No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 23 September 2013

September Tanam Salak Semalam

Salak buah

 Weekend lepas adik ipar sekeluarga datang menginap di rumah, sibuk sedikit tak dapat tukang kebun nak reply email atau komen secepat mungkin. InsyaAllah akan tukang kebun cuba reply secepat mungkin kalau internet connection di rumah tidak membuat masalah minggu ini. Kebetulan adik ipar pulang ke kampung sebelum minggu lepas, jadi dibawa ole-ole dari kebun parent in-laws tukang kebun buah salak.
Salak Pokok

Kebetulan pula biji buah salak yang disemai awal tahun ini dah besar jadi semalam 4 pokok telah dipindahkan nun paling belakang sempadan tanah.  Anak pokok tarap juga dipindahkan ke kebun belakang. Biji-biji benih avocado Sabah yang disemai pertengahan bulan Jun lalu semuanya bercambah dan pertumbuhannya sangat pantas sekali tanpa belaian. Kesemua pokok avocado Sabah tersebut sudah ketinggian anggaran 40cm. 2 Minggu lepas sudah dipindahkan sepokok avocado Sabah di bahagian depan, semalam lagi sepokok dipindahkan ke kawasan belakang.
Harapan hujan akan mula turun kembali membasah bumi di kebun belakang yang tak tersiram.

Ahad, 22 September 2013

Multi-Layer Clitoria Ternatea Tuaian Seeds Segar Semalam

 Dalam gambar perbezaan bunga telang yang multi-layer menindan bunga telang single petal di bahagian bawah. Tak tahulah kalau mata tukang kebun ni rabun atau pelik sikit, tapi tukang kebun rasa bunga telang yang berlapis-lapis kelopaknya adalah biru keungu-unguan. Manakala kalau yang single petal lebih terang biru (Royal Blue) warnanya. Biji benihnya asal dari Sabah dari kebun seorang kakak yang bermurah hati berkongsi biji benih bunga telang dan lain-lain pada awal tahun ini.
 Bunga telang multi-layer di Kebun Bahagia Bersama memanjat pancang style typee yang dikitarsemula menggunakan batang pokok kemuning. Pancang dari batang kemuning yang digunakan ini dah lebih setahun berjasa di tapak ini dan sudah 2 kali season sengkuang melilit ke atasnya masih utuh lagi. Tukang kebun perhatikan pancang yang menggunakan batang pokok kemuning lebih tahan lama dari pancang buluh kuning. Pokok-pokok multi-layer bunga telang tumbuh bersebelahan dengan pokok cili burung yang tumbuh sendiri courtesy of the birds. Syukur alhamdulillah di Kebun Bahagia Bersama tidak perlu kami menanam pokok-pokok cili burung, pokok-pokoknya tumbuh merata di sini sana hasil perkongsian cili burung dengan burung-burung yang melawat KBB. Yang menjadi tukang potong rumput atau tukang weeding di kebun kena melatih mata untuk kenal anak-anak pokok cili burung yang tiba-tiba tumbuh di tempat-tempat yang tidak disangkakan.

~ Biji Benih Organik Open-Pollinated Multi Layer Bunga Telang ~

1 pek anggaran 30 biji benih (RM3.00)

Boleh membuat pesanan di kotak komen atau emel (kebunkmg@gmail.com)

Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau MayBank.

Sabtu, 21 September 2013

Tuaian Segar Kelmarin Biji Benih Balsam Multipetal


 Bunga balsam adalah bunga yang amat mudah ditanam di kawasan tanah rendah tropika, sesuai untuk tukang kebun baru atau novice gardener. Pokok bunga balsam cepat tumbuh menghasilkan bunga kerana itu sesuai juga untuk menjadikan pilihan pokok untuk cepat mewarnai kawasan yang baru diterokai atau di taman laman rumah yang baru. Sebelum mendapat kesempatan masa untuk planning bakal pokok-pokok idaman yang akan menjadi penghuni kawasan tersebut bolehlah warnakan dengan pokok-pokok balsam. Pokok-pokok bunga balsam yang dibiarkan biji-biji benihnya meletup bertaburan suka hati di taman mudah akan meninggalkan bersilih generasi nanti (self-seed readily). Pokok balsam sukakan belaian sinaran matahari.
 Biji benih balsam baka yang ini, tukang kebun ambil dari rumah ibu mertuaku semasa PRU-13. Lepas tu tukang kebun lupa, duduklah biji benih sebelah TV di ruang dapur sampai nak masuk bulan Ramadhan baru teringat. Bila tengok plastik dah terbasah sebab dekat dengan sinki, biji benihnya dah banyak bercambah, cepat-cepat tukang kebun tabur atas tanah. Sekarang ni sementara tunggu 'bawang-bawang' bunga bangun dari tidur, pokok-pokok balsam bantu menceriakan kawasan tersebut.

~ Open-Pollinated Organic Multi-petal Balsam Flower ~

1 packet approximately 50 seeds for RM3.00.

Boleh pesan di kotak komen ataupun (kebunkmg@gmail.com) .

Khamis, 19 September 2013

Yang suka daun lemon

 Musuh ketat anak-anak pokok lemon beberapa bulan ini ialah this little devil ulat yang bertanduk ini. Anak-anak pokok lain tak kena pula. Tukar posisi batch semaian anak-anak pokok lemon yang berlainan pun masih mengalami nasib yang sama. Pokok-pokok lemon yang well-established atau matang lain tak pernah pula nampak ada masalah ulat ni. Sedap agaknya daun lemon anak-anak pokok muda kut. Oleh kerananya banyaklah daun-daun yang telah di 'snip' 'snip' ikut rentak corak ulat bertanduk tu di kala masa tukang kebun tak perasan. Jadi tukang kebun kalau perasan just squash squash squash on the spot. Tukang kebun tak de spray spray apa-apa so totally organically grown. Medium di mana anak-anak pokok lemon yang tumbuh sekarang adalah campuran tanah bakar dari kebun, tahi kambing, turkey, ayam-ayam mutiara dan itik yang bernama Josephine. So no synthetic fertilizer used.
 Batch pertama anak-anak pokok ni tukang kebun tak pasti jenis lemon yang mana satu biji benihnya disemai dari kebun sendiri, dah tercampur-campur masa tu. Big Boss kata elok tanam pokok lemon keliling pagar untuk susahkan unwanted visitor berkaki dua masuk kawasan kebun. Jadi mulalah tukang kebun sambil-sambil biakkan pokok-pokok baru. Bunga pokok lemon berwarna putih, dan pada awal pagi di kala embun banyak baunya pun wangi juga.
 Antara anak-anak pokok lemon first batch yang dah kebanyakkan tingginya lebih 15-20cm, jadi tukang kebun berada dalam situasi belenggu nak releasekan on sale or not. Tunggu lama nanti makin tak mudah makin besar nak buat shipment more expensive so I let you think about it and be honest about it. Lagipun ada dah tukang kebun ter-reply maybe September tukang kebun nak offer pokok lemon (sorry no reservation, first orders after this posting will receive first). Masa dipindahkan dulu panjang akarnya (akar tunjang) hampir sama dengan ketinggian anak-anak pokoknya (about >10cm) jadi tukang kebun kena pindahkan ke bekas yang lebih besar dan gunakan lebih banyak tanah (please consider 'berat' masa penghantaran). Secara jujurnya tukang kebun berkata kalau ada yang berminat nak pesan anak-anak pokok lemon batch pertama ini, bakal tuannya ada kebarangkalian menerima pokok lemon ada daunnya yang dah kena 'snip snip' sikit sini sana. Tetapi dalam batch pertama yang mana terbaik akan dipilih untuk penghantaran. Yang lain bila ada masa tukang kebun nak pindahkan ke kebun belakang tepi pagar. Entahlah antara jenis-jenis pokok dekat tapak semaian, semaian pokok-pokok lemon yang kena tukang kebun jenguk-jenguk sebab that little devil.

Rabu, 18 September 2013

'Raatraani' Night Blooming Jasmine

 Bagi penggemar bunga-bunga yang berbau harum, bunga night blooming jasmine (Cestrum nocturnum) adalah salah satu bunga yang boleh dibuat koleksi di taman. Bunga ini semerbak pada waktu malam, jadi elok ditanam berdekatan kawasan yang kebiasaannya beristirehat pada waktu malam. Siang pun ada bau tapi tak semerbak seperti waktu malam. Bila tengok dari sudut bawah seperti bintang-bintang dari langit.
 Pokok bunga night blooming jasmine pada tahun 2013 di Kebun Bahagia Bersama mula berbunga bulan Julai tahun ini sehinggalah bulan ini masih banyak menghasilkan bunga-bunga. Dah banyak kali tanya big boss apa pokok yang tepi sudut tempat adik lelaki selalu lepak malam-malam dekat verandah rumah. Big boss kata dia tak ingat tapi bunganya malam-malam wangi. Pokoknya adalah jenis bushy. Boleh trim pokoknya sesuka hati nak bentuk bulat ke bila dah mula bushy. Lepas habis musim bunganya bagi hard pruning pun tidak mengapa nanti naik tumbuh kembali. Bila tanam pokoknya pastikan siram selalu sehingga ianya dah sesuaikan diri. 
~ Night Blooming Jasmine ~

1 bekas RM10.00


Isnin, 16 September 2013

Spider Lily (Pack of 3)

 Banyak nama lain ada pada bunga spider lily ni ~ Sacred Lily of the Incas, Ismene, Basket Lily, Peruvian daffodil, Sea daffodil dan lain-lain (Hymenocallis X festalis). Sukakan jenis tanah yang moist. Bawangnya hendaklah ditanam diliputi tanah kesemuanya berbeza dengan cara tanam bulb hippeastrum/amaryllis. Kalau ada binatang dalam taman perumahan yang gila suka korek-korek tanah habis terkeluar pokok-pokok balik. Bolehlah cuba tanam pokok bunga spider lily keliling sebab bawangnya mengandungi toxic level yang rendah jika dimakan. Biasanya binatang ni deria dia kuat lagi expert dari kita untuk cam pokok yang ada toxicity atau tidak. Patutlah angsa-angsa dan itik-itik dekat belakang rumah tak pernah mengusik pokok ni di belakang, terselamat dari ancaman angsa-angsa. Angsa-angsa dekat belakang rumah pokok nanas yang besar daun bergerigi tajam tu pun boleh dikasi botakkan kalau tidak berpagar. Kalau mereka kebuluran anak-anak pokok pisang pun dikerjakan. Pokok bunga ini pun elok untuk orang sibuk bekerja sebab tak perlu penjagaan yang banyak dan good for instant garden atau rumah baru sementara belum ada masa nak fill in the new garden. Dulu masa menyewa di Johor, kami ada tanam di depan bahagian luar pagar rumah berderat sebelum nak masuk pintu pagar. Dekat Kebun Bahagia Bersama sekarang sebelum nak masuk pagar no.2 di luar dekat parit berderet tumbuh seperti kereta diapit atau disambut balik rumah dengan Spider Lily. Bukan di dalam kawasan rumah sahaja nak menanam kan di luar rumah kalau ada kawasan pun kalau boleh nak kasi nampak cantik juga kan.
~ Spider Lily ~
3 Bawang (>3cm) dalam satu pek RM10.00.

Kos penghantaran RM7.00.

Ahad, 15 September 2013

Magnolia COCO

 Cuma ada beberapa jenis pokok tergolong dalam genus Magnolia yang boleh hidup bahagia di kawasan tropika dan antaranya ialah pokok magnolia COCO. Bunga Magnolia adalah wangi terutamanya pada awal pagi. Bolehlah letak pokoknya berdekatan di tingkap bilik tidur. Bangun pagi-pagi disambut 'Good Morning' dengan bau wangi semulajadi. Lebih wangi dari brand perfume COCO Chanel agaknya hehehe...Walaupun bunganya hanya kembang sehari tetapi pokoknya tidak lokek tapi berterusan menghasilkan bunga. 
 Magnolia Coco juga dikenali sebagai Coconut Magnolia kerana bentuk putiknya dikatakan seperti kelapa muda/baby. Manakala, di tanahair kita dikenali sebagai bunga Cempaka Telur. Menarik kalau dibandingkan imej negara lain-lain. Mungkin kelapa tu bagi kita besar sangat nak panggil bunga ini, disebabkan itu banyak perbandingan saiz budaya kita panggil telur kut (pandai-pandai je tukang kebun ya). Mari kita lihat perkembangan bunganya dalam sehari untuk mekar dari putik hinggalah full bloom.
 Rasanya ada yang perasaan tukang kebun dah mula ada tab page 'BUNGA WARNA MERAH'. Minggu depan jika ada masa mula kemas kini tab page series 'BUNGA WARNA PUTIH' pula. 
 Anggaran saiz bunga magnolia COCO.
 Pokok Magnolia COCO sesuai ditanam dalam pasu sebab pertumbuhannya sangat-sangatlah perlahan. Pokok yang memang veteran dalam kebun kami ini anggaran tingginya sekarang 2meter dah berbelas tahun duduk bawah pokok manggis. Pokok manggis pun dah berbuah-buah sekarang seperti dalam gambar (huhuhu next month pesta manggis ka?). Kenapa duduk berteduh bawah pokok manggis? Pokok Magnolia COCO ni tak suka matahari terik, puteri lilin jadi ditanam di kawasan yang partial shade atau menerima filtered light. Jadi kalau ada balcony garden tak menerima banyak cahaya pun boleh cuba  sebab Magnolia COCO boleh tanam dalam pasu dan pertumbuhannya macam siput kalau banding pokok lain. Sasha kata gambar bunga ada nampak dreamy effect hehehe...natural light from background yang curi-curi masuk no editing required ;) .

~ Pokok Magnolia COCO ~
1 bekas RM10.00