Rasanya bunga jantan tu buat masak lemak putih pun boleh juga.

Antara tuaian dari keluarga squash/cucurbit di Kebun Bahagia Bersama bulan ini juga adalah Spagetthi Squash.

 Biji-biji benih jenis squash yang ada dalam minggu ini adalah seperti berikut (sementara stok masih ada):

~ Zucchini Lebanese

~ Zucchini Greenskin

~ Spaghetti Squash

~ Pattypan Squash White Bush Scalloped

Rabu, 4 September 2013

Morning Glory Ungu (Ipomea Nil)

 Pokok morning glory ungu jenis single petal yang ditawarkan biji benihnya bulan ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai ruang yang banyak dan tak tumbuh meliar sampai tak boleh nak dijinakkan. Ini kerana pokok morning glory ungu yang dibekalkan bulan ini berbanding dengan jenis yang terror memanjat adalah jenis pokoknya dalam golongan morning glory adalah level renek sahaja. Biji benihnya morning glory yang ditawarkan bulan ini adalah lebih gelap warnanya dari gambar di atas very very Royal Purple dan jaluran di atas kelopaknya adalah lebih gelap. Gambar di atas adalah morning glory kikyo berwarna ungu/biru yang tepinya ada frill putih yang kebiasaannya digunakan istilah picotee untuk bunga-bunga yang kelopak tepinya berwarna lain. Pokok bunga morning glory sangatlah bahagia di tempat yang menerima banyak cahaya matahari untuk memberikan senyuman menawan yang banyak. Seronok pula lepas hantar anak ke sekolah waktu pagi tengok morning glory macam di atas memberikan senyuman lebar. Morning Glory Ungu yang dibekalkan bukan adalah jenis picotee tetapi corak muka bunganya mirip dengan jenis gambar di atas.

~ Morning Glory Royal Purple ~
Anggaran 15 biji benih satu pek (RM3.00).

NippleFruit (Solanum mammosum)

  Please forgive us, namanya ada dalam Bahasa Kebangsaan tapi tak terkeluar pula dalam kepala otak tukang kebun ni. Tetapi salah satu namanya dalam Bahasa Inggeris sangat menarik perhatian. Ia juga dikenali sebagai Muka Musang 'Fox Face' dalam bahasa Jepun Kitsune no kao. Buah Kitsune no kao berasal dari kawasan tropika benua Amerika dan tergolong dalam kaum kerabat terung. Buahnya tidak boleh dimakan. Tetapi bahagian-bahagian tertentu organ pokok ini dikatakan mempunyai fungsi dalam perubatan tradisional di pelbagai negara yang banyak tumbuh pokok ini. Dikatakan jus buahnya boleh digunakan sebagai detergent untuk cuci baju. Warna buahnya kuning-kuning keemasan menyebabkan pokok/tangkai buahnya menjadi popular digunakan sebagai hiasan untuk perayaan tahun baru cina. Pokok-pokok bunga bagi sambutan musim perayaan tahun baru cina kebiasaannya harganya 'skyrocket'. Untuk sesiapa yang hendak save budget bolehlah cuba-cuba menanam pokok ini untuk persiapan perayaan Tahun Baru Cina. Dalam kiraan tukang kebun jikalau disemai bulan ini dan pertumbuhannya baik, ada kebarangkalian untuk pokoknya sudah berbuah dan mula menguning/ranum semasa Tahun Baru Cina.

~ Biji Benih Terung 'Fox Face' ~

1 pek anggaran 10 biji benih (RM3.00).

Selasa, 3 September 2013

September Salad Seeds Sale RM1.00

   Bulan September ini cuaca di lembah Klang sudah nampak perubahannya makin ketara banyak hujan tanda-tanda ianya sudah mula monsun barat daya. Cuaca yang sebegini lebih mudah untuk menanam sayur-sayuran jenis berdaun seperti sayur salad. Sempena meraikan cuaca yang mula 'mild' bulan September ini, harga biji benih open pollinated sayur salad untuk satu pek ialah RM1.00 dengan anggaran 50 biji benih.

Pilihan jenis-jenis sayur salad/lettuce yang berharga RM1.00 selagi stok masih ada bulan ini ialah (boleh klik ke nama lettuce untuk visit posting sebelum ini):




Boleh membuat pesanan di kotak komen atau hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 2 September 2013

EDAMAME MANNARIHAKUCHOU (エダマメ 万成白鳥)

 Edamame MannariHakuchou bulu luaran pada kacangnya adalah berwarna coklat berlainan dengan Edamame Fuuki yang berwarna putih. Edamame MannariHakuchou keberangkalian buah kacangnya mempunyai 3 butir kacang adalah tinggi. Rasanya juga manis sedap direbus dan dimakan sebagai snack. Edamame MannariHakuchou dapat mula dituai anggaran 80~110 hari dari disemai biji benihnya.


Anak pokok muda edamame.

STOK HABIS.

~ Biji Benih Edamame MannariHakuchou~

Anggaran 10 biji 1 pek RM3.00 .

Ahad, 1 September 2013

Kacang Soya Fuuki 枝豆 富貴

  Kacang soya adalah sumber protein yang penting bagi yang mengamalkan diet vegetarian. Sebenarnya terdapat pelbagai jenis kacang soya tetapi malangnya yang didapati secara komersil kebanyakkannya adalah dari tumbuhan yang bakanya telah diubah genetiknya (Genetically Modified Organism).  Di negara kita masih belum lagi dipraktikkan atau dimasukkan dalam undang-undang yang soya bean jenis GMO juga perlu ditulis dalam kandungan bahan makanan yang telah diproses seperti tofu ataupun kicap. Di Jepun, bahan GMO akan ditulis dalam label ingredientnya. Bahkan sampai sekarang masih tukang kebun teringat dalam berita di Jepun beberapa tahun lalu, ada sekolah di Jepun persatuan ibubapa tidak membenarkan kantin sekolah menggunakan atau menjual makanan dari kacang soya GMO untuk anak-anak mereka. 
 Tahukah anda sebenarnya bulu-bulu halus di bahagian buah kacang soya ada pelbagai warna seperti putih ataupun coklat. Tawaran jenis kacang soya kali ini adalah jenis Fuuki (富貴) yang bijinya besar sedikit dari saiz average jenis kacang-kacang soya lain. Bulu kacang soya Fuuki adalah bewarna putih. Biji benih kacang soya kali ini adalah keluaran 

STOK HABIS.

~ Biji Benih Kacang Soya Fuuki 枝豆 富貴 ~
Anggaran 10 biji dalam satu pek RM3.00