No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Anak Pokok Sweet Basil Large Italian Leaves

 Jawapan untuk yang berkongsi pasu dengan pokok-pokok bunga seri pagi dari posting semalam ialah pokok-pokok herba Sweet Basil Large Italian Leaves. Sebenarnya pokok-pokok herba sweet basil dalam pasu di atas bukan ditanam oleh tukang kebun cuma ianya tumbuh dengan sendiri dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan dari asal pokok yang ditanam untuk pertama kali di kawasan tersebut awal tahun ini. Tukang kebun saja suka-suka tanam biji-biji benih Ipomoea tricolor antara pokok-pokok herba sweet basil large Italian leaves sebab tabiat lama tukang kebun pantang nampak kalau ada ruang di dalam bekas. Bagi gardeners yang dah lama kenali kami kenal yang kami memang selesa dengan container gardening. Tidak disangka ngam pula hubungan bunga seri pagi yang dah menjalar menghala ke atas pokok Ri Ri Ying dengan pokok herba sweet basil large Italian leaves. Memandangkan Sweet Basil Large Italian Leaves dan Ipomoea tricolor sukakan sangat cahaya matahari (Full Sun), mereka sesuai tumbuh bersama.
 Tukang kebun suka biarkan pokok-pokok basil berbunga untuk makanan si lebah-lebah pelbagai jenis berterbangan di kebun. Cuba perhatikan daun-daun pokok sweet basil apabila tanda-tanda mula menghasilkan kuncup-kuncup bunga, daunnya akan tumbuh menjadi mengecil. Biji-biji benih fresh Sweet Basil Large Italian Leaves masih dibekalkan (klik sini). Memandangkan ada juga pesanan untuk pokok-pokok sweet basil, Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan pokok sweet basil sekarang bagi gardeners lain juga.

~ Anak pokok Sweet Basil Large Italian Leaves ~

1 pokok RM4.

Boleh juga campur dengan pokok jenis lain dalam pakej '3 Plants Mix for RM10' .

Jumaat, 25 Oktober 2013

Pink Ipomoea variada


 Antara warna bunga seri pagi dari pek random mixed Morning Glory Tricolor (Ipomoea variada) berwarna merah jambu kembang berseri pada waktu pagi di kebun kami melilit pokok jenis citrus yang tumbuh sendiri di antara batu-bata depan dapur. Daun-daun pokok citrus yang identiti-nya masih belum diketahui kena makan ulat bulu bertanduk, si seri pagi tolong cover-coverkan sikit. Pokok seri pagi ini berkongsi pasu dengan siapa ya (jawapannya esok).

Isnin, 21 Oktober 2013

Pinto Peanut

 Tumbuhan pinto peanut atau dikenali juga dengan 'Arachis pintoi' adalah tumbuhan kacang yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan kacang tanah ataupun tergolong dalam kumpulan Fabaceae berasal dari sebuah kawasan di Brazil. Bila dilihat secara dekat daunnya memang mirip macam kacang tanah tapi tiadalah kacang tanah yang lumayan yang dihasilkan seperti kacang tanah. Sifat pembiakannya lebih kepada 'creeper' plant  atau menjalar menggunakan rizom yang tumbuh dalam tanah perlahan-lahan spreading bukan jenis tumbuhan yang self-seeded.
 Rupa bentuk muka bunga kacang pinto ini mirip dengan bunga sweet pea yang harum tu seperti bunga pokok kekacang yang lain. Keluarga kekacang adalah jenis tumbuhan yang boleh mengikat unsur nitrogen yang penting dari udara ke tanah dan membantu menyuburkan tanah. Nitrogen adalah unsur penting untuk tumbuhan membesar disebabkan itu ada yang mensyorkan untuk menanam jenis tumbuhan kekacang untuk menyuburkan tanah. Salah satu alternative ialah menggunakan kacang pinto untuk membantu menyuburkan tanah. Ianya juga salah satu tumbuhan yang dapat digunakan di dusun untuk menghalang pertumbuhan rumput dari bermaharajalela dan juga digunakan untuk tumbuhan yang diragut oleh binatang perternakan sebagai makanan.
 Tumbuhan kacang pinto juga sangat rajin berbunga, kalau dah banyak seakan macam bunga liar menutupi padang macam di luar negara sejuk. Setelah mempunyai sistem akar yang kuat, jangan risau kalau pakai mesin rumput yang jenis tolak tu tiap-tiap bulan boleh potong, lagipun pokoknya jenis sangat renek jadi blade di mesin rumput  tak beberapa menjejaskan pokoknya cuma macam kena trim sikit je bila lalu atasnya. Pokoknya bila dah well-established sangat kuat dah biasa dipijak-pijak jalan atasnya. Tumbuhan kacang pinto sudah berbelas-belas tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama, slow and steady menjalar di kawasan depan pintu dapur, bukan jenis yang invasive type. Tumbuhan kacang pinto adalah tumbuhan yang bagus sebagai tumbuhan menutupi tanah dan juga mengurangkan rumpai jenis lain untuk bercambah.

~ Pokok kacang pinto ~

1 bekas RM4.

Atau 3 bekas RM10.

Ataupun boleh campur dengan tumbuhan jenis lain di page ' 3 plants mix for RM10 ' .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen (jangan lupa email) ataupun di (kebunkmg@gmail.com) .


Ahad, 20 Oktober 2013

Fresh Angle Luffa Seeds

 Biji-biji benih petola segi yang disemai terus ke tanah pada pertengahan bulan Mei lalu telah banyak memberikan buah-buah petola kepada kami sehinggakan pada musim Raya Aidilfitri lalu banyak dapat kami jadikan sebagai hadiah hamper hari raya untuk saudara mara. Setelah biji benihnya disemai tidak sampai 2 bulan sudah dihasilkan buah-buah untuk stok sayuran segar dari kebun. Ketika peti ais asyik rosak, buah-buah petola segi segar adalah antara penyelamat utama dibuat lauk untuk kami sekeluarga. Tidak pernah langsung diberi makan dan minum semasa pertumbuhannya, tapi galak sungguh ia berbuah. Memadai dengan persiapan tanah digemburkan dengan tahi kambing sebelum benih disemai, kemudian nasibnya bergantung sepenuhnya dengan rezeki air hujan, almost maintenance free. Biji-biji benih yang disemai sudah beberapa generasi benih yang dituai sendiri oleh tukang kebun di Adelaide dahulu, tak disangka betapa seronoknya benih tersebut mendapat perubahan cuaca di Sungai Buloh. Kebetulan pula semasa rancak berbuah musim panas berjerebu di Sungai Buloh (Jun~Julai) . Nenek moyang biji benih yang dituai dahulu kerap terdedah dengan heat wave, panas dan kering serta malam yang lebih sejuk dari mana-mana Tanah Tinggi di Semenanjung ni. Salah satu hikmah mengumpul biji benih dari kebun sendiri dan bukan dari 'greenhouse', dari satu generasi ke satu generasi biji benih tersebut akan imprint dalamnya keadaan cuaca yang sudah adapt perlahan-lahan.
 Sebenarnya ada satu sifat yang tukang kebun selalu hairan dan tertanya-tanya dengan timing rancak kembang bunga petola segi dari kebun Adelaide hingga ke kebun Sungai Buloh. Dari pemerhatian tukang kebun, bunga-bunga petola segi kebanyakkan lebih mula berkembang banyak di sebelah petang berbanding pagi. Dulu di kebun Adelaide, tukang kebun rasa mungkin cuma perasaan tukang kebun sahaja kut, tapi rupanya sama juga pemerhatian di kebun Sungai Buloh kembangnya lebih kepada sebelah petang. Untuk mereka yang bekerja, di mana pollinators kurang sempatlah nak pollinate petola segi selepas balik kerja kalau sampai rumah sekitar pukul 6 (Gambar di atas diambil waktu senja).
 Petola segi yang ditanam sebenarnya pancangnya dikitar semula dari buloh bendera PRU13 tahun ini. Petola segi tak perlu tunggu besar nak tuai, saiz 20cm pun dah sedap nak tuai. Lama-kelamaan si petola asyik nak menceroboh kawasan hutan rimba roselle sampai tak perasan duduk celah-celah roselle hinggalah masa mengutip buah roselle.

~ Open-Pollinated Organic Angle Luffa Seeds ~
Anggaran 10 biji benih 1 pek (RM1.00)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pokok Ulam Raja

 Pucuk-pucuk pokok ulam raja adalah salah satu salad tradisional tanahair kita. Yang berminat kebun herba, atau makan ulam-ulam, pokok ulam raja jadi kewajipan nak ada dalam kebun. Confession of this gardener, tukang kebun kalau ulam jenis dikategorikan pahit ni susah sikit nak masukkan dalam mulut. Oleh itu, pada mula-mulanya tukang kebun memang tiada rancangan (hajat) rajin nak tanam pokok ulam raja di kebun. Tetapi tiba-tiba tumbuh sepokok ulam raja di depan arah pintu dapur cepat besar sendiri bagaikan johan tanpa tukang kebun sedari. Agaknya biji benih yang diambil oleh beloved husband dari kampungnya ada yang terbang kut dari tempat mengering benih (ataupun yang sorok-sorok teringin nak makan campakkan benihnya) buatkan adanya sepokok ulam raja berdiri dengan segaknya di dalam kebun kami. Bila makan pucuk ulam raja dari kebun sendiri rasa sedap pula setelah kena goda tengok beloved husband makan macam berselera je dengan budu. Tukang kebun pun sekarang dah pandai makan pucuk daun ulam raja. Akhirnya, kami biarkan pokok ulam raja tersebut berbunga-bunga dan benihnya terjatuh-jatuh di tanah mengakibatkan banyak anak-anak pokok ulam raja tumbuh sendiri sehingga menutup pokok-pokok asal lain. Ramai juga gardeners yang bertanyakan mengenai pokok-pokok ulam raja tukang kebun ada atau tidak sebab sudah beberapa kali dicuba dengan biji benih tapi belum ada rezeki. Tanam satu pokok, bila dah berusia pokoknya biarkan sahaja berbunga, InsyaAllah lepas ni tak perlu tanam lagi dengan anak-anak pokok yang muncul bagaikan magic di celah sini sana.

~ Pokok ulam raja ~
1 pot RM4.
Atau 3 pots for RM10.

Ataupun boleh campur dengan tanaman lain dalam kategori ' 3 plants mix for RM10' (klik untuk visit page tersebut).

Jumaat, 18 Oktober 2013

Fresh Cupid's Flower Mixed Seeds (Ipomoea quamoclit)

 Pokok bunga cypress vine yang ada pada satu era pernah menjadi popular menjadi pokok bunga hiasan yang melilit-lilit pagar rumah. Pokok bunga cypress vine memang mudah tumbuh di kawasan tropika di kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak. Warna bunga cypress vine yang biasa kelihatan adalah warna merah. Sebenarnya ada juga yang berwarna putih dan juga merah jambu.
 Walaupun pokoknya nampak seperti hiasan, ada nilai perubatan juga pokok cypress vine digunakan di merata-rata dunia ini. Salah satu nilai perubatannya, daun pokok cypress vine boleh ditumbuk lumat kemudian ditampalkan di kawasan yang mengalami pendarahan akibat buasir (hemorrhoids). Ada laporan mengatakan daunnya boleh dimakan tapi perlu dimasak terlebih dahulu, menyejukkan dan boleh mengakibatkan seseorang menjadi mengantuk. Sebab itu, ada yang kata boleh membantu mengurangkan demam (elok mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba).
 Tuaian biji benih fresh minggu ini di Kebun Bahagia Bersama salah satunya ialah biji-biji benih pokok bunga cypress vine (Ipomoea quamoclit) random mixed warna merah, putih dan merah jambu. Biji benihnya lebih mudah disemai terus di tempat ianya hendak biarkan tumbuh. 
Anak pokok bunga cypress vine baru bercambah dari biji benih (cotyledon stage).