No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 2 Disember 2014

Di Hujung Tahun 2014 Progress Petak 2

 Cepat sungguh dah sampai ke bulan paling terakhir dalam tahun 2014 dan musim hujan juga akan habis tidak lama lagi. Musim hujan hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Semoga cuaca tahun depan tidaklah sekering seperti tahun 2014. Pada tahun 2015 rasa-rasanya tukang kebun akan makin sibuk dan makin kekurangan masa akan diluangkan di kebun. Disebabkan itu tukang kebun tengah merancang untuk menanam pelbagai jenis tumbuhan yang hasil tuaiannya ialah jenis kategori berubi. Musim hujan inilah paling sesuai nak tanam tumbuhan berubi, bila musim kemarau/kering kekurangan hasil tuaian di kebun, bolehlah mula gali stok tumbuhan berubi pula dari kebun sebelum masuk musim hujan jika takut ubinya mereput. Semoga tahun depan lebih banyak program treasure hunting boleh dilakukan di Kebun Bahagia Bersama.

  Pagi semalam sambil ditemani oleh anak-anak ayam dan itik di Sangkar Petak 2, tukang kebun mengemas Petak 2. Sambung kerja Sabtu lepas di mana keliling luar Petak 2 sudah pun dikemaskan (posting berkaitan klik sini). Anak ayam baka kampung original tukang kebun belum sebesar tapak tangan tukang kebun lagi, risau dengan kedatangan ular jika terlampau semak. Selepas tanah digemburkan dengan baja tahi kambing, antara anak-anak pokok yang dipindahkan di Petak 2 ialah Jerusalem Artichoke (jenis adik beradik bunga matahari yang berubi).
  Tumbuhan yang lain sedang membesar di Petak 2 pula ialah pokok kapas (batang yang besar dalam gambar atas), serai, bawang serai dan ubi bemban. Seronok tengok progress ubi bemban yang ditanam pada September lepas mula hidup subur walaupun tidak diberi perhatian (posting berkaitan klik sini). Ada lebih 10 rumpun pokok ubi bemban di petak 2. InsyaAllah bulan 4~5 tahun depan dah boleh tuai ubi bemban dari petak 2 jika perlu.

~ Anak pokok ubi bemban/ Ubi Garut (West Indian Arrowroot) ~
1 pot berharga RM7.00 .

(Jerusalem Artichoke not available stok yang ada tukang kebun nak pindahkan ke kebun dah seronok pula makan ubinya sebab season harvest hari tu rasa manis pula dari yang sebelumnya. Mungkin sebab faktor keadaan cuaca tahun ini)

5 ulasan:

nadia rashid berkata...

kat sini masalah tanam pokok berubi..nanti anak beranak "cadbury" datang

Normala Saad berkata...

Diana thanks sharing kisah ni, bukan apa..kak duk cari lama dah nama pokok ni..kan dulu2 mak & tok kita suka tanam dikampung. Puas nak ingat tapi tak dapat juga..Mmh! arini dah timbul nama dia - ubi garut..!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nadia,

Kena tengok juga jenis pokok berubi apa, kalau ubi sengkuang jarang sekali ada yang mengusik. Paling mudah nak tanam lebih lagi musim hujan ni.

Salam Bahagia Kak Mala,

Akhirnya muncul sudah nama yang nak diimbas kembali tu jengjengjeng ubi garut hehehe....

ashraf berkata...

Susah nk nmpk ubi garut skrg.. ada stok lg ker.. kalo pos boleh ker

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ashraf.

Ubi garut masih ada stock. Pos via Pos Laju Malaysia kalau tak boleh self-collect.