No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 September 2013

Anak Pokok Belimbing Buloh dari Biji Benih

 Bagi penggemar buah-buahan yang berasa masam, kalau ada ruang sedikit pun di perumahan terrace house pasti ada yang menyelit pokok belimbing buloh. Di mana-mana taman perumahan, mesti tak janggal kelihatan ada sebuah rumah pokok belimbing buloh di depan rumah. Pokok belimbing buloh tak sebesar pokok-pokok buah-buahan lain. Tambahan pula ianya tidak bushy jadi tidak begitu menghalang cahaya matahari. Kalau ditrim selalu pokoknya, saiznya boleh dikawal. Lagipun buahnya berbuah di batang/dahan pokok bukan di tangkai-tangkai ranting pokok. Rumah atuk tukang kebun di Kepong di perumahan taman walaupun tiada banyak ruang tapi di depan pagar rumah yang kurang semeter persegi tu berdirinya pokok belimbing buloh. Buah belimbing buloh adalah favourite Orang Negeri buat campur masak lemak cili api.
 Ruangan yang dikongsi oleh pokok belimbing buloh dalam area kurang dari 1 meter persegi ialah pokok kemboja Bali Kuning Putih Picotee, pokok markisa, pokok bambangan dan sengkuang yang self-seeded.
 Bunga belimbing buloh berwarna merah. 

~ Pokok Belimbing Buloh ~

1 bekas pokok RM9.00 .

Pesanan boleh tinggal di komen box ataupun (kebunkmg@gmail.com) .

Jumaat, 27 September 2013

Pokok Kurma

 Nasib baik big boss ada beritahu awal-awal dulu yang ada dalam pasu-pasunya anak-anak pokok kurma yang ditanam dari biji benih. Jadi tak delah tukang kebun pandai-pandai berani usik jadi dibiarkan sahaja di bekas semaiannya. Tapi kesian pula tengok bulan ni macam makin sempit je pokok kurma duduk dalam pasu dan dibiarkan begitu sahaja. Alang-alang hasrat tukang kebun nak kemaskan kawasan ini, ingat nak bagi pokok kurma tersebut rumah baru. Kawasan ni nak kena kemas sebelum big boss balik hari Rabu, cepat je dah naik semak kembali. Mula-mula tukang kebun ingatkan sepokok sahaja. Tapi setelah dikeluarkan dari pasu bila diamati macam pokok-pokok berasangin tetapi akarnya dah berselirat melilit antara satu sama lain. Jadi dengan berhati-hati tukang kebun pun cuba pisahkan anak-anak pokok kurma tersebut tanpa mencederakan akarnya.
 Syukur Alhamdulillah berjaya juga memisahkan anak-anak pokok kurma tersebut tanpa mencederakan akar-akarnya yang dah banyak memanjang tersebut. Bila tengok macam ini tersenyum lebar mulalah teringat lagu-lagu Disney Aladdin. Angan-angan dalam kebun ada tema oasis kononnya nanti.
Yang mana masih halus anak-anak pokok kurma, tukang kebun simpan dulu dalam polibeg biar besar dulu. Hujung minggu lepas tukang kebun dah selamat alihkan 4 pokok berdekatan dengan pagar ke kebun jadi mudah nak siram ataupun pendebungaan antara jarak pokok-pokok masih sesuai. Dari pintu dapur rumah semuanya lingkungan kawasan 10 meter persegi. Pokok kurma ada jantan dan betina jadi nak kena jugalah tanam beberapa pokok. Memandangkan anak pokok tumbuh dari biji benih peratusan pokoknya betina adalah 50%. Moga dalam batch yang ditanam ada jantan dan ada betina. Nanti kesian macam pokok salak matang di belakang membujang sampai sekarang sebab pokok betina tak ada. Semoga pokok-pokok salak yang dipindahkan minggu lepas ada jodohnya nanti.
 Sebenarnya sudah ada beberapa pokok-pokok kurma yang big boss tanam di pelbagai lokasi di Kebun Bahagia Bersama yang ditanam dari biji benih. Lokasi yang berbeza dengan penerimaan cahaya matahari dan air berbeza juga mengakibatkan pertumbuhan pokok kurma berbeza di Kebun Bahagia Bersama. Gambar di bawah pokok kurma yang ketinggiannya (pelepah) dah lebih 2 meter berjiran dengan pokok-pokok sayur manis.

Khamis, 26 September 2013

Fairy Iris

 Peti ais kami di rumah dah mula nazak, freezer dah menjadi fridge biasa. Dalam 2 bulan ini dah 2 kali compressor diganti tapi masih juga tak dapat berfungsi dengan baik. Bila mengemas peti ais keluarkan semua barang keluar dari peti fridge barulah terjumpa Fairy Iris seeds yang telah duduk bertapa di dalamnya beberapa bulan. Fairy Iris (Dietes grandiflora) berasal dari benua Afrika di bahagian selatan. Pokok bunganya sungguh drought-tolerent. Jiran lama tukang kebun tak pernah siram pokok ni tapi masih bertahan pokoknya walaupun dikelilingi rumput-rumput tinggi yang dah mula mengering. 
 Biji-biji benihnya pun tak disangka ada yang bercambah di celah-celah batu driveway rumah sewa lama tukang kebun dari letupan seed pod Fairy Iris tukang kebun. Minggu lepas sempena kick off series bunga berwarna putih, secara random ada tukang kebun selitkan Fairy Iris seeds bila teringat untuk pesanan bunga-bunga berwarna putih untuk minggu lepas sehingga stok benihnya telah habis. Kalau ada yang tak terima tukang kebun minta maaf sebab terlupa bukan sengaja. Elakkan semai bijinya pada musim kemarau. Semai semasa musim hujan lebih baik.

Rabu, 25 September 2013

Loaded with Natural Vitamin C ~ Wordless Wednesday



Radish Heirloom Mixed Kak Azira

 Terima Kasih kepada Kak Azira di Sepang kerana sudi berkongsi gambar hasil semaian Radish Heirloom Mixed. Kak Azira bela arnab yang membantu menyuburkan tanah di kebun kak Azira.  Dalam gambar di atas yang cute merah akar radish kebarangkalian radish cherry belle ataupun radish Crimson Giant. Di belakang tu ada nampak akar radish putih membentuk sukar untuk diagak ketika ini tapi mungkin French breakfast, white icicle ataupun daikon.
 Kak Azira bertanyakan radish putih apa yang tumbuh besar mendadak di gambar ni? Kemungkinan besar Radish Daikon bolehlah buat kek lobak nanti.
 Mula-mula tukang kebun tak perasan yang ada radish seakan radish heirloom round black spanish (anak panah biru) di background gambar kiriman Kak Azira.  Boleh tuai dah tu Kak Azira, radish warna hitam selalunya lebih pedas dari radish-radish lain kalau dibiarkan lama. Wah macam-macam jenis radish heirloom ada di kebun Kak Azira sekarang. Bolehlah nanti buat perbandingan rasa jenis heirloom radish yang berlainan.

Thank you for sharing Kak Azira.

Selasa, 24 September 2013

Biji Benih Organik Roselle Fresh


Tips Info Roselle (klik sini).

~ Biji Benih Organik Open-Pollinated Roselle~

Anggaran 50 biji benih 1 pek (RM3.00).

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com).

3 weeks old komatsuna

 Sayur daun Komatsuna yang biji benihnya ditabur di dalam pasu sudah berusia anggaran 3 minggu. Tumbuh rapat-rapat dan boleh dituai yang besar memberikan ruang pada yang lain untuk membesar. Pada awal pertumbuhan atau biji benih disemai kebetulan minggu tersebut hujan turun setiap petang jadi tidak perlu disiram. Tanah medium yang digunakan adalah tanah dari kawasan pembakaran bahan dari kebun digaulkan dengan tahi kambing.
 Pasu juga digunakan sebagai tapak semaian sementara seperti contoh biji benih cosmos sensation mixed yang bercambah dan tumbuh dengan pantas pada cuaca bulan September ini. Di campur dengan bekas semaian adalah untuk mengelakkan ayam dari cakar tanah keluar dari pasu. Kalau dibiarkan tanah kosong tanpa apa-apa menarik perhatian si ayam dan si kucing untuk cakar-cakar tanah yang lapang. Untuk jadikan kawasan bekas produktif dan elakkan dari tanah digali inilah salah satu helah yang tukang kebun selalu gunakan. Boleh juga menjadikan gap ruangan biji benih komatsuna disemai untuk tidak terlampau tertumpu di satu kawasan sahaja. Anak panah biru tunjuk kepada biji benih terung susu kambing yang baru sahaja bercambah.
 Percambahan terung susu kambing tidak sekata masanya tapi kesemua biji benihnya bercambah antara 1~3minggu. Anak pokok cosmos sensation mixed sudah meninggi jadi tukang kebun tukar dengan bekas semaian biji-biji benih lain. Tengah nak tunggu hujan datang kembali baru dipindahkan anak-anak pokok cosmos supaya tidak perlu dijaga selepas ditempatkan ke tempat permanent.
 Pasu duduk atas stool yang tinggi sebelah kolam, jadi kurang musuh lawat semasa pertumbuhan awalnya. Tambahan pula duduk di tempat open area, siput pun semput kalau nak menyorok.
 Tengahari nak tuai yang dah besar sikit mixed dalam mee goreng. Menu lunch simple simple sahaja sebab dengan anak-anak.