No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 2 November 2013

Happy Deepavali

 Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Happy Deepavali kepada yang menyambutnya pada hari ini. Bestnya kalau dapat jemputan rumah terbuka. Tetapi hari ni kami di Seremban meraikan pernikahan dan perkahwinan adik saudara. Minggu ini juga bahagianya rasa apabila Momo Water Lily berbunga lagi sekali.

Jumaat, 1 November 2013

Cosmos Sowing Season

 Pokok bunga Cosmos 'Gloria' yang dipindahkan pada bulan September bersebelahan kolam akhirnya telah memulakan musim bunganya bulan ini. Dalam pemerhatian tukang kebun tahun ini, bulan paling sesuai menyemai biji benih cosmos ialah bulan September dan Oktober di Kebun Bahagia Bersama. Maksud tukang kebun tidak memerlukan pemerhatian dan tumbuh without any effort from the tukang kebun. Peranan yang dimainkan oleh tukang kebun ialah semai bijinya dan pindahkan anak pokoknya, yang bab-bab lain berserah sahaja kepada mother nature. Cosmos jenis pokok bunga yang tak cerewat dengan jenis tanah, cuma pastikan tanahnya bukan jenis yang bertakung. Sebab keperluan air cosmos tidak banyak. Musim hujan sekarang ni, kalau tak hujan pun, siram sekali dalam 2 hari pun memadai jka tanam dalam pasu, ia tak suka kakinya basah sentiasa. Err...tukang kebun tanam di tanah jadi tidak perlu siram dengan cuaca bulan ini. Cosmos ini sukakan sangat matahari, ini penting pastikan ianya menerima banyak kiss kiss dari Si Matahari ya.
 Peratusan percambahan cosmos juga sangat baik beberapa minggu ini, gambar di atas ialah biji benih Cosmos Seashell yang baru sahaja bercambah dengan ada anak pokok yang masih melekat 'seed coat'. Dalam beberapa hari sahaja dan tinggi seperti gambar di bawah. 

Gardeners lain yang mempunyai cuaca yang seakan sama dengan tukang kebun bulan ini bolehlah rajin-rajin semai biji-biji benih cosmos secepat mungkin.

Yang belum ada biji-biji benih cosmos, minggu ini stok segar biji benih cosmos yang ada di Kebun Bahagia Bersama ialah :

~ Cosmos Gloria
~ Cosmos Purity White
~ Cosmos SeaShell Mixed
~ Cosmos Sensation Mixed

Khamis, 31 Oktober 2013

Mary Washington Asparagus

 Kelmarin semasa mencabut  pelbagai jenis rumput di raised bed (bekas tangki air) dekat ampaian terserempak dengan 'tombak/spear' asparagus heirloom Mary Washington. Tidak tahan dugaan, tukang kebun tuailah rasmi campur dengan nasi goreng cina. Seronok dapat tuai asparagus walaupun saiznya tak sebesar di benua Eropah tapi dari hasil tangan sendiri di tanah rendah Malaysia teruja untuk menambah bilangan pokok-pokoknya lagi. Tambahan pula nak beli asparagus dari supermarket mahal di Malaysia ini tak akan masuk dalam budget grocery kami. Ada juga nampak biji benih asparagus Mary Washington yang dituai bulan ini sudah bercambah. Lupa bila weeding baru nampak dan teringat, sebab seedling ni memang tukang kebun tak ada tolong siram, naturally biji benih dia bangun with the help of mother nature di bawah canopy pokok durian. Sebagai nota tukang kebun supaya tak tercampur jenis-jenis heirloom dalam kebun. Heirloom asparagus Connover's Colossal yang hampir setengah tahun sudah usianya pokok ditanam dari biji benih berada di petak No. 1 Kebun Bahagia Bersama.

 Stok Heirloom Asparagus minggu ini yang ada ialah:

~ Heirloom Asparagus Mary Washington

~ Heirloom Asparagus Connover's Colossal

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

Selasa, 29 Oktober 2013

Moving out Sale for Hymenocallis

 Kawasan Kebun Bahagia Bersama sejak dulu kalau musim hujan yang mendebar-debarkan ialah banjir. Bukanlah kerap tapi dalam 5~10 tahun sekali tu ada terjadi. Prihatin jugalah Majlis Daerah terkejut juga dengan kedatangan personally pegawai-pegawai datang ke rumah meminta kebenaran untuk membesarkan parit di depan rumah untuk persediaan mengelakkan banjir. Tambahan pula sungai di kampung kami ini pun selalu dipantau dan akan dikorek untuk mendalamkan sungai dan melancarkan arus air. Ada kemungkinan satu kawasan parit tembok depan Kebun Bahagia Bersama akan dibesarkan di mana deretan pokok-pokok spider lily tumbuh. Memandangkan nasib spider lily yang nak elakkan dari terkubur di situ jika projek besarkan parit akan dibuat, nak kena berhijrah ke tempat lain pokok-pokok bunga spider lily tersebut. 
 Info selanjutnya mengenai Spider Lily boleh lawat posting dulu (klik sini).

 ~ Moving out Sale for Hymenocallis ~

10 bawang untuk RM10.
Kos penghantaran RM10.

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 28 Oktober 2013

Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers

 Bendi Heirloom Mammoth Spineless yang buahnya berusia 2~4 hari bersebelahan dengan Bendi Heirloom Burgundy yang berusia 3~4hari. Seperti binatang mammoth yang dah pupus dalam cerita animasi Ice Age, bendi heirloom Mammoth buahnya pun gemok gebu agak berbeza dengan jenis bendi-bendi lain.
 Paling sesuai dituai bila dah usia buahnya agak-agak 3 hari, sebab buahnya cepat besar. Kalau dibiarkan lebih 5 hari buahnya dah mula mengeras. Bendi mammoth kalau masakkan yang berkuah lama dalam periuk sesuai atau yang banyak kali dipanaskan macam kari. 
 Ada juga persoalaan mengenai jarak antara pokok-pokoknya? Ini keluasan 100cm X 50 cm. Jadi anggaran tukang kebun jarakkan antara semasa pemindahan anak-anak pokoknya lebih kurang 40cm. Pokok-pokok ini duduk di bawah pokok jambu yang baru diberi hard pruning oleh beloved husband jadi penerimaan cahaya matahari yang banyak sebab tak terlindung sementara pokok jambu tumbuh daun yang baru. Sebelah kiri pokok-pokoknya terhalang sikit dengan tembok penerimaan cahaya matahari jadi boleh nampak perbezaan pertumbuhan dengan kanan. Baja? Memadai dengan persiapan tanah sebelum dipindahkan anak-anak pokok digembur dengan tahi kambing.
 Antara serangga perosak bulan ini ialah yang lebih 3 hari pun melekat sesama mereka on the same spot tak gerak-gerak, sekurang-kurangnya tukang kebun sacrifice 1 buah sebab yang lain tidak diusik oleh mereka. Kemudian pokok-pokok bunga telang yang tumbuh sendiri menjalar pandai-pandai berkawan dengan pokok-pokok bendi mammoth (natural companion planting?). 

ALERT : Bendi Mammoth Spineless perlukan bantuan Seed-Savers supaya mereka tak pupus seperti furry 4-legged Mammoth.

~ Fresh Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers ~

Approximately 15 seeds per-packet for RM3.00 .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 27 Oktober 2013

Rare Heirloom White Balsam Multi-Layer Purple Splash

 Biji benih balsam putih multi-layer purple splash ini juga seperti Balsam multi-layer tuaian biji benih segar bulan ini diambil dari kebun mother-in-law tukang kebun. Bunga balsam berwarna putih ini berlapis dan seperti secara rambang diwarnakan dengan warna ungu di kelopaknya. Balsam putih dwi-warna ini adalah jenis heirloom.
 Pokok bunga balsam putih dwi-warna dengan iklim di Lembah Klang ini sungguh mudah tumbuh tidak memerlukan banyak pemerhatian. Pokok bunganya hidup kembang berseri di kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak. Pokok bunga balsam jarang-jarang ada musuh.
 Ada juga yang balsam putih dengan random splash warna merah. Tetapi stok bekalan balsam jenis ini, kali ini lebih kepada random splash warna ungu.

~ Rare Heirloom Fresh White Multi-Layer Balsam with Purple Splash Seeds ~

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) <Limited Seasonal Offer>.