No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 September 2013

Tree Dahlia in the mail

  Rasanya kali ini tukang kebun lupa lagi nak label biji benih tree dahlia yang sudah dipos untuk antara beberapa batch shipment bulan September ini. Kalau nampak ada macam bunga kering dalam plastik tu, tree dahlia punya biji benih terselit-selit antara kelopaknya kena treasure hunting sendiri ya :) . 
Good Luck with the seeds and Happy Gardening!

Sabtu, 14 September 2013

Bauhinia Kockiana Fresh Seed Season

 Macam bunyi namanya ketup-ketup, banyak biji kacang ketup-ketup makin meletup-letup dalam Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Pokok ketup-ketup tidak pernah putus berbunga-bunga tapi melalui pemerhatian musim menuai biji benihnya ada masa-masa yang sesuai juga. Macam kebun lama dan kebun sekarang mudah sahaja nak agak-agak, let the nature do all the work and give you the answer. Bulan ini kelihatan mula banyak biji benih ketup-ketup bercambah dengan sendiri di dalam Kebun Bahagia Bersama. Beza kegemukkan dan besar kualiti biji benihnya juga amat ketara berbanding dengan bulan May-July. Biji benih Bauhinia Kockiana elakkan simpan lama, bila dapat terus disemai kerana prestasi percambahan biji benihnya akan mula menurun dengan drastik semakin lama disimpan.
 Biji benih bauhinia kockiana / ketup-ketup sedang bercambah.

~Biji benih segar ketup-ketup for adventurous gardener 1 pek 15 biji benih (RM3.00)~
~Fresh Bulk seeds bauhinia kockiana (seasonal) 100 seeds for RM10.00~

Thank you very much to Mr. Tomas yang tunggu berbulan-bulan untuk fresh bauhinia kockiana seeds untuk ayahanda di Portugal dan gardeners lain juga :) .

Pokok Sawo Matang

 Orang Amerika Selatan dikurniakan buah avocado, Orang Asia Tenggara dikurniakan olehNYA buah mentega yang dikenali dengan pelbagai nama buah kuning telur atau di Indonesia sawo matang. Kalau dipanggil buah mentega boleh menjadi kekeliruan sebab buah serala pun dipanggil buah mentega. Bahkan avokado juga dahulunya sebelum popular dipanggil buah mentega juga. Pokok sawo matang ni sukakan cahaya matahari. Pokok dahan dan daunnya bukan jenis bushy jadi tak menghalang sangat sinaran cahaya matahari kepada jiran-jiran pokok kelilingnya. Pokoknya rajin berbuah sepanjang tahun. 

~ Pokok Sawo Matang ~
1 bekas RM15.00
(D.O.B September 2014)

Enquiries email to (kebunkmg@gmail.com)

Pokok Puding Belacan (Rendang Negeri Sembilan)

 Pokok yang dipanggil pokok puding ada pelbagai jenis dan warna. Tetapi yang dalam posting hari ini adalah pokok puding belacan yang daunnya adalah salah satu bahan untuk masak rendang style orang negeri. Bila Kak Mar (author suka suka) cerita mengenai daun puding pada hari raya lepas terasa nostalgic teringatkan masa kecik-kecik banyak kali mama tukang kebun minta tolong ambil daun puding. Tapi anak daranya pada masa itu tak kenal, potpetpot mama huhuhu....Papa tukang kebun orang negeri jadi rendang yang dibuat setiap raya memanglah rendang style Negeri Sembilan sebab mama orang Sabah. Rasanya anak-anak dara mama dekat rumah ni pun tak kenal juga mana satu daun puding yang nak pakai untuk merendang.
 Tadaa...tu dia pokok puding yang dipakai untuk masak rendang tu, tinggi melampai sebab dah berdekad-dekad di situ, kalau tak jumpa tak taulah. Patutlah mama potpetpot cakap yang besar pokoknya tu pun tak jumpa ke huhuhu.... Untuk yang suka masak atau adventurous di dapur pokok puding ini sesuai untuk tambahan ahli di kitchen garden.
 Pokok puding belacan ini pun berbunga merah yang menarik (sebenarnya lagi cantik tapi banyak bunganya kat bahagian tinggi tak dapat nak photo shot). Bila order pasar online box kalau teringin nak gunakan daun puding inform sahaja tukang kebun. Biasanya daun assam gelugor, telor itik dan buah nam nam selalunya hot item kena merisik dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Pokok Puding Belacan (Graptophyllum pictum)~
1 Bekas RM6.00 .

 Dah lama tak balik Negeri Sembilan sejak pulang ke tanahair. Jejak kaki pun awal tahun bercuti ke Port Dickson kenangan pertama kali Abby mandi laut. 
 Mari kita menjaga kebersihan pantai dan alam semulajadi negara kita Malaysia. Don't think of yourself but think of others too.
 InsyaAllah Deepavali nanti kami balik Seremban tolong Ain sekeluarga tolong uruskan kenduri perkahwinan berjalan lancar. 

Jumaat, 13 September 2013

Red Powder Puff (Calliandra haematocephala)

 Pembentukkan Malaysia masuk 50 tahun, pokok red powder puff di rumah sudah ada hampir 20 tahun. Pelbagai fenomena disebabkan perubahan cuaca telah dilaluinya, banjir besar yang banyak kali dan musim panas kemarau jerebu yang tidak pernah disiram tetap gagah ianya berdiri sehingga sekarang. Kalau daunnya bertukar ke arah ke kuning-kuningan bermakna sudah lebih siram atau banyak air di tanahnya. Jadi musim hujan ni perlu beringat-ingat tidak terlebih siram pokok-pokok di kebun ya kawan-kawan, kalau tiba-tiba daun pokok dah mula menguning bermakna pokok dah mula rasa lemas dengan banyak air di dalam tanah. Sesiapa yang berminat buat rekaan unik membentuk pokok jadi bonsai, pokok red powder puff ini juga boleh dicuba buat bonsai. Mesti menarik sungguh pokok ini jadi bonsai bila bunga-bunga merah yang puffy puffy red itu kembang. Pokok red powder puff di kebun kami bahagia di tempat banyak matahari. Bila sudah matang pokoknya tidak memerlukan perhatian yang banyak. Boleh ditanam di dalam pasu ataupun terus di tanah.
 Bukan sahaja bunga bentuk puff yang menarik tapi putik bunganya yang belum kembang juga sangat menarik macam buah raspberry. Geram tengok bila banyak putiknya keluar terliur teringatkan buah raspberry rasa nak petik-petik sahaja. Bunganya juga menarik perhatian serangga seperti lebah, rama-rama dan ada juga tukang kebun nampak satu species burung suka mencari-cari sesuatu atas pokok red powder puff (dalam gambar bawah semut hitam besar pun sukakannya).
~ Red Powder Puff (Calliandra haematocephala) ~

1 pot for RM9.00 .

For the Adventurous Gardener, Fresh Red Powder Puff seeds is also available upon request in advance.
Approximate 25 seeds for RM3.00

Hujan membesarkan buah katak puru

 Bila dah banyak hujan sekarang buah nam nam pun makin cepat membesar. Minggu ni hubby tukang kebun seperti orang berbadan dua asyik mengidam berselera makan buah nam nam. Katanya rasa macam makan buah pear pula buah nam nam minggu ni. Lepas hantar anak ke sekolah awal pagi tadi, lepas tutup pagar rumah singgah check ada ke buah nam nam di pokok. Banyak juga rupanya ada yang dah tergolek-golek kat bawah tanah. Kutip dan petik je yang mana perlu untuk makan malam ini supaya tak berebut-rebut. Cuma bahan sambal belacan dan ulam-ulam je petang nanti baru diambil, pagi tadi tak sanggup kena serangan nyamuk-nyamuk. Harap-harapnya Ilhan balik sekolah in a good mood minta tolong kutip cili keliling rumah.
 Sebahagian buah nam nam yang belum dipetik tumbuh dekat-dekat je dengan tanah. Minggu ini pun itik-itik mula bertelur merata-rata tengah kumpul supaya weekend ni bolehlah buat masak lemak cili api telur itik campur nam nam.



50 tahun penubuhan Malaysia
Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa
Doakan sentiasa aman damai Malaysia
Merdeka dan sejahtera kita bahagia bersama


Time to pick up Ilhan.

Anak Pokok Halia Merah

 Salam Ceria Jumaat, oh semalam tukang kebun nyanyukkan excited tunggu hubby holiday long weekend. Tak pergi mana-mana pun cuma seronok sebab ada teman nak berkebun menebas di belakang rumah nun jauh sana yang semak tu akibat kecurian mesin rumput. Ada cuti lama sikit ni bolehlah projek yang asyik tertangguh tu ada progress sikit. Projek-projek yang menggunakan banyak muscle ni terpaksalah tunggu dear hubby. Semoga hujan turun sebelah petang jadi bolehlah berkebun di sebelah pagi. Salah satu antara patch halia merah di kebun gambar di atas, tak larat tukang kebun asyik nak weeding 3 minggu sekali, kalau nak cepat untuk sementara tukang kebun clear dekat pokoknya yang lain tu bila ada masa nanti.
  Pokok halia merah yang rizom asalnya ditanam (purple arrow) dah mula tumbuh rizom baru (peach arrow). Hujan kuat betul sekarang dah tutup rizom dengan tanah selalu terkeluar balik.
 Sorry tukang kebun tak ingat ada gardeners yang nak halia merah untuk tanam. Kali ini bukan stok rizom halia merah yang ada dalam stok tukang kebun. Tapi dalam bentuk di mana dah jadi anak pokok sedia untuk ditanam, easy for beginner gardeners too. Sekarang di kawasan lembah Klang dah mula banyak hujan jadi amat sesuai nak pindahkan anak-anak pokok halia merah dan akan cepat sahaja naik pokoknya InsyaAllah. More info mengenai halia merah (klik here).

~ Anak pokok halia merah ~

1 bekas RM7.00.