No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Julai 2013

Tapak 3 Hutan Rimba Roselle

 Semaian biji-biji benih roselle yang telah tumbuh banyak generasi di Kebun Bahagia Bersama pada bulan Mac-April tahun ini sangat memberangsangkan dan tidak memerlukan pemerhatian yang banyak. Dari trial tukang kebun menanam roselle kali ini tanpa menyiramnya banyak boleh kira dengan jari-jari di tangan sahaja cuma pada masanya baru dipindahkan cuma apabila 3 hari tak hujan, pokok roselle yang dipindahkan sekitar bulan April sangat baik dan pantas pertumbuhannya. Selain itu, tukang kebun cuba tanam anak-anak pokok roselle di pelbagai kawasan yang berlainan di KBB untuk mengkaji di manakah tempat yang paling sesuai pokok-pokok roselle hidup bahagia sendiri tanpa pertolongan tukang kebun. Kiranya nak amalkan teknik permaculture. Antara tempat-tempat pertumbuhan roselle yang sangat mengujakan sampai setiap kali tukang kebun kembali dari bercuti di Sabah bagaikan kilat meninggi dan merimbun adalah di belakang rumah dan bersebelahan tempat menyidai kain. Gambar yang diambil adalah 2 minggu lepas dan tingginya pun sudah lebih 2 meter. Tanah di situ jenis berpasir sedikit dan menerima banyak cahaya matahari, walking iris juga hidup subur di sini, cuma sengkuang tidak begitu menjadi ubinya walaupun daunnya nampak subur. Kerana tukang kebun tidak sangka pokok roselle ini akan merimbun sehinggi begini,terpaksa ada beberapa bunga jenis bawang sedang rilek-rilek di bawah kanopi pokok roselle ini seperti lycorice dan hippeastrum. Bawah kanapi roselle ini juga adalah salah satu tapak semaian pokok-pokok tukang kebun berehat.
BULAN APRIL
 Salah satu lagi kawasan yang memberikan pertumbuhan roselle yang baik adalah di tapak No. 3 KBB. Alangkah terkejutnya tukang kebun apabila bila kembali dari trip pertama ke Sabah tahun ini melihat perkembangan pokok roselle di tapak ini tumbuh mendadak setelah baru sahaja anggaran sebulan dipindahkan dengan tinggi kurang dari 20cm.
BULAN MAY
 Sebelum tukang kebun bertolak ke trip Sabah kali ke-2 tahun ini pertumbuhannya sudah lebih 2 kali ganda sebelum ditinggalkan. Tukang kebun tak pernah beri baja semasa pertumbuhan pokok-pokok roselle, yang dah biasa dengan tabiat tukang kebun akan tahu tukang kebun sebelum mula proses pemindahan anak-anak pokok akan prepare tapak menanam dengan baja seminggu sebelum menanam. Kali ini kami hanya pakai baja tahi kambing ditaburkan di atas tanah dan digembur-gemburkan tanah kemudian. Roselle tak perlu beri baja yang mahal-mahal macam pellet tahi ayam, cukup sahaja dengan jenis baja-baja ternakan lain yang boleh didapati dengan murah terdekat di kawasan anda. Kos tapak No.3 kami cuma mengeluarkan kos baja tahi kambing sahaja anggaran RM2.00, sebab kami tiada perlu keluarkan kos belanja lain seperti racun ataupun air. Bila mereka sudah saiz di atas InsyaAllah cukup dengan rezeki air hujan yang diterima sepanjang bulan Mac-July.
BULAN JUNE 2013 BULAN JEREBU
Masa yang ditunggu-tunggu di tapak semaian No. 3 ialah ketibaan musim menuainya. Dah jadi hutan rimba, tukang kebun pun dah tak boleh lalu di celah-celah pokok terpaksa berjalan meniti di tepi sempadan simen batu. Pokok-pokoknya pun kebanyakkan melebihi 2 meter. Masa digunakan di tapak No.3 setiap minggu bulan June dan Julai ialah 1 jam nak memetik buahnya.
 Ini tapak No. 7 tapi pertumbuhan roselle tidak segalak yang di tapak No.3 yang sederet dengannya walaupun mereka dipindahkan serentak. Faktor utamanya ialah tidak cukup menerima cahaya matahari kerana terlindung dengan pokok-pokok besar seperti jambu air, durian dan lain-lain. Roselle memerlukan penerimaan cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang baik.
 Tidak perlu risau dengan saiz yang mana sesuai untuk memetik buah-buah roselle seperti bendi lebih rajin kita memetiknya lagi rajin ianya berbuah. Tukang kebun biasanya lepas putik bunga roselle kembang setelah 3~5 hari dah petik buahnya. Ini supaya pokoknya akan teruja menghasilkan putik bunga lagi seperti dalam gambar di atas untuk memberi peluang dan tenaga dipindahkan ke putik bunga berdekatan untuk membesar, jadi yang saiz macam di atas boleh dah nak petik nanti makin tua buahnya pokoknya pun cepat tua dan mula kurang menghasilkan buah.

Ini adalah antara pokok-pokok roselle yang dituai buahnya untuk Pasar Ramadhan Roselle bulan ini (bolehlah bayangkan dari mana buah roselle yang diterima diperolehi). Terima kasih atas sokongan yang diberikan dengan tempahan-tempahan yang diterima untuk Pasar Ramadhan Roselle. Yang berminat masih boleh buat reservation Pasar Ramadhan Roselle.

Khamis, 18 Julai 2013

Julai RM1 1-pek Sayur Daun sesuai untuk container garden

 Bulan Julai ini penanaman sayur-sayur daun di Lembah Klang sangat sesuai ditanam dengan cuaca yang hampir setiap hari hujan tetapi belum tersangat lebat kira warming up nak masuk monsoon next month. Tiga jenis sayur daun yang berharga RM1 setiap satu pek bulan Julai ini, dengan anggaran lebih 50 biji benih se-pek adalah amat sesuai untuk container garden bagi mereka yang mempunyai ruangan berkebun yang terhad.
~ Red Giant Mustard  (klik untuk lawat laman sebelum ini)~
~ Tatsoi (klik untuk lawat laman sebelum ini) ~

~ Ada juga biji benih Arugula/Rocket (tukang kebun belum buat personnel khas posting untuk arugula) ~ 

Rabu, 17 Julai 2013

8th Ramadhan Crinum Kembang dan Hasil Tuaian

 Pagi hari ke-8 Ramadhan tahun ini selepas menghantar tukang kebun Ilhan ke sekolah rutin setiap hari tukang kebun akan ke belakang kawasan kebun untuk beri makan kepada pet yang bising selagi tak kasi makan bila nampak bayang tukang kebun. Terpaksalah mereka menunggu sekejap bila langkah tukang kebun terhenti terkejut terpegun melihat bawang pokok bunga crinum yang dibawa pulang June lepas dari kampung kembang mekar pagi ini. Besar bunganya sama taraf dengan Asiatic/Oriental Lilium. Ada sesiapa yang boleh tolong tukang kebun beri identiti Crinum jenis yang mana satu?
 Petang semalam tukang kebun perasan putik bunganya tapi tak sangka akan kembang keesokan harinya. Bulb bunga ini berada di bawah kanopi pokok Ceri Terengganu yang sedang berbuah dan hanya menerima cahaya matahari awal pagi.
 Yang tukang kebun terkejut, bawang crinum yang lambat sekali tukang kebun tanam sebab masih terfikir-fikir nak cuba tanam di mana yang paling awal sekali berbunga berbanding tempat lain. Mungkin sebab dengan tidak sengaja tukang kebun force bulb tu jadi dormant kering sekejap, lepas tu sumbat dalam tanah masa musim jerebu panas dan kering bila hujan ianya hidup kembali menghasilkan bunga seperti pokok jenis bawang-bawang lain macam amaryllis. Bawang crinum tidak perlu ditanam semua bahagian bawangnya ke dalam tanah, boleh biarkan 1/3 bawang di atas tanah. Bawang-bawang crinum sedang mengeluarkan daun manakala bawang yang ini terus keluar batang bunganya.
 Pokok bunga crinum ini jenis tinggi ada sampai 70cm, tengok perbandingan modelnya di bawah iaitu ayam telur betina yang sudah bertelur. Belakang tu dah ramai menunggu breakfast. Angsa putih dewasa pun tak setinggi bunga crinum ini. Hari ini syukur alhamdulillah juga ada pelbagai rezeki dari kebun dan dapatlah antaranya berkongsi untuk Pasar Ramadhan Roselle penghantaran hari ini. Gambar tuaian roselle, petola segi, bendi, bunga telang, lemon dan lain-lain ter-delete pula. Jadi gambar tuaian dalam upih lagi satu seperti di bawah; buah kuning telur, pisang, cili burung, terung pipit dan belimbing buloh.
 Yang ini pula anak-anak suka-suka hati ambil penyapu pergi tuai sendiri buah bidara (Epal Sarawak) guna penyapu di depan rumah masa Mama di belakang rumah. Mamanya dah kata kecik lagi tunggu sampai buahnya hijau cair lagi tak dengar teringin dan suka sangat agaknya. Abang Ilhan rajin petik untuk Adik Rayyan yang suka sangat makan buah bidara. Buah bidara ni kalau masak betul lagi manis dari epal Granny Smith.
 Bunga Crinum dekat reban pula berbunga bukan dekat kawasan frontyard nak bagi motivation turun kebun di bulan puasa ni agaknya. Terima kasih Sean dan Gardener beri confirmation bunga semalam tu Garlic Vine, bunga crinum tersenyum kembang to you...hehehe....belum sempat nak edit lagi. Tukang kebun nak mulakan sesi memasak untuk berbuka puasa pula, masak simple je sebab dengan anak-anak yang kecil je hari ni. So masak petola segi bersama suuhun dan bebola ayam je, simple dan cepat.

Selamat Berbuka Puasa.

Isnin, 15 Julai 2013

Garlic Vine Climbing Veins Flower

 Pokok bunga Garlic Vine adalah dari keluarga/family Bignoniaceae. Struktur daun dan bunganya sangat mirip kepada Pandorea jasminoides (Bower vine), cuma warna bunganya berlainan sedikit. Pokok bunga Garlic Vine adalah jenis pokok bunga yang memanjat dan di rumah ada yang tingginya mengalahkan kabel wayar elektrik dan cuba juga bertenggek menumpang wayar elektrik. Dahan pokoknya tidaklah besar tapi terror memanjat menjadikan pokok lipstick palm untuk naik tinggi, kalau batangnya dah mencecah pokok kelapa agaknya bersama-sama meninggi dengan pokok kelapa di sebelah pokok lipstick palm. Gugusan bunganya dan bunganya menarik macam loceng.
 Pokok bunga garlic vine seperti bauhinia kockiana rajin berbunga sepanjang tahun dan sukakan cahaya matahari (sun lover) di kawasan beriklim tropika. Kalau tak nak ianya memanjat tinggi kena rajin pangkas pokoknya sebab pokok ni cepat sahaja pertumbuhannya seperti pokok akar dani (rangoon creeper).
Warna bunganya yang kembang baru adalah purple-pinkish yang lama kelamaan pudar menjadi pinkish white. Daun pokok bunga ini adalah sekurang-kurangnya 2 kali ganda besar dari jenis pokok bunga alamanda tapi jarang-jarang antara satu sama lain.
 Keperluan air pokok garlic vine adalah sangat rendah setelah pokoknya telah menyesuaikan diri atau matang (well-established). Jika dilevelkan keperluan air dengan rating 1~5, dengan level 5 banyak air, keperluan air pokok pandorea ialah 1. Sebagai contoh, pokok garlic vine yang berdekatan dengan dapur yang memanjat pokok Mickey Mouse plant tumbuh dengan bahagia sendiri di celah-celah ruangan yang bersimen seperti gambar di atas. Daun-daun kering dari pokok Mickey Mouse dan lain-lain yang menutupi simen dan itulah ada batang pokok pandorea. Kalau berminat English Cottage Garden, pokok bunga garlic vine akan kelihatan cantik memanjat trellis-trellis yang berbentuk style English Cottage Garden.
 Putik bunga Garlic Vine.

 Beberapa bulan lepas dan 1~2 minggu lepas, ada yang menerima complimentary gift biji benih label 'pink trumpet' yang biji benih texture pappery mungkin tertanya-tanya pokok pink trumpet bagaimana, Itulah biji benih pink trumpet dari pokok-pokok di atas.

~ Pokok bunga Garlic Vine~

1 Bekas RM$8.00 (kos penghantaran RM10).
Kos penghantaran 2~3 bekas pokok Garlic Vine ialah RM13.

Koleksi lain pokok bunga jenis climbing yang sedang ditawarkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini ialah:


Ahad, 14 Julai 2013

Pelbagai jenis heirloom beetroot seed dalam bulan Ramadhan


 Dalam bulan Ramadhan ini, kembali semula pelbagai jenis biji benih heirloom beet root dalam stok Kebun Bahagia Bersama. Percambahan biji benih beet root dalam bulan ini dengan cuaca di Kebun kami sangat mudah dan cepat. No special treatment needed, tukang kebun cuma tanam biji benih lebih kurang 1~1.5 cm dalam tanah kemudian cuma menerima siraman natural air hujan sahaja, dapat cahaya, syukur alhamdulillah bercambah biji benihnya. Cuma perlu berhati-hati dengan medium percambahan tanah tidak jenis yang banyak sangat simpan air/bertakung akan mengakibatkan leher pangkal bawah anak-anak pokok beetroot mudah reput. Perlu banyak cahaya matahari untuk percambahan dan pertumbuhan baik anak-anak pokok beetroot (sekurang-kurangnya 6 jam expose kepada direct light/sun). 

Biji-biji benih beetroot berikut sementara stok masih ada dalam bulan Ramadhan 1 pek beranggaran 50 biji benih RM3.00 :


~ Beetroot Cylindra ~

Biji benih heirloom beetroot jenis baru masuk dalam stok Kebun Bahagia Bersama bulan Ramadhan ini .Mirip kepada beetroot forono, jenis akarnya berwarna merah dan panjang. Lebih mudah tumbuh pada musim tidak banyak hujan sebab akarnya yang memanjang pandai mencari air jauh ke dalam tanah,



Prune your Mulberry

 Hujung minggu ini antara kerja yang tak banyak pakai tenaga dan kurang 10 minit dah selesai dapat dibuat sementara nak selesaikan perkara lain ialah pruning pokok-pokok Mulberry. Bolehlah pruning sekarang nanti lepas bulan Ramadhan dah molek sangat bukan sahaja musim Raya Aidilfitri tapi musim buah mulberry juga. Pokok-pokok mulberry di patch yang ini adalah sama batch dengan pokok mulberry yang dikirim bulan March dan April tahun ini. Bagi yang teragak-teragak bilalah boleh pruning pokok mulberry supaya ia menghasilkan buah pokok mulberry tersebut boleh dah nak pangkas. Keratan pokok-pokok yang ditanam sama batch bulan March dan April lepas dah tumbuh meninggi, minggu pertama bulan Julai tukang kebun pangkas hingga hampir setengah dari pokoknya sudah mula menghasilkan buah-buah muda yang berbentuk macam berus botol bayi size kecil.
 Musim kemarau bulan June lepas, banyak pokok-pokok gugurkan banyak daun macam musim luruh pula rasa di Kebun Bahagia Bersama walaupun cuaca panas. Sebagai contoh atas tu longgokan daun-daun kering pokok durian. Minggu ini tukang kebun nampak putik-putik bunga sudah di pokok durian. Bulan puasa ni mesti ada aktiviti mengemaskan laman di luar rumah. Daun-daun yang kering ni dari dibakar elok juga digunakan untuk 'mulching' keliling tanaman-tanaman untuk menghalang weed dari bermaharajalela dan mengurangkan masa yang digunakan di kebun untuk merumput. Juga mulching boleh membantu tanah untuk stay moist lebih lama sebab sejatan air terhalang dan mengurangkan suhu panas tanah tersorok di bawah daun-daun kering. Tambahan pula bila daun-daun kering tersebut mula reput, akan jadi natural kompos dan memberikan zat nutrisi kepada tanah untuk diserap oleh tanaman-tanaman.
 Biji-biji benih weed tidak mendapat cahaya untuk bercambah bila dilindungi tebal  dengan daun-daun kering (boleh timbun daun-daun kering sehinggal longgokan setebal 5cm).

 Minggu ini ada pokok-pokok keratan mulberry yang dah boleh keluar dari tempat nursing kami bagi mereka yang berminat. Ada sekurang-kurangnya 2 pokok dalam satu bekas.

Mulberry Double Happiness -RM7 sebekas.

Sabtu, 13 Julai 2013

Empat Ramadhan Tanam Pokok Salak

 Hari keempat dalam bulan Ramadhan ini tanam anak pokok salak yang dah lama berteduh di bawah pokok roselle. Anak pokok ini benihnya disemai akhir tahun lepas diberikan oleh ayah mertua tukang kebun. Semua biji benihnya bercambah dengan baik dan membesar dengan baik syukur Alhamdulillah. Ada lagi adik-beradiknya yang belum dipindahkan tunggu lepas raya barangkali.
 Sebab hari ni suami tak bekerja jadi tuaian yang tinggi-tinggi tu dapatlah dia tolong ambilkan seperti betik, kelapa dan pisang-pisang pelbagai jenis. Hampir kesemuaya dibawa ke rumah atuk di Kepong yang sedang dalam perjalanan.

 Rezeki tuaian hari in seperti bendi dan petola segi akan dikongsi dengan atuk dan nenek di mana kami berbuka puasa beramai-ramai hari ini di Kepong. Sedang bawa sirap biru dan jus rosella ke sana. Keledek ungu stok untuk makanan Abby minggu depan. Limau Kasturi pula stok untuk kami sekeluarga minggu depan.
 Syukur Alhamdulillah hari ini nangka yang sangat semerbak dan ranum dapat kami menikmati bersama berbuka puasa. Baru sahaja selesai kopek nangka.

Selamat Berbuka Puasa.