No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 4 Januari 2017

Star Wars Legoland

 Cuti sekolah hujung tahun lepas baru-baru ini, tujuan sebenar kami bercuti ke Johor ialah untuk menunaikan janji hadiah keputusan yang baik kepada Ilhan untuk melawat Legoland. Sebenarnya hadiah ke Legoland ini untuk keputusan peperiksaan pertengahan tahun lalu bukan periksa akhir tahun. Tapi Ilhan pula kata kalau mama tak cukup duit takpe yang Cuti-Cuti Sandakan naik bot kat Sungai Kinabatangan (related posting klik sini) pada cuti sekolah September lepas anggaplah inilah hadiah untuk Abang Ilhan dapat keputusan baik pertengahan pertengahan tahun ya Mama. Itulah yang dikatakan oleh Ilhan kepada Mama masa kami ke Sandakan. Seronok sangatlah tu trip ke Sandakan.
 Cair-cair jugalah hati Mama Ilhan bila Ilhan cakap begitu. Tapi sebenarnya masa pergi Sandakan sudah pun tiket masuk ke Legoland dibeli sama-sama hari dengan booking trip ke Sandakan. Cuma Mama tak kasi tahulah dekat Ilhan supaya Ilhan more motivate nak belajar sungguh untuk peperiksaan akhir tahun. Cuma Legoland rancangannya lewat sikitlah kena tunggu hari apa sesuai Papa dapat cuti kerja. Pengesahan bila kami ke Legoland dah atur hotel dan tiket takde cerita dekat anak-anak hinggalah mereka dapat keputusan peperiksaan akhir tahun lepas. Dari bulan September lagi kami sudah rancang ke Legoland.
 Syukur Alhamdulillah walaupun Ilhan masih dapat kekalkan No. kedua dalam kelas di Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan, prestasi markahnya lebih bagus. Kali ini juga dapat hadiah untuk markah paling tinggi dalam mata pelajaran Sains untuk seluruh darjah tiga. Yang kelakarnya sebelum peperiksaan gara-gara nak sangat mandi sungai di kampung, Tukang Kebun syaratkan kalau nak mandi sungai kena habiskan satu buku latihan Sains ini. Dalam dua jam Ilhan pulun seorang buat sampai habis satu buku latihan Sains gara nak mandi sungai sangat. Yang Rayyan tak kisah pun buat tak tau je walaupun dikenakan syarat. Abangnya pulun buat latihan, Rayyan dan Abby bising-bising main.
 Buat masa umur sekarang ini, kami tiada hantar anak-anak ke kelas tambahan. Kasihan lagipun sekarang kalau bukan cuti sekolah tiada masa pun mereka nak bermain sangat. Masa dah dipenuhi dengan Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. Itupun Tukang Kebun cuba elakkan hantar kelas seperti taekwando pada hujung minggu untuk mereka berehat. Lepas sekolah, sebelah malam ada kelas taekwando lagi. 
  Syukur Alhamdulillah masih Ilhan dan Rayyan boleh ikut pelajaran di sekolah tanpa kelas tambahan. Anak-anak lelaki pula ligat bermain. Bermain juga bagus salah satu perkembangan minda diorang. Cuma baju tu kekadang dah tak boleh tanggal kotorannya, bukan sahaja baju sekolah, baju jasmani pun cepat sahaja berlubang koyak sini sana. Kasut pun tahun lepas berapa pasang beli pakai sampai hancur dipakainya. Tapak kaki Ilhan pun dah sama saiz dengan kasut nenek. Kejap lagi dah sama saiz dengan Tukang Kebun. Sekolah Ilhan sebelum cuti sekolah lepas ada beri sepasang kasut untuk setiap murid tetapi Ilhan dan seorang kawan belum dapat lagi Mama. Sebab tapak kaki Ilhan besar tak de stok. Rayyan pula terbalik, belum dapat lagi sebab kaki Rayyan kecik. 
 Bahagialah hati Ilhan bila selamat sampai ke Legoland. Kami duduk depan kumpulan yang masuk sama tetapi bila keluar paling terakhir. Satu persatu Ilhan belek replika kecil dalam wayang Star Wars ni. Biasanya tak semangat nak ambil gambar. Kali ini semua cepat sedia nak ambil gambar.
 Tukar angin pula mama Ilhan bila ke Legoland, selalunya penuh petik gambar tumbuhan je, kali ini mencuba ambil gambar miniature scenes dalam Star Wars. 
 Compact digital camera pun dah ketinggalan zaman, cuba-cuba jelah tangkap gambar Ilhan mana yang boleh untuk kenangan hadiah trip to Legoland. Every boys dream.
 Papa Abby seronok cari button je mana boleh tekan ada pop out apa-apa yang keluar gerak dari miniature Star Wars ni. Cuma Ilhan belum tengok semua movie Star Wars lagi jadi ada yang scene dia tak tau. But I'm sure bila dia tengok nanti, his photographic memory boleh imbas balik. 
 Musim cuaca sekarang ini pokok-pokok kapas di kebun rajin sungguh berbunga dan menghasilkan kapas-kapas. Elok tunggu hari kering untuk tuai kapas-kapasnya. Selain dari kapas untuk buat baju cotton. Pokok kapas juga banyak kegunaan ubatan secara tradisional.

Info lanjut mengenai manafaat pokok kapas boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pek biji benih kapas anggaran 20 biji benih RM3.00 ~

~ 500gram akar organik pokok kapas RM25.00 (boleh dipos) ~
Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan pucuk mulberry muda hanya yang datang self-collect seikat RM1.00.

Juga 1 kilogram buah limau organik campur-campur jenis RM6.00 (boleh pos).

Mohon maaf minggu ini kami tak berkesempatan untuk uruskan pesanan-pesanan untuk dipos. InsyaAllah minggu depan kami akan pos seperti biasa.

Selasa, 3 Januari 2017

Perjalanan ke Simud Putih

  Kebetulan semasa kami melawat Gua Gamantong adalah Hari Malaysia. Ternampaklah bunga raya merah ini cantik kembang mekar di Gua Gamantong ambillah gambar kenangan Hari Malaysia tahun 2016. Yang kelakarnya semasa kami kononnya nak trekking naik cari Gua Simud Putih pula terserempak ada tiba-tiba sekuntum bunga raya merah sesat out of place dalam hutan perjalanan ke Gua Simud Putih. Lalu dipesan anak-anak jangan diangkat ambil biar, jangan diusik. Rupa-rupanya bila turun dari trekking ke Gua Simud Putih ada pokok bunga raya dekat arah balik ke kawasan tempat letak kereta.
 Selepas masuk tengok interior Gua Gamantong yang belah Simud Hitam (related posting klik sini), tengok brochure yang diberi masa beli tiket dah alang-alang sampai kalau sempat nak tengoklah juga yang belah Simud Putih. Lalu ikut peta bergeraklah kami anak-beranak ke arah trek Simud Putih. Terkejut juga mencabar juga ini kena lalu sungai lagi lompat-lompat batu. Masing-masing dengan slipper atau sandal.
 Dalam celah-celah rimbunan daun-daun kering, dekat cahaya samar-samar ada kulat comel di atas ini. Nampak lutsinar warna macam isi buah jambu batu kampung yang merah jambu tu.
 Dekat simpang nak naik ke arah Gua Simud Putih ini sebelum kami trek ke atas, kebetulan macam ada orang di kawasan ini berborak. Untuk kepastian Tukang Kebun tanyalah bila nak balik adakah ikut jalan balik ini semula ke arah bertentangan dengan anak panah Simud Hitam ini. Seorang membalas ya sana balik. Cuma setelah mendaki naik, papa Abby pun agak terkejut kenapa tidak diberitahu jalan agak curam nak naik ke arah Simud Putih ini dari orang local. Yalah sebab kami dengan budak-budak kecil.
 Tukang Kebun perhatikan orang tempatan yang kerja cari sarang burung di sini tak berapa peramah orangnya. Tidak beberapa nak berinteraksi dengan orang luar. Yalah kawasan gua ini sahaja yang sebenarnya dah kira macam hak diambil dari mereka untuk dibuka kepada orang luar. Sebab masih lagi banyak kawasan gua-gua di Sabah ini yang tempat ambil sarang burung tidak boleh masuk sebarangan kena minta izin penghulu kawasan gua tersebut baru boleh. Tradisi memang setiap keluarga turun-temuran ada kawasan masing-masing yang ditetapkan milik tempat ambil sarang-sarang burung.

  Mula-mula pelik juga bila lihat kelakuan lelaki-lelaki dewasa muda yang bila lihat kelibat mereka laju berjalan ke arah kita apabila mereka ternampak kelibat Tukang Kebun dan Rayyan terus tiba-tiba berhenti macam menyorok-nyorok takut melihat kita. Rasa terbalik pula rasa macam diorang ini tengok kita macam harimau betina tengah jaga anak-anak. Patutnya kita rasa takut sebab dah ketinggalan oleh papa Abby dan Ilhan. Konon ikut momentum Rayyanlah takut dia penat sangat setelah patah balik trekking ke Gua Simud Putih, padahal mama Rayyan yang out of breath. Bila dah nampak macam kita buat dah sedar nampak diorang, laju mereka memintas kita tanpa kata apa. Biasanya kalau di Sabah ini, kita akan ramah tegur sapa limpas dulu ke seperti itu. Kalau tidak pun sedekahkan senyuman.
 Curam betul kami nak trekking naik ke arah Gua Simud Putih dengan sebenarnya naik jalan bersebelahan dengan ketinggian Gua Simud Hitam. Sehingga papa Abby dukung si Abby pun kena suruh Abby duduk belakang badan pegang kuat-kuat. Surprisingly, abang-abang Abby, Ilhan dan Rayyan laju daki naik ketinggalan mamapapa. Sehinggakan mama kena panggil berhenti dulu tunggu nanti mamapapa tak nampak kamu orang dah kat mana. Bila sampai ke atas dekat puncak Gua Simud Hitam ternampak ada pintu pagar baru tengok peta betul-betul macam jauh je lagi ni kalau nak betul-betul pergi Gua Simud Putih atau Ulum-Ulum. 

  Kelihatan jalan makin berbatu-batu dan memandangkan bila naik sampai sini pun sudah pukul empat lebih. Lagipun kami tak pakai proper attire dengan seliparnya. Di sini jugalah agaknya antara lubang-lubang tinggi yang kelihatan dalam Gua Simud Hitam yang kami masuk dahulu. Jika proper planning agaknya menarik juga tunggu di atas area ini tengok kelawar keluar serentak ramai-ramai di waktu senja. InsyaAllah bila Abby dah boleh berjalan sendiri, bolehlah kami datang lebih awal hiking di kawasan ini. Patah pinggang Papa Abby asyik nak berdukung sahaja. Nak kena makan banyak pucuk ubi kayu ini persediaan pergi Gua Gamantong lagi di masa hadapan kasi kuat tulang.
 Walaupun kami tak kesampaian ke Gua Simud Putih, daki sehingga ke sini pun dah puas hati dapat tengok pemandangan hutan dara yang tebal. So breathtaking even when you're out of breath. Di sinilah agak-agaknya masih kawasan di mana hidupan liar seperti orang utan masih bebas bermain-main. Kami terpesona melihat pokok besar di atas yang kelihatan usianya beratus-ratus tahun duduk bertenggek di atas batu Gua Gamantong, a work of art from nature.
 Syukur Alhamdulillah selamat juga kami turun dari Gua Gamantong Simud Hitam punya belah atas. Kesian lenguh tangan Papa asyik kena dukung Abby. Si Ilhan dan Rayyan masih bertenaga dan teruja melihat keindahan semula jadi. Hari ini sudah Back to School lah. Puas sudah cuti sekolah baru-baru ini macam-macam tempat berjalan.
 Di depan tempat masuk Gua Gamantong ini ada taman kecil dengan pokok buah-buahan.  Ternampak juga macam ada pokok rambutan di situ. Seronoknya kami dapat melihat burung enggang liar di situ. Yang ini jenis burung enggang species kecil (Oriental Pied Hornbill?) dengan paruhnya lebih ke kuning cair.
 Terima Kasih kepada Encik Zul penternak kelulut tinggal di Shah Alam yang ada dapatkan bekalan pokok-pokok Red Powderpuff untuk sumber makanan kelulutnya dari Kebun Bahagia Bersama ada inform dah berbunga-bunga sudah pokok ini di Shah Alam.

 More info on Red Thailand PowderPuff (Combretum constrictum) rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

Special Sales January 2017 only 1 pot of Red Thailand PowderPuff RM10.


Isnin, 2 Januari 2017

Gua Gamantong Simud Hitam

 Setelah selesai trip kami di Abai Kinabatangan Wetland Resort sampai ke jeti, kami mula bergerak ke arah Gua Gamantong pula. Dari zaman remaja lagi Tukang Kebun teringin nak melawat Gua Gamantong. Syukur Alhamdulillah sampai juga hajat Tukang Kebun nak melihat suasana keadaan Gua Gamantong dengan mata sendiri. Memang sepanjang perjalanan kalau dalam daerah Sandakan ini dipenuhi dengan ladang-ladang kelapa sawit. 
 Bila dah jumpa signboard masuk simpang jalan ke arah Gua Gamantong sedang berborak-borak dengan dear husband yang memandu. Sekali tak disangkakan sekali atas pokok nampak dari atas jalan raya ada dua orang utan remaja sedang lepak-lepak. Lekas Tukang Kebun spontan suara tinggi bang berhenti kereta bang ada orang utan atas pokok tu. Nasib baik memang jalan sunyi sahaja ketika itu jadi memang atas jalan raya terus kami berhentikan kereta sambil tengok aksi-aksi orang utan tersebut. Memandangkan jauh agak sukar nak ambil gambar dalam kereta dengan camera compact yang dah lama ketinggalan zaman ini.
 Hati berbelah bahagi nak keluar dari kereta untuk bergerak mendekati mereka. Memang dah agak kalau keluar dari kereta memang mulalah orang-orang utan ini yang pemalu mula nak menyorok dari santaian mereka atas pokok tersebut. Bila Tukang Kebun nak dekati ke pokok tersebut memang mulalah orang-orang utan bergerak masuk ke kawasan hutan yang lebih tebal sukar untuk mengekor mereka.
 Nasib kami juga agak baik dapat memerhatikan jenis burung helang yang unik di Borneo ini di kawasan nak masuk ke arah Gua Gamantong iaitu jenis Crested Serpent Eagle. Gua Gamantong yang terletak di tanah rendah kawasan Kinabatangan juga seperti di Abai mempunyai tumbuhan memanjat yang menarik . Yang ini cantik daunnya seperti di atas bercorak variegated berbanding dengan yang sempat kami nampak di Abai Kinabatangan (related posting klik sini).
 Dari pintu masuk gerbang Gua Gamantong tempat membeli tiket nak ke Gua Simud Hitam memang ambil masa jugalah berjalan kaki dalam anggaran 20 minit ikut kepantasan kaki masing-masing. Jika hujan agak licin ya jadi berhati-hatilah. 

 Jadikanlah perjalanan nak sampai ke pintu masuk gua Simud Hitam lebih menarik dengan mencari macro dan microorganism di sepanjang walkway tersebut. Tempat pegang walkway pun ada juga hidupan yang menarik untuk diperhatikan.
 Dekat kawasan gambar ini ada disediakan tandas awam untuk yang memerlukannya dan tidak ketinggalan tempat mandi, jadi bawalah sabun dan shampoo siap-siap. Kawasan perumahan sementara bagi mereka yang berkerja mengutip sarang-sarang burung. Ada musim-musim tertentu sahaja yang ada lesen boleh mengutip sarang-sarang burung di kawasan Gua Gamantong ini. Salah satu peak harvest season adalah bulan Ogos. Antara buah-buahan yang ditanam di sini adalah pokok nangka.
 Seronok ralit juga tengok keluarga anjing muda ini yang menjaga peralatan tuannya. Kuat sungguh tenaga fizikal orang yang bekerja mengutip sarang burung ini. Kedengaran ada seorang kawannya yang memanggil dari kawasan curam perumahan atas area gua gamantong itu kepada kawan yang sedang dalam rumah ini. Tangkas laju sahaja kawannya berlari naik ke atas sekelip mata ke rumah yang terletak tempat tinggi Gua Gamantong tu macam superheroes di celah-celah rimbunan semak tersebut.
 Bila sampai dekat dengan signboard hijau di atas ini dah depan mulut gua Simud Hitam cuba perhatikan banyak sumber tanaman makanan di sini teramatlah subur sebelah aliran sungai. Banyak baja organik yang didapati dari gua ni.
 Lebatnya buah limau kasturi di tepi papan tanda hijau tersebut. Kemudian kelihatan kesan pucuk-pucuk ubi kayu yang baru sahaja dipetik dari pokok-pokok ubi kayu di gambar bawah pastinya telah ditanam oleh penduduk di sini sebagai sumber makanan mereka. Daun pucuk ubi kayu memang telah dikaji banyak manfaat untuk kasi tulang kuat seperti minum susu bagus untuk elakkan osteoporosis (related posting klik sini). Pekerjaan nak kutip sarang-sarang burung di tempat tinggi ini tak mudah, memang tulang nak kena kuat. Amalan pemakanan penduduk di sini turun temurun menjamin kesihatan fizikal mereka. Gabungan vitamin C dari buah limau kasturi dan vitamin K dari pucuk ubi kayu membantu melengkapkan keperluan nutrisi penduduk kawasan ini yang jauh dari pekan.

~ 1 pot limau kasturi RM5.00 (klik sini)~

~ 7 keratan batang ubi kayu baka Sabah RM5.00 (klik sini) ~

~ 7 keratan batang ubi kayu daun tirus jejari RM5.00 (klik sini)~
 Di bawah titian nak masuk ke mulut Gua Simud Hitam ini berdekatan sungai kecil pula ada ditanam keladi dan keberangkalian sayur meranti liar juga ada.
 Berpuluh tahun dinantikan masuklah kami ke mulut Gua Gamantong Simud Hitam. Terima kasih kepada perkongsian pengalaman Abang Din yang dah bertahun-tahun membawa pelancong ke Gua Gamantong , guide di Kinabatangan Wetland Resort tahulah kami apa persediaan mental nak buat sebelum masuk ke gua. Memang semasa bercerita mengenai Gua Gamantong ada Abang Din kata kalau nasib baik memang di Gua Gamantong boleh terserampak hidupan liar seperti orang utan dan lain-lain. Tips Abang Din kata biasanya bird-watcher suka pergi sebelah nak dekat senja sebab cantik gambar bila haiwan-haiwan malam keluar dari pintu gua di sebelah atas.
 Inilah pemandangan dalam Gua Gamantong yang dipanggil Simud Hitam luas ruangnya. 
 Tinggi sungguh dinding atas gua ini. Betapa mencabarnya kerja mengutip sarang-sarang burung dalam gua ini dengan hanya peralatan tradisi dan asas.
 Banyak betul sumber baja organik di sini. Yang tak tahan masuk Gua Gamantong ini ialah banyak betul berkeliaran lipas-lipas. Itulah pesanan Abang Din yang tak tahan dulu nak jadi guide bawa pelancong di Gua Gamantong ini ialah serangga lipas inilah. Kalau musim hujan lebih teruk bilangannya lebih banyak merayap di kaki. Memang kami langsung takde nak pegang rail pemegang tangan tu penuh taik burung dan lipas je. Jalan pun takde berhenti, kalau berhenti takut kena bomb dari atas. Tambahan pula nanti terasa ada benda melintas merayap atas kaki. Dahlah kami semua pakai selipar dan sandal sahaja. Pengeli lipas si Abby dan Papa Abby memang berpelukanlah mereka berdua. Abby memang dalam dukungan papa Abby sahaja sepanjang kami berada dalam badan Gua Gamantong. Tukang Kebun memang erat genggam tangan si Rayyan takut tergelincir sebab licin kayu-kayu jalan yang dah dipenuhi dengan baja segar dari burung di atas yang bersarang.
 Yang merancang nak teroka dalam Gua Gamantong Simud Hitam ini baik sedia topi atau helmet dan proper shoes. Elok juga kalau pakai baju hujan, manalah tau nasib tak baik ada benda jatuh dari atas.
 Geram tengok koleksi baja yang sangat subur ini, mesti subur pokok dapat baja high quality ini. Cantik juga pemandangan dalam gua Simud Hitam ini sambil dongak tengok entrance keluar masuk burung-burung duduk dalam gua ini. Cuma yang penggeli memang kena ada mental preparationlah. Pertama kali seumur hidup tengok lipas punya banyak begitu. Sampai sekarang dah jadi tabiat kalau masuk tempat ada bau lipas, si Ilhan akan cakap: Apa bau macam dalam Gua Gamantong ni? Itulah antara kenangan budak-budak ni ingat dapat dari Gua Gamantong hehehe....
 Selain dari Orang Utan, antara species monyet liar yang dapat juga dilihat di kawasan Gua Gamantong ialah seperti monyet di atas. Yang jenis species ini tak pemalu sangat, rilek-rilek je tengok kita balik within its comfortable space. Lower Kinabatangan ini dianugerahkan dengan pelbagai jenis species monyet. Jika ada kawan-kawan yang ingat nama jenis monyet ini, please leave a comment. Tak terkeluar namanya dalam kepala masa menulis posting ini.
  Tukang Kebun geram betul tengok species limau bali ini buahnya sarat dan banyak dah buah yang masak jatuh-jatuh dari pokok tak termakan. Memandangkan kawasan ini dalam kawasan hutan perlindungan pastinya kalau menanam binatang liar pun akan duduk menumpang rasakan. Jadi strategi pemilihan pokok-pokok yang menghasilkan makanan untuk penduduk juga agak selective bila diperhatikan. Biasanya pokok jenis limau memang tak dikacau oleh haiwan-haiwan. Sebab tu jenis buah limau bali , monyet pun tak makan sama dengan buah limau kasturi. Antara sebab kenapa Tukang Kebun pun sekarang lebih memilih tanam jenis-jenis pokok limau di kebun belakang sebab takde siapa yang usik. Angsa pun tak kacau meratah pokoknya mahupun buahnya.

Kami on holiday long weekend ini. Kebarangkalian email tu tak terjawablah sampai sekolah mula.

Happy Holiday!

Ahad, 1 Januari 2017

Kinabatangan Climbers

 Selepas balik dari menyusuri Sungai Kinabatangan pada awal pagi hari kedua kami menginap di Kinabatangan Wetland Resorts (related posting klik sini), makanan  ada disediakan di restoran. Kemudian kami balik mandi dan berehat di chalet. Si Abby terlelap dan Ilhan pula meneman adiknya di chalet sambil tengok TV sementara Tukang Kebun, dear husband dan Rayyan berjalan di canopy walk resort menghala ke dalam hutan paya lagi selepas makan tengahari.
 Malam sebelumnya dah dibawa ke kawasan tersebut masa nightwalk (related posting klik sini) oleh dua guide, Abang Din dan RJ. Sempat kami nampak sang kancil-kancil. Ada juga flash torchlight nampak beberapa jenis pokok periuk kera. Jadi sementara nak menunggu next bot trip sebelah petang berjalanlah kami ikut canopy walk tersebut untuk lihat periuk-periuk kera dengan lebih jelas. Yang gambar di atas adalah tumbuhan periuk kera jenis memanjat manakala gambar di bawah jenis periuk kera atas tanah.
 Jenis tumbuhan yang paling menarik minat Tukang Kebun kali ini adalah menariknya nampak bagaimana tumbuhan memanjat dahan pokok-pokok tinggi di kawasan paya air tawar ini di sekitar tanah rendah Kinabatangan. Belum lagi masuk dalam pengetahuan Tukang Kebun untuk jenis pokok-pokok creepers atau memanjat ini. Jika ada kawan gardeners yang ada pengetahuan bagaimana jenis tumbuhan climbing vine ini digolongkan mohon tunjuk ajar.
 Mula-mula ingatkan daun hijau memanjat ini ada sejenis dua sahaja. Tetapi bila diamati dengan betul, rupa-rupanya di kawasan tanah rendah Kinabatangan ini mempunyai pelbagai variasi climbing vines ini. Antara contoh nak bezakan seperti yang di bawah ini jenis daun memanjang, sebelah kanan daunnya lebih besar dan pucuknya merah. Manakala yang gambar pokok di tengah pula daunnya panjang dan tirus tetapi pucuknya berwarna hijau. Unik sungguh flora tanah rendah Kinabatangan ini sehingga pada satu pokok tinggi ada dua ke tiga jenis pokok daun memanjat yang berbeza menghuni atasnya. Nampak natural decor ini menarik sungguh. Menarik minat Tukang Kebun bayangkan alangkah cantik agaknya kalau digunakan tanaman memanjat seperti ini sebagai hiasan di dinding bangunan berkayu atau simen.
 Untuk jenis pokok orkid pula ada dua jenis yang Tukang Kebun nampak seperti gambar di bawah. Salah satunya sifat nampak macam mirip adik beradik dalam kumpulan bulbophyllum. Lagi satu macam myrmecophilla pun ada sebab banyak betul semut duduk dalamnya hehehe. Ada peratusan besar Tukang Kebun silap kategori ini sebab bab orkid tak berapa ada ilmu. Jika silap mohon tunjuk ajar.

 Special Sales untuk orchid berikut for January 2017 only.

 ~ 1 bare-rooted Vagina bulbophyllum for RM7.00 (info klik sini)

~ 1 bare-rooted Myrmecophilla tibicinus for RM7.00 (info klik sini)
 Sebelah petang kami menyusuri Sungai Kinabatangan lagi tengok rezeki jika dapat serempak dengan hidupan liar. Cuaca petang tersebut berubah-ubah dari setempat ke setempat semasa menyusuri Sungai Kinabatangan. 
 Ada tempat yang sedang hujan, ada mendung dan ada kawasan yang cerah. Jumpa pelbagai pelangi sambil menyusuri Sungai Kinabatangan.
 Syukur Alhamdulillah setiap kali kami naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan ini memang berpeluang memerhatikan monyet belanda liar atau probiscus monkey. 
 Cuma challenging juga nak ambil gambar monyet ini tanpa kamera yang lebih bersesuaian. Monyet liar yang Abby panggil Monyet London ini pemalu. Biasanya kalau nampak pelancong datang dekat bot, ketuanya akan berikan isyarat bunyi kepada anak-anak buahnya untuk segera turun dari pokok menyorok dalam semak. Nanti ketuanya akan tunggu sahaja di atas pokok seekor sambil tunggu masa pelancong berlalu.
 Akar-akar dari pokok yang hidup di kawasan paya bernafas keluar tersembul-sembul dari tanah. Berdebar-debar juga jantung ini semasa dalam perjalanan balik sebab dah gelap senja tersebut. Biasanya perjalanan naik bot dalam dua jam setiap trip ikut cuaca. Pembawa bot pula lupa bawa torchlight tak sangka tak sempat sampai resort sebelum hari gelap. Nasib baik masing-masing ada smartphone adalah apps torchlight kan. Cuma malam bila dah gelap nak kena hati-hati takut terlanggar kayu nanti enjin tersangkut atau terlanggar kayu besar macam balak pula.
 Rayyan pula tak tidur siang sebab temankan kami berjalan-jalan di canopy walk, dari awal perjalanan bot sedap kena angin agaknya sampai resort tidur tak bergerak-gerak begitu. Ada kawasan yang dilalui hujan dan senja tu agak sejuk balutlah si Rayyan begitu dengan raincoat. Lena sungguh Rayyan tidur. Syukur Alhamdulillah sampai jugalah ke resort dalam gelap.
 Nasib kami baik, dah sampai resort tengah mandi sebelum makan malam di restoran resort baru hujan turun dengan lebat. Sepatutnya pada malam tersebut kami ada night bot trip pula tengok binatang-binatang yang keluar malam mencari makan di tebing Sungai Kinabatangan dan tengok kelip-kelip. Tetapi terpaksa dibatalkan. Nak keluar dari chalet ke resort pun nasib baik memang setiap chalet ada sediakan dua payung dalam almari. Elok kami keluar dari chalet dalam hujan lebat, RJ ada tunggu di depan chalet berkaki ayam bawakan payung-payung extra in case tidak cukup. Kerana night boat trip batal, RJ menghiburkan tetamu dengan nyanyian.
Esok paginya bersiaplah kami untuk naik bot ke bandar Sandakan. Dua malam di Abai, Kinabatangan ini rasa tak puas banyak pengalaman menarik yang diperolehi. InsyaAllah kalau ada rezeki, rasa nak datang lagi.
 Beginilah antara pemandangan balik ke jeti di bandar Sandakan dekat dengan Yatch Club.
Semakin kami dekati Bandar Sandakan, semakin banyak nampak perkampungan di atas air.
 Masjid Daerah Sandakan kelihatan apabila menghampiri Yatch Club di mana kami akan turun dan tempat kami letak kereta.
 Special Sales for January 2017 only:

2 moist bare-rooted rhizome Crepe Ginger/Setawar Putih for RM10.00 .

Info for Crepe Ginger (Click Here).