Bulan Syawal sudah tiba yang bawang hippeastrum jenis Red Flash ini pula nak beraya menyerikan laman luar rumah. Tukang kebun tak label jadi tertanya-tanya bawang hippeastrum yang ditanam sini akhirnya kembang beri jawapan. Jenis hippeastrum ini bunganya besar berbanding dengan yang jenis lagi satu kembang bulan ini juga.
Ketika pucuk bunganya baru hendak timbul.
Hari Raya Ke-Lima barulah sempat Kebun Bahagia Bersama Team Members mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan.
Kami sekeluarga tahun ini dari hari raya pertama hingga ke-tiga beraya di Kuala Terengganu setelah 4 tahun beraya di perantauan. Tukang kebun dalam 10 tahun ini, baru ada 3 kali berpeluang beraya di tanahair. Gara-gara lupa pantang makan bila dah lama tak merasai juadah hari raya, malam raya pertama sampai pagi raya kedua, tukang kebun terpaksa berulang-alik ke tandas muntah-muntah macam badan berisi dua (masa mengandung pun tak begini). Gastrik datang balik, siapa suruh sedap je makan benda berpulut seperti lemang dan nasi dagang beras pulut mulalah bila malam datang, angin bergelora dalam perut. Hari Raya Pertama memang badan dah penat sebab malam keesokkan puasa berakhir sebelum bertolak Ilhan Mikhail dan Abbiyana Ariel dah muntah-muntah jadi parents-nya tak cukup tidur. Hari Raya Kedua parents dah knockout flat huhuhu....mual-mual. Kalau tukang kebun datang beraya, tak jamah makanan mengandungi pulut minta maaf banyak-banyak, suka tapi tak boleh masuk perut. Syukur Alhamdulillah puasa tahun ni ada hampir 3 minggu, 6 years old Ilhan Mikhail puasa penuh sebab kesiankan mama puasa bersendirian sebab papa outstation.























