No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 16 April 2018

Kakunodate Pekan Penempatan Samurai Lama

 Selepas selesai isi perut makan tengahari (related posting klik sini) semasa melawat pekan Kakunodate, di negeri Akita, Jepun kami gerak semula ke kawasan rumah-rumah Samurai lama yang telah menjadi tapak warisan. Di sepanjang jalan tapak warisan rumah-rumah Samurai ada juga kedai makanan yang boleh singgah seperti gambar di atas. Nampak macam muzium tapi kedai makanan tu di dalamnya. Bolehlah nikmati makanan macam dalam era zaman Jepun dulu-dulu.
Dari Stesen Keretapi Kakunodate berjalan kaki ke Jalan Bukeyashiki di mana deretan rumah-rumah samurai lama adalah dalam 30 minit dengan kanak-kanak (1.5km). Kami ambil nak dua jam lebih jugalah dengan singgah-singgah main di taman permainan, kemudian membeli belah dan berhenti makan tengahari baru sampai di Jalan Bukeyashiki ni. Tapi pemandangan semasa pergi perantaraan musim luruh dan salji ini untuk kita yang membesar di tropika memang rasa amat menarik.
 Rumah pertama warisan samurai yang disinggahi adalah Rumah Samurai Odano. Anak-anak sibuk main salji je di luar.
 Sekarang ini sebab musim salji turun awal dari kebiasaannya, penjaga-penjaga sedang sibuk letak barisan papan-papan keliling rumah warisan samurai untuk mengelakkan salji yang akan banyak terkumpul dari runtuh menghempap dinding bangunan lama-lama. Ini adalah tradisi persediaan musim salji turun temurun. Kawasan Kakunodate ini memang saljinya tebal, ini baru minggu pertama salji pun dah banyak kelihatan.
 Tukang Kebun kagum melihat beberapa pokok bunga ajisai (hydrangae) yang masih gagah bergugusan mekar bunganya di halaman Rumah warisan samurai Iwahashi. Walaupun begitu sejuk sudah cuacanya masih ada bunga yang bergugusan mekar tak layu lagi.
 Kebetulan semasa nak masuk halaman luar rumah warisan Samurai Iwahashi ni ada Tukang Kebunnya yang sedang sapu-sapu kumpulkan daun kering. Sebelum masuk, Tukang Kebun mohon izin dulu bolehkah kami sekeluarga masuk sini. Sudah dibenarkan kami masuklah. Rasa tak sedap lah kalau tak bagi greetings dulu sebelum masuk walaupun boleh dan yang rumah samurai ini admission free. Sebab waris-waris mereka ni walaupun tak duduk sudah dalam rumah warisan ni tapi mereka adalah penjaga atau caretaker rumah warisan keturunan mereka ni. Di bahagian belakang Rumah Warisan Samurai biasanya ada rumah-rumah pewaris rumah samurai ini. Chit Chat sekejaplah dengan penjaganya, topik paling mudah pasal cuaca lah. Lebih-lebih masa kami melawat salji turun awal dari biasa.
 Bukan sahaja rumah yang dilindungi untuk persediaan salji turun. Tetapi pokok-pokok juga akan diberikan perlindungan juga. Sebagai contoh gambar di atas. Tukang-tukang kebun pun sibuk buat persediaan sebelum musim salji turun dengan lebat untuk menjaga pokok-pokok kesayangan mereka.
 Di kawasan penempatan pekan samurai lama ini kita bolehlah juga tengok interior rumah warisan samurai lama ni untuk bayangkan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Selain itu, untuk tarikan kanak-kanak setiap rumah warisan ini ada stamp cop mereka sendiri untuk pelawat-pelawat cop sendiri dalam buku nota masing-masing. Dapatlah anak beberapa cop kenangan yang dikumpulkan dalam scrapbook lawat Jepun kali ini.
 Tengoklah kanak-kanak yang pertama kali rasa salji asli ni. Ada jalan elok yang tak de salji senang nak jalan tak mau ikut. Tapi nak juga dipijak-pijaknya salji tu kasi basah kasut sampai ke stokinnya.
 Memandangkan cuaca yang makin sejuk dan mendung juga dah ke petang ni serta masa bullet train yang akan dinaiki tinggal beberapa jam sahaja untuk dikejar takde lah kami sambung ke Furushiroyama Castle Ruins. Kalau ikut lensa kamera mungkin boleh pintas daki jalan tangga seperti gambar di atas.
 Jalan Bukeyashiki ini juga terkenal antara tempat paling cantik untuk menikmati musim bunga sakura. Jalan ini memang ada deretan pokok-pokok sakura. Bila musim sakura seperti sekarang di Jepun pasti tempat ini sedang sesak dengan pelancong-pelancong menikmati pemandangan sakura yang indah di pekan Kakunodate kawasan ini juga dikenali sebagai Little Kyoto. Tambahan pula berdekatan kawasan ini ada sungai di mana pokok sakura hidup sepanjang sungai 2 km juga adalah tarikan besar ketika musim sakura pelancong ke kawasan ini.
 Semasa kami lawat, pelancong tak ramai. Jika ada pun pelancong domestik. Tapi best sebab tak sesak, anak-anak pun puas main macam jalan sendiri je. Kereta di kawasan ini pun orang tak bawa laju lebih-lebih lagi penduduk tempatan sebab mereka tahu ini spot perlancongan. A good outing for the kids dengan udara segar jauh dari bandar besar macam Tokyo dan rasa cuaca dingin di negara orang.
Hujung minggu ini last self-collect day untuk bulan April 2018 ya, 21hb dan 22hb April 2018 pagi di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh seperti biasa.

Antara yang organik fresh goodies available:

~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00 ~

Buah canistel (fully reserved)

Mungkin ada buah nenas madu sabah, stay tune...counting.

Ulam-ulaman seikat RM1.00

Ahad, 15 April 2018

Dereten Pokok Jambu Mawar Masjid Bandaraya

 Setiap kali masa lalu dereten pokok-pokok yang sebelah gerai-gerai makanan di Masjid Bandaraya di tempat letak kereta paling belakang, Tukang Kebun selalu rasa pokok-pokok ni nampak sangat familiar di kaca mata Tukang Kebun. Bentuk daunnya dan pokoknya. Kebetulan suatu hari masa parking kereta bila dongak ke atas pokok tersebut tu, tersenyum tengok buahnya. Tepat sekali sangkaan Tukang Kebun yang deretan pokok-pokok di lokasi tempat letak kereta ni ditanam dengan pokok jambu mawar.
 Dereten pokok-pokok di sini dipangkas untuk sentiasa dijadikan pokoknya renek. Walaupun dipangkas rendang, buah-buah yang dihasilkan masih lebat lagi. Jika di Kebun Bahagia Bersama pun pokoknya tak besarlah jika nak dibandingkan dengan pokok rambutan. Agak sesuai ditanam di luar pagar rumah depan untuk bagi kanopi atau teduhan dengan kereta yang terpaksa parking di luar.
 Pucuk pokok jambu mawar adalah berwarna merah. Makin lama tangkai pucuk-pucuk ini akan membesar menjadi dahan-dahan yang baru. Bunga pokok jambu mawar juga mirip seperti seperti pokok jambu air berwarna putih. Kelulut atau lebah juga gemarkan madu dari bunga jambu mawar ya.
 Buah jambu mawar ini walaupun isinya lebih keras dari buah jambu air, tetapi buahnya lebih diminati oleh burung dan tupai. Sekejap je buahnya hilang kalau dah nampak tanda-tanda nak masak. Biasanya tak sempat Tukang Kebun sendiri nak merasa memandangkan pokok buah jambu mawar sekarang lebih jarang ditanam.
 Yang tak pernah nampak pokok jambu mawar, boleh singgah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu yang menghadap Teluk Likas. Masjid Bandaraya ini tak putus-putus pelawat luar negara singgah melawat. 

~ 1 pot anak pokok jambu mawar RM15.00 ~

Isnin, 9 April 2018

Tebu Muda Merah Tukar Kuning

 Beberapa minggu ni ada puzzling tengok jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam bawa balik dari Sabah. Kalau tak silap masa Tukang Kebun tanam keratannya semua merah-merah. Kenapa rumpunan yang ditanam ada tebu yang kulit luarnya warna merah dan ada yang warna kuning. rasanya di petak ni hanya satu jenis tebu je Tukang Kebun tanam. Jenis tebu ni yang masa muda merah kemudian bila bertambah usia tukar ke warna kekuningan. Biasanya kalau di Malaysia ni kita kategorikan tebu mengikut warna macam tebu kuning, tebu merah atau tebu hitam. 

 Bila Tukang Kebun cari gambar lama-lama rasanya tak tercampur aduk ni, lagipun datang dalam rumpun pokok yang sama. Gambar masa baru tumbuh tunas dari keratannya pun tampak ada warna merah pudar-pudar keratannya. Rasanya dalam bulan Mac 2017, Tukang Kebun tanam keratan tebu-tebu ni dan sekarang dah boleh sudah tuai hasilnya.
 Rasanya tak aman pula bila fikirkan kenapa jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam ni bertukar warna kulitnya pula. Sebab biasa kalau tebu merah masa baby merah dan tua kekal merah. Kemudian lepas puas cari sumber baka-baka tebu, rasa kecilnya lah diri ini. Itulah lain kali jangan kategorikan tebu semua ikut warna kulitnya. Walhal jenis-jenis tebu dalam dunia ni ada pelbagai jenis dan cara-cara membezakan jenis tebu bagaimana. Ilmu pengetahuan itu yang perlu ditambah. Akhirnya dengan bantuan Mak Google berjaya jugalah jumpa website International Society of Sugarcane Technologies yang membantu merekodkan pelbagai jenis tebu ikut negara (CLICK HERE). Malangnya negara kita takde, tapi negara-negara jiran lain ada. Website yang Malaysia punya Tukang Kebun tak jumpa tapi negara Jiran Phillipine ada kategory jenis tebu mereka (Rujuk Sini). Bila tanya mak, katanya masa dia kecil memang ada tebu yang muda merah, bila tua kuning. So there is nothing abnormal tebu yang Tukang Kebun tanam cuma jenis yang kebetulan jatuh ke tangan Tukang Kebun untuk ditanam. Mungkin ada hikmahnya kenapa dia hidup subur terbiar di belakang bersama rumput-rumput yang meriah. 

 Sesiapa yang berminat nak tanam jenis tebu ini kami mula bekalkan ya. Untuk memudahkan kami gelarkan je la Tebu Muda Merah Kuning Tua. Jika dipos satu batang yang panjang tu la kami kerat-kerat ya, ikut kepada tuannya nak makan atau tanam semula. Tapi jangan risau ianya memang ditanam secara organik. Rumput-rumput tu tengok meriah sangat, Tukang Kebunnya dah tak kuasa kasi biar ja. Buah jambu bol tu kalau tak ramai peminat yang pergi petik-petik jamu selera atas pokok bolehlah juga offer bagi yang teringin.

~ 1 batang pokok (keratan-keratan segar) Tebu Muda Merah Kuning Tua RM4.00 <boleh dipos>
Atau Mix dengan tawaran 3 plant mix for RM10 (Pilihan lain klik sini).

~ 1 kilogram buah jambu bol RM7.00 ~

 Masa tengah teka teki dengan jenis tebu merah di KBB Sungai Buloh, bila banding dengan tebu merah dekat KBB Kiulu pula, juga jenis yang berbeza. Ni pokok tebu yang tiba-tiba muncul dekat pagar belakang masuk dapur rumah Kiulu Big Boss. Bila Big Boss tanya adik dia mana datangnya rezeki pokok tebu tepi pagar muncul ni. Agaknya pekerja-pekerja yang baiki rumah ni makan tebu lebihan dicampaknya di situ tumbuh pula pokok tebu. Biarkanlah pokok tebu tu membesar. 
 Bila lama tak balik, masa mengemas rumah Big Boss balik bulan Mac lalu di suruhnya tebas kasi bersih beberapa batang tebu yang dah berat rebah ke tanah.Bahagia sangat tebu tu tumbuh. Susah orang nak masuk rumah buka pintu pagar. Rezeki kami lah anak beranak makan. Pokok tebu pagar belakang rumah Kiulu ni pula warna merahnya lagi gelap kehitaman tapi tak sempurna semua warna tersebut tapi berbelang-belang dengan warna kehijauan. Yang ni pula jenis baka tebu lain. Kebetulan Jumaat lepas singgah kejap di Tamu Donggongon setelah ambil Race Pack di Pacos nampak ada juga petani menjual jenis tebu berwarna ini.

 Bila baca artikel ini (klik sini), teringin nak mula kumpul jenis-jenis tebu pula to conserve our heritage.
 Inilah gambaran pagar belakang rumah. Tapi terlindung pula dengan rumpunan pokok kantan merah. Nampak ada daunnya yang di belah atas. Untuk tetamu yang sewa bilik di Teratak Lodge Kiulu (2) (Klik Sini) akan menginap di Tingkat 2 naik tangga seperti gambar di atas. Dari gambar di balcony tersebut boleh sidai baju tak kena hujan. Kalau banyak sangat baju nak dijemur, yang di bangsal ni pun boleh. Biasanya kami kalau lepas mandi sungai, sidai terus baju di bangsal ini. Ilhan dalam gambar ni sedang menuju ke sungai. Ada tangga untuk memudahkan turun ke sungai sekarang.
 Mudah sikit kalau nak mencuci barang-barang berlumpur macam fresh tiram yang baru diambil dari tempat lain. Cuci kasut ke. Macam lepas marathon sambil sejukkan badan boleh cuci-cuci lumpur (related posting klik sini). 
Boleh cuci rambut dengan limau kasturi juga di sini (related posting klik sini).

Biasanya kalau ada musim event besar macam marathon cepat bilik habis kena reserved. Jadi kena booking cepat-cepat. Kalau yang lodging belah Teratak Kiulu Lodge (No. 2) atau di Kampung Poturidong ni ada 3 bilik sahaja yang disewakan. Tapi kena sharing la facilities luar dia macam dapur dan tandas. Yang dekat sini kena lalu jambatan gantung ya nak sampai rumah terutamanya musim hujan (related posting klik sini).

Kalau yang belah Teratak Kiulu Lodge (No. 1) di Kampung Ranap boleh sewa satu rumah ada 3 bilik. Yang di Kampung Ranap ada  4 rumah available untuk disewakan buat penginapan fully furnish. Kereta tiada masalah masuk parking.
 Sungai Kiulu terkenal dengan aktivity White Water Rafting. Memang akan lalu ni tempat kami mandi sungai ni. 

Tempat yang menarik di sini juga adalah kawasan Tagal (related posting klik sini) boleh bermesra dengan ikan-ikan kelah yang sebesar peha.

Kawasan ruang tamu dan dapur yang dikongsi bersama. Pintu yang dibuka tu pintu masuk. Pintu yang tertutup tu ke arah balcony dan juga tempat mandi serta tandas. Tempat mandi dan tandas dia bilik asing.

April Self-Collect Day Schedule (in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh):

14th/15th April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

21st/22nd April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

Please confirm your orders before self-collect.

Sabtu, 7 April 2018

BADI Ultra Trail Challenge 2018

 Seawal pagi tadi dalam pukul 5 kami bergerak ke tapak Tamu Inobong, Penampang dari Kingfisher, Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah dengan upgrade Jalan Lintas makin baik sekarang, kami sampai dalam pukul 5:45AM. Bulan ini berkesempatan untuk sertai BADI Ultra Trail Challenge yang 12km je. Masih beginner lagi kami ni, baru kali kedua tahun ni permulaan dalam aktiviti begini.
 Semalam masa ambil Race Pack - jersey dan bib, Syukur Alhamdulillah berjaya juga mohon dengan top management organizer untuk berikan Ilhan peluang sertai juga. Umur paling muda boleh join ialah 13 tahun untuk kategori sekolah 13 - 17 tahun. Cuma syaratnya kena lari sama parents dan tak layak untuk dapat prize. Tapi finisher medal dan certificate, Ilhan yang berumur 10 tahun boleh dapat.
 Nasiblah Ilhan ni tinggi jadi tak perasan sebab ramai je Tingkatan 1 sama tinggi. Maka pace mama Ilhan lebih slow, Ilhan telah bergerak dengan lebih laju ke hadapan. Ni antara tempat yang ketinggiannya agak curam untuk di daki, ramai lah berkumpul di sini jadinya. Perlahan- lahan sampai juga. Dalam gambar tak nampak curam kan, curam tu.
 Cuma di Sabah sekarang ni lama tak hujan dah. Cuaca sangat panas. Acara 12km bermula dari pukul 7 pagi dah terang benderang. Kebetulan banyak trail yang dilalui terdedah dengan cahaya matahari.
 Limpas di lereng-lereng bukit yang kebanyakkannya di tanam pokok getah. Tapi pokok getahnya masih muda-muda lagi jadi kanopi pokok tak besar nak berteduh sambil berjalan.
 Kita ni naik turun bukit dah lenguh kaki. Penoreh getah dekat kawasan ni setiap hari naik turun bukit. Itulah kaki mereka tagap-tagap. Kali ni kaki Tukang Kebun tak cramp. Tapi beratnya rasa nak angkat kaki banyak lemak ni. Instructer garang sikit hari ni sebab dia kena babysit Tukang Kebun sambil demam dahlah panas cuacanya. Suami sayang sangat si isteri kan, risau pula ditinggalkan sorang-sorang, dah lah memang group ketinggalan.
 Bersebelahan pokok getah ni ada je pokok macam adik beradik orkid atau rumput sedang berputik. Daun-daun kering bila reput akan kitar semula zat-zat bagi tumbuhan lain.
 Lalu jugalah kami di celah kebun Nenas Madu Sabah petani sini. Lihat pokok-pokok nenas di sini subur terima banyak cahaya matahari. Ilhan kata ada kawan-kawan lari sama yang bajunya tersangkut dekat pokok nenas. Ada Ilhan cerita dia bantu tarik kawan naik dari jatuh tangga kayu nak masuk kebun getah orang. Syukur Alhamdulillah begitulah sport spirit yang baik saling bantu-membantu.
 Banyak juga Tukang Kebun tengok pokok-pokok nenas madu Sabah di sini yang sedang mula berbuah dan berbunga pokoknya. Pokok nenas punya bunga cantik tau warna ungu macam gambar di atas ada yang dah mekar keluar dari celah-celah mata buah nenas. Mungkin musim panas ni membuatkan pokok-pokok nenas mula menghasilkan buah. Mana ada siram manual kat kebun nenas ni semuanya mengharapkan rezeki hujan. Bagi yang dah lama tanam pokok nenas madu Sabah lebih dari setahun, tak perlu siram biar sahajalah untuk paksa dia berbuah. Jangan manjakan, biarkan rezeki minumannya dari hujan.Kalau manjakan sangat pokoknya jadi malas berbuah tapi asyik banyak keluar sulur-sulur anak.

~ 2 sulur nenas madu sabah RM5.00 ~

 Lama tak hujan turun di Kota Kinabalu ni kan, buatkan cuaca jadi jerebu. Masa turun bukit dari trail boleh nampak laut dengan pulau-pulau.
 Syukur Alhamdulillah Tukang Kebun berjaya juga kali ni habiskan trail 12km dalam masa yang diberikan. Cut of time kali ini 4 jam, maknanya kena sampai sebelum pukul 11pagi. Sempat sampai sebelum 10:30pagi.Trail yang untuk BADI ultra-trail challenge 2018 ni tak sesengsara yang kami sertai bulan Mac lepas Borneo Ultra-Trail Marathon 2018 (related posting klik here).  Ilhan kali ni habiskan 12km dalam pukul 8:30 pagi (1 jam setengah), Tukang Kebun kali ni selesai (3 jam setengah). Jika ikut rekod bulan Mac lepas, masing-masing sampai 2 jam lebih awal hari ni.

 Instructer hari ni langsung tak bagi berhenti rehat, asyik kena push jalan...jalan...jalan...tak rehat kaki jalan dari mula sampai habis.

 Ada email-email yang belum sempat dibalas, penat bagi rehat sekejap.

Jumaat, 6 April 2018

Kakunodate Spiritual Society

 Pada hari ketujuh Jalan-Jalan Japan kami bertolak melawat ke Negeri Akita pula, lebih utara dari kawasan Kitakami (related posting klik sini). Makin sejuk cuacanya dan lebih banyak salji. Melawat kawasan pekan Kakunodate yang dulunya adalah bandar kaum kerabat Samurai Jepun belah utara ni tinggal. Pekan Kakunodate ini juga dikenali sebagai  Little Kyoto. 
 Konon-konon main belok je buat short cut sendiri. Rasanya kalau tengok peta yang diberikan dari Senboku Tourist Information Center, yang gambar tu kami terlajak sampai ke Kuil Tenneiji. Antara Kuil Tenneiji dan Kuil Ryusenji, ada kawasan perkuburan komuniti orang pekan Kakunodate ni yang banyak keturunan dari Samurai. 
 Memandangkan jalan short cut ni masih banyak salji terkumpul dan licin nak berjalan, maka patah balik ke jalan utama. Sambil anak-anak berhenti dan layan main salji. Macam datang beraya di kampung orang pula.
 Patah balik rasaya di bawah ni kawasan Kuil Shoanji kalau tengok peta agak-agak.
 Sini berhenti ketika, anak-anak nak rasa main di taman permainan kanak-kanak Jepun masa salji banyak pula.
 Anak tempatan pun tiada keluar main, yang pertama kali dapat rasa snow sebegini banyak asyik bermain.  Sampai stokin basah pun tak kisah. Turun gelungsur menolak-nolak salji ke bawah.
 Dah puas main mesti perut rasa kosongkan. Bila jenguk-jenguk kedai makan yang dalam perjalanan nak ke bekas rumah-rumah Samurai dulu tu, kalau kedai yang display cermin set makanan dengan harga nampak fancy mahal lah pula. 
 Kebetulan masa lalu kedai ni ada papan lunch hour today special ditayangkan. Bila Tukang Kebun tengok set menu lunch hari ni dia rasa amat berbaloi. Satu set pun hanya dengan harga 750Japanese Yen. Dear husband dah ke depan, terpaksa laung stop tengok menu tempat makan ni dulu. Keadaan tingkap semua tertutup tu mula-mula tak perasan yang ni sebenarnya kedai makan. Yalah tertutup tingkap dan pintu sebab cuaca yang sejuk di luar.
 Nasib ada rezeki kami. Tuan kedai kata tinggal 3 set sahaja ada boleh disediakan. Kami kata cukup untuk kami berlima. Kami kongsi-kongsi, lagipun kanak-kanak tak dapat habiskan satu set sendiri. Bolehlah panaskan badan dulu dalam kedai dengan minum teh Jepun panas. Yang terkejut tengok tandasnya, kalah hotel ada 2 version tandas macam-macam dihiasi. Satu untuk lelaki macam perhiasan ala samurai, dan satu tandas untuk perempuan penuh hiasan Hello Kitty. Macam boleh tidur dalam tandasnya dengan carpet tebal segala. Sungguhlah bersih tandasnya, kalah bilik tidur.
 Ini adalah set menu lunch pada hari kami lawat Kakunodate. Sebenarnya ada lagi satu mangkuk soba. Tapi Rayyan dah kelaparan sangat dan dia suka Soba, Tukang Kebun bagilah sebab share dengan dia. Tak sempat nak tunggu Mama sibuk ambil gambar. Syukur Alhamdulillah set menu semua boleh makan, kecuali asalnya soba tu bersama daging itik. Jadi kalau yang Muslim boleh juga request tak gabungkan dengan daging itik jadi kuah soba kosang je lah. Sebab area Kakunodate ni salah satu signature dish ingredient dia adalah daging itik. Jadi kalau pergi restoran mana-mana, ada makanan dengan daging itik lah. Tuan Kedai baik hati yang desert semua dia bagi sorang satu, ambil hati anak-anak. 
  Bila nak dekat selesai makan tu, berboraklah dengan Tuan Kedai sambil menunggu bergilir-gilir ke tandas. Dia tanya di Malaysia sukan kanu (canoe) popular tak. Dia kata anaknya yang usia remaja baru balik dari Eropah wakil Jepun sukan kanu. Syukur mereka menang juara. Katanya dia dulu pun wakil Jepun main ski jump. Agaknya nampak muka kami blur je kut...tersenyum bersambung... dulu badan fit tak macam sekarang ni hehehe...tumpang gembira tengok seorang ayah bangga dengan kejayaan anak-anaknya. Tuan Kedai kata sekarang dia bagi training latihan dekat anak-anak di pekan dia tinggal ni untuk mahir dengan sukan kanu. Aktif sungguh tuan kedai walaupun sudah bersara dari dunia sukan. Siap bagi service tapau hot coffee lagi untuk dear hubby bawa sambil jalan.
  Apabila kami lalu depan pekan ni punya community hall, ternampak terpampang banner besar setinggi dua tingkat dekat bangunan tersebut mengucapkan tahniah kepada wira-wira tempatan menjadi juara dalam acara bersukan kanu wakil Jepun mengharumkan negara dan kebanggaan komuniti di sini. Walaupun zaman moden ini, samurai tiada lagi. Tapi semangat keturunan anak-beranak samurai ni masih tinggi dan berkobar-kobar lagi. Mereka aktif pula dalam dunia sukan membantu mengharumkan negara.

   Apabila dapat rezeki berjalan-jalan ke tempat orang ni, banyak motivasi dan inspirasi dari kisah mereka untuk kita pun berjalan ke hadapan dan sentiasa positif. Tukang Kebun pinjam aura dari Tuan Kedai makanan tu untuk mulakan anak-anak ni pun jadi seorang yang aktif bersukan juga. Bulan lepas mula bagi dorongan untuk Ilhan ceburi larian marathon. Adik Ilhan pula si Rayyan dan Abby bagi rasa fun run pula hujung minggu ini. Oleh itu, hujung minggu ni kami cuti tiada buat self-collect ya. InsyaAllah minggu depan punya hujung minggu ada self-collect seperti biasa. 
 Fresh organic goodies yang bakal ada minggu depan ialah:

~ 1 sisir Pisang Kadau Kuning RM5.00 .
~ 2 kilogram ubi kayu RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 .
~ Tebu RM5.00 .
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Buah Limau Telur Buaya (sudah dipajak booking)
Buah Canistel/Kuning Telur (sudah dipajak booking)

Selasa, 3 April 2018

Hiraizumi Station

 Kawasan Hiraizumi ni memang pembangunan bandarnya nampak lebih kepada sektor pelancongan. Memandangkan cuaca sejuk pada masa kami lawati bandar Hiraizumi ni setelah sampai ke Stesen Keretapi Hiraizumi kami gunakan perkhidmatan loop line bus pula yang akan berhenti di setiap tempat pelancongan utama. Basnya dipangil 'RUNRUN', bukan 'run-lari' sebutannya tapi sebutan Bahasa Melayu 'Run' macam harta kaRUN. Contoh tempat tunggu busnya adalah seperti di gambar atas. Rayyan sedang posing gambaran depan Stesen Keretapi Hiraizumi.
 Ini Abby pula posing depan pintu masuk Stesen Keretapi Hiraizumi. Ada convenience store juga di Stesen Keretapinya untuk sesiapa nak beli air atau makanan. Peti Surat Pos Jepun di Hiraizumi boleh tahan juga ikut tema pelancongan artifak mereka.
 Yang ingat mendapatkan info tempat-tempat menarik atau peta Hiraizumi boleh singgah tourist information centre yang sebelah kiri selepas keluar dari stesen keretapi Hiraizumi. Di sini pun boleh juga sewa basikal. Tapi musim sejuk dah turun salji ni, Tukang Kebun perhatikan semua pelancong serbu bas je hehehe...Kalau tak silap boleh juga simpan luggage di sini.
 Perkenalkan maskot pelancongan Hiraizumi si katak hijau bernama 'Kero-Hira'. Tukang Kebun dan Ilhan masa dekat Tourist Information Centre ada receptionist dia bagi kami berdua sticker set 'Kero-Hira' ni sorang satu yang kami tampal-tampal di luggage bag Star Wars Ilhan isi masa lapang dalam bullettrain. Abby dan Rayyan dah keluar ikut papa dia tu yang tak dapat, ambil hati dari muka jadi panjang ambillah gambar dengan maskot.
 Sementara tunggu keretapi sampai di Stesen Hiraizumi ni bolehlah ambil-ambil gambar macam papan-papan letak muka ni. Kalau beli ticket bas yang 1 day pass untuk orang dewasa baru harga 400JPY. Kalau sekali naik orang dewasa 150JPY. Dah tiga kali naik sudah 450JPY. Kalau kanak-kanak jika tak naik banyak kali baik jangan belikan mereka day-pass. Sebab kanak-kanak sekali naik baru harga 80JPY.
 Bila dah check waktu keretapi sampai ke Hiraizumi yang berhenti ke Kitakami station nanti tengok ada masa lagi. Kami singgah makan soba di kedai yang dekat dengan tempat naik bas RunRun. Sedap juga soba di sini, patutlah banyak autograph feedback dari celebrity/artis Jepun yang sudah pernah makan di sini penuh di dinding. Pekerja-pekerja restaurant ni pun baik hati tolong jaga masa kami supaya tak teringgal dengan keretapi nanti. Keretapi biasa tak banyak lalu cuma macam sejam sekali, jadi kena jaga masa.
 Kenangan yang tak dapat dilupai masa di Hiraizumi ini, masa kami singgah kedai souvenir lepas lawat Komplek Chusonji tunggu bas nak sampai, anak-anak excited sangat berebut tengok karakter dalam kedai souvenir terlanggar botol sample. Si Rayyan la yang tak sengaja langgar, tak perasan di belakang ada rak juga sebab kedai Jepun kan kecil sempit. Habis jatuh pecah botol sample yang harganya kalau convert duit kita beratus juga lah harga kalau bukan sampel. Biasalah mula rasa geram juga kat Rayyan ni keluar dekat riak wajah mama dia kut. Dah segan dan serba salah kami shopping-shopping beli local product macam kuih dan pelbagai jenis mee soba kering buatan tempatan. Anak-anak semua dah tunggu luar kedai tak berani lagi masuk. Tunggu penjaga kedai mengemas botol yang pecah di lantai. Kemudian masa bayar tangkapan-tangkapan dalam kedai tersebut, boleh lagi Tukang Jaga kedai kata ni dia bagi barang-barang sahaja ni untuk si Rayyan tadi. Alasannya dia bagi untuk Rayyan sebab dah nak expire ni dan dia tengok Rayyan macam asyik duk belek-belek tengok benda ni tadi. Baik hati betul orang ni dahlah langsung dia tak marah, tak cakap apa-apa dan tak minta ganti rugi langsung. Tetapi dia tak mau Rayyan kena marah dan rasa serba salah, nak surutkan amarah maknya tengah simpan lagi ni dengan secara halus dia pula bagi extra gifts belanja Rayyan. Supaya Rayyan tak kena marah. Baiknya hati orang ni, lembut hatinya moga sentiasa dilimpahkan rezeki yang banyak.
 Kami sampai semula ke Kitakami Comfort Hotel macam lagi sejam nak maghriblah. Rancangan petang hari ini memang nak ambil masa shopping grocery tempatan Kitakami ni. Dah enam hari di Jepun, inilah hari pertama kami beli-beli barang makanan untuk dibawa balik. Lepas tanya receptionist mana tempat nak beli groceries, kami tinggalkan anak-anak duduk berehat dalam bilik hotel tengok TV. Tempat pertama kami pergi ialah lintas stesen keretapi Kitakami ikut jalan bawah tanah.Saja-saja nak tengok yang entrance stesen keretapi Kitakami sebelah sana ada apa pula. Tempat ni ada rezeki kami tengok ada stok beras baru baka Iwate yang baru sahaja dituai. Kami beli empat pek 2 kilogram dari 2 jenis beras ni. 
Stok biji benih baka kampung untuk padi sawah yang ditanam di Sabah ada 3 jenis sekarang. 1 pek anggaran 100biji benih RM3 untuk setiap jenis bibit padi sawah (Promosi bulan April 2018: Beli 5 pek padi sawah percuma 3 pek):
Padi Sawah Bubut
Padi Sawah Tarab Arab
Padi Sawah Pandasan
 Lepas shopping di bangunan yang bersambung dengan stesen keretapi, kami kembali ke hotel. Kemudian keluar semula pergi tempat yang receptionist recommend kena 20 minit jalan kaki untuk beli barang-barang dapur juga dengan dinner kami. Wah rambang mata tengok pelbagai jenis makanan laut yang dah siap dipotong macam sashimi tinggal kami cari beli kicap Jepun je. Beli kicap walaupun pakai banyak kali tak habis pun, sempat juga bawa balik ke Malaysia hehehe...
 Cara pemasaran tiram mentah di Jepun packing mereka jual untuk membantu pembeli dan pembekal. Dah siap buka dari cangkerang tiram. Dah lama Tukang Kebun fikir ini dapat membantu nelayan-nelayan kita yang tinggal jauh untuk pasaran di bandar.
 Ubi ni dipanggil 'Daigakuimo' - direct translation ubi Universiti hehehe....penuh satu luggage kami borong stok makanan di Kitakami ni. Bila kami balik hotel tersenyum-senyum receptionist tengok banyaknya tangkapan kami. Dahlah keluar beli barang dua kali trip. 20 kilogram beras Jepun kami bawa balik. Yang tempat shopping kedua ni kami beli 2 pek beras 5 kilogram -baka Iwate 'Hitomebore' dan baka Akita 'komachi'. Terpaksa jugalah dearest Hubby angkat 2 beg 5 kilogram beras dengan barang-barang lain lagi jalan kaki balik hotel, mengimbas kembali zaman student. Penuh beg plastik kami genggam bawa balik barang. Malam tu terus Tukang Kebun packing 1 luggage beg besar barang-barang makanan yang nak di bawa balik, bila esok paginya terus dear hubby bawa ke convenient store 7Eleven untuk dikirim ke Narita Airport. Lagi 6 hari nak balik kami simpan di Narita Airport dah 1 beg besar penuh barang-barang makanan sama beras.

 Esoknya kami akan tinggalkan bumi negeri Iwate ni melawat negeri lain pula.

 Ini adalah ringkasan tempat-tempat yang kami berada di negeri Iwate ini yang mengambil masa 2 hari:

Stesen Keretapi JR Ichinoseki (JR Ofunato Line) - (Click Here)
Stesen Keretapi Geibikei - (Click Here)
Geibikei Gorge - (Click Here)
Kuil Kumano - (Click Here)
Pokemon with YOU Train - (Click Here)
Stesen Keretapi Kitakami- (Click Here)
Kitakami Comfort Hotel - (Click Here)
Stesen Keretapi Hiraizumi - (Posting ini)
Kuil Motsuji - (Click Here)
Kompleks Chusonji - (Click Here)
Golden Hall, Konjikido - (Click Here)

Isnin, 2 April 2018

Ubi Garut

 Ubi bila dicuci bersih-bersih nampak warna suci putih ini dikenali dengan banyak nama ialah si Ubi Garut. Ini memang jenis ubi paling mudah untuk gardeners yang baru berjinak-jinak dalam alam berkebun apatah lagi ia tidak memerlukan ruang banyak untuk ditanam. Boleh sahaja tanam dalam container. Takde container? Kitar semula je bekas-bekas miniman atau botol minyak masak boleh sahaja (related posting klik sini). Hasilnya masih lumayan. 
 Pokoknya pun tak besar tak de ruang di tanah nak kasi sangkut kat mana-mana pun boleh. Kekadang...hmmm....bukan kekadang...Selalunya Tukang Kebun rajin tanam ubi garut ni balik sebab teramat mudah. Tetapi Selalunya Tukang Kebun lupa nak tuai hasil ubi-ubinya di dalam tanah. Jadi kekadang pokoknya dah layu bila hasil sudah banyak diberanak-ranakkan dalam tanah. Kemudian kalau lupa pun nak tuai ubi dalam tanah tu nanti tumbuh anak-anak pokok-pokok baru juga. Macam gambar di atas ini ada beberapa anak pokok menyelit keluar dari pokok induk. Petak yang ubi garut ni hidup adalah duduk bawah kanopi pokok durian.
 Bila digali-gali keluar ubinya dah ada keluar pucuk hijau balik dah ubinya. Apalagi tanam sahaja semula dalam tanah biarkan sahaja bahagian tunas hijau yang tersembul keluar dari tanah, yang lain dalam tanah. Kalau yang dah tua dan mula bertunas tu dah banyak serat-seratnya. Kalau yang muda kecil tu manis isinya dan kurang berserat. Ubi garut ini banyak kandungan serat, jadi memang membantu pencernaan macam masalah sembelit. Ubi garut ni banyak kegunaannya, memang ubinya boleh dibuat masak makan. Ubi garut ni dulu penyelamat nenekmoyang kita, bila makanan lain dah takde macam beras dan ubi kayu untuk dimakan, ubi garut jadi stok makanan yang ada boleh digali dari laman.
  Ubi garut ni boleh menyejukkan badan. Kerana kandungan kanjinya pun tinggi ia boleh dijadikan tepung macam tepung beras. Kalau nak likatkan makanan kekadang masukkan tepung beras kan, sama juga boleh masukkan tepung ubi garut (arrowroot flour). Beras jadi penyejuk bedak, ubi garut boleh buat bedak. Kalau nak masker 100% organik, boleh juga buat masker dari ubi garut sendiri. Tambahan pula paste dari ubi garut boleh membantu membaiki luka bila ditampal di tempat luka. Di kawasan asalnya, ubi garut punya paste digunakan oleh native Indian untuk keluarkan racun dari anak panah pada tempat tertusuk. Itu sebab dikenali juga dengan nama 'Arrowroot'.Sebab ianya sejuk, ia dikatakan boleh bantu kurangkan suhu badan bagi yang demam panas. Boleh juga dibuat bubur untuk bayi yang baru belajar makanan kerana ia amat baik dalam bantu pencernaan juga untuk orang demam atau cirit birit.
  Ubi garut juga mengandungi kandungan zat besi yang tinggi membantu lancarkan pengedaran darah dan penghasilan darah. Makanan yang bagus juga untuk bayi kerana ada nutrient yang membantu perkembangan dan kesihatan otak.
  Daun ubi garut juga boleh digunakan untuk lapik makanan atau kuihmuih ya kalau takde daun lain macam daun pisang. Angsa suka betul daun ubi garut ni tak boleh tanam kat tempat yang angsa boleh access habis dikerjakan pokoknya.

Stok pokok ubi garut yang ada sekarang ada 4 bulan lebih juga kut usianya.

~ Pokok ubi garut 1bekas RM7.00 (boleh dipos) ~