No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 24 Januari 2014

Gading Gold Water

 Antara jenis koleksi kelapa yang Big Boss ada ialah kelapa jenis gading yang berwarna kuning keemasan. Kelapa ni nampak kuning keemasan bukan sebab dah tua tapi memang masa kecil lagi warnanya kuning keemasan. Dari jauh memang dah boleh nampak ketara buahnya sebab lain dari warna daun hijau pelepah kelapa. Kalau nak dibandingkan dengan kelapa-kelapa jenis lain, kelapa gading adalah sederhana tingginya takdelah setinggi kelapa lain di tepi laut tu. Kekanda tukang kebun kalau ambil tangga masih bolehlah nak tuai kelapanya tak susah nak upah monyet. Kerana warna pokok kelapanya yang unik nampak ornamental serta tidak begitu tinggi sesuai ditanam di laman rumah.
 Sabtu lepas sambil merumput, kekanda tukang kebun baiknya hati tiba-tiba tanya nak minum air kelapa tak? Mood romantiklah pula sambil berkebun (ada udang sebalik batu, kalau dalam kebun sebalik batu ada siput menyorok). Tukang kebun suka minum air kelapa gading ni rasa very refreshing sambil-sambil berkebun gerakkan badan dapat minum air yang berkhasiat lagipun malas juga nak balik rumah basahkan tekak. Bahagian kelapa muda gading yang dituai untuk anak-anak yang setia menunggu di dalam rumah, kebetulan nenek dan atuk ada di rumah boleh tengok-tengokkan.
 Minggu lepas tukang kebun dapat jugalah tuai biji benih lotus yang kembang tahun lepas, dan biji benihnya moga tahun ini tukang kebun dapat sambut cucu di Petak Hijau dan laman Sis Haslina yang menetap di area Shah Alam.

2014 Project: Nak susun bibit kelapa gading dalam kebun darling kekanda, jadi nak alert simpan bibit yang dah bercambah.

Khamis, 23 Januari 2014

Serai Acheh

 Dah bertahun-tahun kau menghuni di kawasan ini, tapi penghuni homo sapiens di Kebun Bahagia Bersama tak perasan yang sebenarnya kau memberikan bunga yang indah dan harum semasa embun pagi masih ada bila digoyang-goyangkan. Termasuklah big boss yang menanam kau setelah dibawanya pulang dari Kulim, Kedah beberapa tahun dahulu melawat jiran tanah depan yang pulang kembali ke kampung setelah retired early dan membuka home-stay di Kulim serta tauke berkolam-kolam ikan air tawar jadi bekalan restoran di Kulim. Betapa banyaknya zuriat kau membiak dengan cepat secara rizom-mu yang menjalar-jalar creeping di dalam tanah.  Lihatlah bagaimana kau memenuhi ruang di bawah pokok belimbing besi berdekatan dengan pagar rumah adalah juga lebih 2 meter persegi sudah kau menjelajah. Dalam sebulan kalau masak tomyam tiap-tiap hari pun tidak kehabisan stok Serai Acheh yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. 
 Tahun lepas awal pagi semasa embun masih ada selepas menghantar Ilhan ke tadika kemas hendak tarik pintu pagar maka bergoyang-goyanglah pokok-pokok ini, kenapa bau segar sedap lemoney je dihirup udara pagi ini macam iklan 'Febreze'? Bila diintai eh ada banyak bunga-bunga putih cantik kembang di dasar pokok yang tukang kebun dah lama syak adik-beradik keluarga 'ginger' (Zingiberaceae) bila melihat morphology struktur pokoknya. Tukang kebun buat siasatan tanya tok guru sini sana yang arif mengenai keluarga halia native di Malaysia, Sean datang pun tukang kebun minta tolong perhatikan pokok Serai Acheh ini juga dan juga angkat pokok-pokok Serai Acheh nak tengok macam mana struktur isinya dalam tanah. Seperti biasa, Big Boss kalau dengar sesuatu pokok jika ianya mempunyai nilai buat ubat tradisional pasti ditanamnya di Kebun Bahagia Bersama tanpa ambil tahu namanya. Bila tunjuk gambar pokok ini berbunga, big boss pun terkejut eh ada bunga ya cantik ya. 
 Kebetulan pula akhir tahun lepas jiran tuan tanah depan ada balik untuk menghadiri kenduri kahwin kenalan rapatnya, papa tukang kebun punyalah excited menjerit-jerit panggil tukang kebun yang baru sahaja balik dari Sunway Pyramid beli keperluan anak-anak sekolah belum lagi jejak kaki ke rumah nak mengajak berjumpa dengan Pak Cik Mat dan Mak Cik Kiah. Rindu sangatlah tu nak jumpa jiran lama yang memang rapat sebab merekalah banyak menolong kami sejak berpindah ke Kebun Bahagia Bersama. Big boss pun ajaklah tukang kebun sekali sebab dah lama hajat di hati tukang kebun nak merisik kalau mereka nak jual tanah depan rumah kami 1 ekar tu. Borak punya borak Pak Cik Mat yang buka cerita dulu yang dia dah nak jual tanahnya yang 1 ekar ada banglo setingkat tu dengan harga  1.3 juta (nasib tak risik lagi)...Gulp...Gulp...Gulp...telan air liur jelah over over over budget. Big boss pun dah menjeling ke tukang kebun faham sangatlah tak mampu lagi kami nak merealisasikan impian tersebut (takpelah suatu hari nanti jika ada rezeki). 
 MasyaAllah tidak disangka harga pasaran Kebun Bahagia Bersama nilainya pasti lebih dari itu, berkat usaha gigih kedua ibubapa tukang kebun yang berhijrah ke Sungai Buloh dari Shah Alam dengan papa seorang yang berkerja sebagai pensyarah UITM. Pinjaman 25 tahun loan buat rumah yang kami tumpang duduki pun tidak lama lagi InsyaAllah sudah habis dibayar oleh papa yang masih gigih berkerja kontrak dengan University Malaysia Sabah walaupun sudah lama pencen. Sekarang barulah tukang kebun faham masa kami adik-beradik membesar kenapa begitu jarang sekali kami makan luar dalam setahun boleh kira dengan jari tangan dan pergi bercuti pun jarang sekali kerana ibubapa kami puas berjimat supaya ada tempat yang tetap untuk kami berteduh, a place we call 'home sweet home'. Papa tukang kebun sebelum sekolah masih kecil adalah anak yatim, setelah neneknya yang menjaganya meninggal dunia, berpindah sini sana menumpang kasih dengan saudara mara.  Bila tukang kebun dewasa mencari rezeki sendiri barulah diri ini faham kenapalah setiap kali ambil gambar family masa beraya zaman budak hingusan mesti belakang background rumah Kebun Bahagia Bersama.
 Ada juga beberapa kali menerima meminta pertolongan merisik-risik harga tanah di Sungai Buloh. Jangan tertipu memang dengar awalnya bunyi Kampung sekian sekian...tapi nilai pasaran tanah di Sungai Buloh makin melambung, seperti contoh sekarang 1 ekar dipecahkan kepada 12 lot tanah, yang satu lot tanah dijual dengan harga RM80K (12 lots X RM80K = RM960K). Bagi mereka yang masih teragak-agak dan sudah ada peruntukkan tukang kebun punya advise to grab the chance sebelum harga makin menjulang. Sebab 7 tahun dulu, satu ekar masih boleh dapat dalam RM300+K, boleh nampak perbezaan yang ketara. Kebun Bahagia Bersama hujung jalannya memang terus nampak di Guthrie Corridor Highway. Tukang kebun dah survey tahun lepas, rata-rata harga rumah teres di sekitar Sungai Buloh kalau corner lot tengok saiz RM800+K , kalau yang di tengah-tengah rumah teres RM500+K. Kebetulan bincang-bincang dengan staff jual properties rumah-rumah ni pun sendiri cakap sebab dia tau kami orang local duduk di kampung, kebanyakkan rakan-rakan mereka lebih jimat banyak bila beli tanah lot. Katakanlah beli 2 lot dan buat rumah sendiri upah kontraktor dengan budget RM100K lebih besar dari design rumah teres harga kosnya jauh lebih murah. Bila tukang kebun congak-congak betul juga cakap staff tu (RM160 for 2 lots + kos binaan rumah (RM100K), campur ini itu probably be RM300+K), kawasan pun lebih luas nak menanam dan senang nak bela ternakkan. Opppsss....panjang lebar pula cuma selingan nak berkongsi sebab ramai yang berminat nak ada tanah di Sungai Buloh. Kadang-kadang tukang kebun pun mmm... gelisah dan segan juga nak beri jawapan secara depan bila berborak-borak mengenai pasaran tanah di Sungai Buloh untuk kediaman sebab bunyinya macam tak percaya je bila ditanyakan 1 ekar berapa? Iyalah takut orang ingatkan tukang kebun main-mainkan ke...kalau jawab nak dekat 1 juta. Sedangkan impian tukang kebun nak depan rumah pun tak terkata (speechless).
 Panjang mula membebel keluar topic dari tanaman 'Serai Acheh'. Serai Acheh ni kalau dengar secara lisan dan bukan dari Pak Cik Google tapi dari Pak cik Mat katanya orang buat mandi boleh nak segarkan badan dari lesu, buang angin ataupun demam (demam tu tukang kebun macam ingat tak ingat jadi lebih baik tanya yang lebih pakar). Bolehlah buat spa sendiri di rumah ya, kalau gaya kerja nak cepat macam tukang kebun boleh ambil je the whole plant racik-racik daunnya rebus dalam air. Rebusan air tulah nanti bila dah suam-suam boleh buat mandi. Ada juga yang melaporkan untuk kegunaan lepas bersalin ataupun melancarkan pengaliran darah. Selalunya akar/rizom untuk keluarga tanaman ginger lebih banyak kandungan nilai perubatannya disebabkan di situlah tempat tumbuhan tersebut menyimpan tenaganya atau makanannya. Selain dari nilai perubatan, pokok serai acheh juga digunakan untuk perencah atau flavouring masakan. Kalau tak de serai masak biasa tu bolehlah orang Siam menjadikan ianya pengganti untuk rencah tomyam, rasanya orang Pantai Timur boleh gantikan untuk masak lauk singgang. Kalau ada balcony garden bolehlah reservekan atau gilir-gilirkan penggunaan Serai Acheh dengan Serai masak biasa tu untuk supply dapur yang berterusan harvest from your own balcony.
 Pokok-pokok Serai Acheh dalam Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun perhatikan hidup bahagia tanpa dihiraukan di kawasan partial shade ~ shade. Ya, pokoknya boleh tumbuh di kawasan shade tapi pertumbuhannya tak merebak cepat seperti di partial shade. Ataupun di bawah kanopi pokok-pokok besar. Sekiranya anda mempunyai ruangan menanam yang terhad, tukang kebun suggest tanam di kawasan yang kurang menerima cahaya matahari, jika mempunyai ruang menanam di mana menerima matahari dalam kebun yang limited kepada tumbuhan yang lebih memerlukannya. Yang tukang kebun tunjuk dalam gambar ialah yang menerima cahaya matahari separa, kalau dijenguk betul-betul sebenarnya sudah banyak Serai Acheh menjalar di kawasan shade di dalam Kebun Bahagia Bersama. Dalam barisan di mana pokok belimbing besi, bidara dan nam-nam tumbuh di tembok depan KBB, di bawah pokok-pokok tersebut sudah banyak dipenuhi pokok-pokok Serai Acheh. Serai Acheh tidak perlu full sun. 

~ Pokok Serai Acheh ~

1 pot RM7.00 (Enquiries kebunkmg@gmail.com) .

Rabu, 22 Januari 2014

Heavenly Blue


 Monday ada feeling blue lepas Rayyan regular check up di Hospital Serdang. Rasa hiba dan bergenang air mata pula bila teringatkan keputusan echo jantungnya, doktor kata dah nampak mula bocor kembali salah satu defect jantungnya. Tersentak back in reality beri peringatan semula, Rayyan tu memang sangat active jadi boleh lupa yang dia lahir dengan jantung bukan sempurna. Sampaikan kami pun terlupa awal tahun ni nak inform babysitter di sebelah tadikanya pasal kesihatannya sehingga babysitter pun terkejut masa kasi mandi Rayyan ada kesan parut di dada setelah 3 kali dibedah. Cuma nak kena ingat-ingatkan diri nak alert kesihatan anak-anak. Sebagaimana ibubapa lain yang melihat anaknya sakit berasa kalaulah boleh nak transfer je sakit tu dekat diri ini dari anak yang tanggungkan. Jantung pula hanya dikurniakan satu. Bagi tukang kebun benda yang paling seksa ialah melihat anak menderita berbulan-bulan tapi tak mampu nak buat apa-apa.

 Kebetulan lepas balik hospital, parking kereta di sebelah kebun dan Rayyan masih tertidur elok je tukang kebun toleh ke kebun ternampak Morning Glory 'Heavenly Blue' (Ipomoea tricolor) dah mula berbunga rupanya tak sedari. Macam faham-faham je tukang kebun tengah feeling blue nak lift up mood tukang kebun. Antara ornamental Ipomoea yang tukang kebun tanam di Kebun Bahagia Bersama, jenis 'Heavenly Blue' paling lama nak mula berbunga. Kebiasaannya pokok bunga Ipomoea yang lain dari mula semai biji benihnya minggu ke-7/8 dah mula berbunga. Morning glory 'Heavenly Blue' nak merayap atas pelepah pisang gayanya.

Selasa, 21 Januari 2014

January Weeding sebelah Jering


 Dah lama planning, akhirnya bulan ini pokok jering dan pokok rambutan yang juga tinggi di sebelahnya sudah di pruning oleh dear hubby last weekend. Sambil dear hubby pruning tukang kebun merumputlah di tapak lokasi shade di sebelahnya. Kawasan ini tukang kebun tak suka buat kerja lone ranger sebab kekadang ada biawak melepak di sini lagipun rakan-rakan si penyibuk ternakan di belakang tak dapat teman masuk sebab berpagar. Kalau angsa dan rakan-rakan masuk memang boleh togel pokok-pokok nanas dibuatnya menunjukkan betapa tajam gigi angsa tu. Sudah lama kami berdua tak kemas kawasan ini bersama-sama, bila tukang kebun check sejak kami tanam anak-anak pokok salak pada hari ke-empat Ramadhan tahun lepas. Cepat sahaja masa berlalu, dah dikemaskan kawasan ini bulan ini teranglah sikit kawasan ini berbanding dulu. Apa yang ditanam di sini memang survivor, semua anak pokok salak yang dipindahkan di sini tahun lepas syukur alhamdulillah bila dicari-cari dalam rimbunan weed sihat walfiat dan dah besar sekurang-kurangnya 3 kali ganda. Pokok herba yang jarang dijumpai yang tukang kebun sayang pun dalam gambar di atas syukur alhamdulillah masih bahagia bersebelahan pokok baka nanas madu Sabah.
 Pemberian bibit keladi Mawar dari Kak Ros, Jasin juga sihat walfiat di sini. Disebabkan kekurangan cahaya matahari pokoknya kecil berbanding dengan tukang kebun tanam di kawasan yang menerima penerimaan cahaya matahari yang banyak. Tetapi lebih banyak menghasilkan anak-anak pokok (sulur?).
 Tukang kebun juga seronok tengok ada beberapa anak pokok lempoyang juga sudah menonjolkan diri dari rizom lempoyang yang Eila, Sepang kongsikan bersama tukang kebun.
 Beberapa kacang tanah yang tumbuh sendiri dari hasil kacang tanah yang tidak dituai oleh tukang kebun juga dijumpai dalam semak, saja testing lokasi, nampaknya ianya boleh juga dibuat kawasan menanam kacang tanah. Tetapi kawasan ini disebabkan dalam shade pokok-pokok ubi kayu harap je batang besar tapi isinya tak seberapa sebab kekurangan penerimaan cahaya matahari. Lepas dikemas-kemas kawasan ini, tukang kebun tanam anak pokok lemon, dokong dan baka pecah beling jenis memanjat. Tukang kebun tanam pokok pecah beling yang Dr. Ghani dari Langkawi bulan ini kongsikan untuk kami perluaskan distribution jenis pokok pecah beling yang jenis memanjat diperolehinya dari Borneo. Bahagia-nya rasa di hati walaupun nervous juga diberi amanah untuk conservation pokok baka memanjat pecah beling yang diberikan. Terima kasih kepada Dr. Ghani sebab 2 jenis baka pecah beling telah ada di dalam Kebun Bahagia Bersama. Pokok baka pertama pecah beling yang dipos oleh Dr. Ghani kepada kami tahun lepas sudah 1 meter lebih ketinggiannya kami report. Pokok pecah beling memanjat yang dihadiahkan oleh Dr. Ghani sangat unik bentuknya, tukang kebun pun tak sabar tengok bagaimana pokoknya membesar dan memanjat kemudian mencari cahaya matahari yang banyak.
 Hari Ahad juga biasanya, hari tuaian di Kebun Bahagia Bersama untuk pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Ini adalah gambaran antara goodies yang telah dipos semalam semoga hari ini sudah sampai ke destinasinya.
 Sedang mengintip-intip buah markisa yang berselirat atas pergola, terserempak pula dengan buah anggur.
 Pokok-pokok buah yang dapat dituai di Kebun Bahagia Bersama bulan January ini yang utama ialah lemon, ciku dan kuning telor. 

Isnin, 20 Januari 2014

Not Siamese Sengkuang Twin

 Cuti berderet 3 hari lepas baru-baru ini memang tukang kebun dan dear hubby banyak menghabiskan masa mengemas beberapa sudut Kebun Bahagia Bersama yang dah lama terbiar begitu sahaja. Jadi siaran tergendala sebab tukang kebunnya dalam kebun in action. Sabtu lepas kami mengemas petak No.8 sebab lemon yang big boss tanam dari biji benih sudah tinggi lebih 2 meter hilang dari pandangan. Tukang kebun pun hampir lupa kewujudannya. Ini adalah angkara pokok-pokok sengkuang habis melilit pokok lemon sehingga ianya merukuk ke tanah. Tambahan pula pokok betik pun dah tumbang menghimpit ke arahnya. Sebenarnya tukang kebun tak ada menaruh harapan untuk mendapatkan ubi sengkuang sangat sebab kawasannya agak kurang menerima cahaya secara langsung (partial shade) disebabkan dikeliling oleh pokok Ceri Terengganu, Kemboja, Durian dan Jambu Air. Alangkah terkejutnya tukang kebun bila ikut veins si pokok sengkuang ke tanah ternampak ada yang tersembul keluar dari tanah. Bila tukang kebun angkat ubinya...double happiness!!! Jarang-jarang dapat sengkuang kembar dari satu pokok/biji benih.
 Tukang kebun perhatikan di lokasi yang tukang kebun semai direct-sowing sengkuang kali ini agak berlainan cara bagaimana ianya survive/adapt di kawasan partial shade ini dengan sendirinya. Biasanya tangkai yang bercantum dengan ubi sengkuang yang sebenarnya juga adalah 'akar' di mana pokok sengkuang menyimpan tenaganya (food storage) ~ akar sengkuang = ubi sengkuang, adalah satu tangkai yang kemudiannya akan meninggi dan bercabang-cabang. Memandangkan di lokasi ini adalah partial shade, tangkai yang bercantum dengan akarnya bukan satu sahaja, tapi kelihatan beberapa akar sengkuang ada 2 tangkai bercantum. Seingat tukang kebun di petak 8, pokok-pokok sengkuangnya tak banyak mengeluarkan bunga. Kemungkinan besar sebab kurang mendapat cahaya jadi kurang berbunga, jadi pokoknya tidak membazir tenaganya dan lebih fokus untuk menyimpan makanan di akarnya, jadi akarnya membesar bulat-bulat. Mungkin perasaan tukang kebun sahaja, tapi kali ini tuaian sengkuang di lokasi ini tukang kebun rasa kulit ubinya amat nipis sebab bila dicuci kulitnya mudah tertanggal sekali. Sebab sebahagian tuaian ini adalah juga dikongsi untuk penghantaran Pasar Online Kebun Bahagia Bersama minggu ini, tukang kebun tak cuci keluar tanah sepenuhnya di celah-celah lengkuk sengkuang nak elakkan dari terhakis kulit sengkuang. Jangan lupa cuci dahulu ia sebelum makan, tapi tukang kebun jamin totally organic.
 Ini revision sama-sama untuk menanam sengkuang dari pengalaman tukang kebun pemalas ini, 3 tips:

(1) Tak perlu tunggu bud bunga kembang pun, buang bud bunganya sebab tak main peranan nak membesarkan ubi sengkuang, jimat tenaga pokok. 

(2) Kalau pergi nursery diorang asyik suruh beli baja mahal je kan, macam pellet baja tahi ayam. Tak payah bagi sengkuang makan mahal, memadai dengan baja apa sahaja yang boleh diperolehi secara percuma atau murah. Sengkuang tak perlu tanah yang sangat subur untuk hidup. Nanti mabuk daun lepas tu sengkuang malas nak bentuk ubi sebab kenyang.

(3) Penerimaan air yang mencukupi. Supaya juicy dan tak keras isinya,

Sengkuang ini kira-kira berapa usianya dari semai biji benih dan tuai oleh tukang kebun?

Tukang kebun tak berapa ingat, tapi bila check posting lama mengenai pokok bunga crinum yang kembang di bawah kanopi Ceri Terengganu rasanya biji benihnya disemai antara Mac~April. Jadi tukang kebun agak-agak sengkuang ini dituai selepas 9~10 bulan.

~ Biji Benih Organik Sengkuang ~
Anggaran 15 biji benih RM3.00 dalam 1 pek fresh from Kebun Bahagia Bersama.


 Sambil-sambil kemas area berdekatan petak 8, tuaian dari tanaman yang hampir terlupa.

Sabtu, 18 Januari 2014

Corn and Peanut

 Setelah kebun ditinggalkan hampir 2 minggu, semalam barulah dapat slot masuk kebun balik pada cuti Thaipusam. Pada sebelah paginya, sehingga hampir waktu solat zohor tukang kebun dan hubby mengemas 6 petak saiz satu meter persegi lebih kurang masing-masing yang dah penuh weed boleh tenggelamkan Abby kami. 1 petak mulberry dah di hard pruning sehingga botak semalam. Satu petak asal keledek, tukang kebun semai biji benih jagung dan lain-lain (jangan si semut rajin mengangkut biji benih sudah). Ada satu petak ni dulu tukang kebun tanam kacang tanah lepas tu lupa nak tuai jadi tumbuhnya balik sendiri masa musim hujan tahun lepas, jadi kiranya self-seeded kacang tanah yang tumbuh merata-rata antara pokok jagung. Semasa weeding celah-celah pokok-pokok jagung, tukang kebun tercabut sekali pokok-pokok self-seeded kacang tanah tersebut. Jadi alang-alang tukang kebun cabut semua pokok-pokok kacang tanah tersebut memandangkan tengok ada yang dah berisi, takut lupa lagi. Sebenarnya jagung-jagung yang tumbuh di situ semasa self-seeded kacang tanah sedang berbunga, tukang kebun saja semai direct-sowing di celah-celah self-seeded kacang tanah tersebut. Syukur Alhamdulillah jagung-jagung tersebut gagah membesar antara pokok-pokok self-seeded kacang tanah tanpa perhatian. 

Kenapa celah-celah ruang kacang tanah yang berbunga tukang kebun sempat tuai biji benih jagung?

Sebab utama malas nak siram lagipun musim hujan.

Tambahan pula air dari tanah kurang kena sejatan sebab daun-daun si kacang tanah sudah pun banyak jadi natural covering sama fungsi macam 'mulching' keliling anak-anak pokok jagung.

Jagung yang adik-beradik rumput perlu banyak nitrogen, inipun tak perlu risau sebab kacang tanah adalah tanaman pengikat nitrogen semula jadi.

Ruangan menanam juga boleh digunakan secara sepenuhnya, lepas tuai kacang tanah nanti masih ada tanaman yang boleh dituai secara berterusan.

Kesimpulannya jagung dan kacang tanah makes good companion.

Inilah taktik kerja si tukang kebun pemalas ini, rezeki hujan sajalah harapan tanaman di petak ini.

 Daun pokok jagung pun ada dibuat lakaran tapi tak mengapalah dalam petak ini ada balance dengan nature most natural way of living harmoniously bahagia-bahagialah kamu. Setiap penjuru satu meter persegi dalam lokasi full sun ini, tukang kebun sebenarnya tanam nanas madu Sabah, Syukur Alhamdulillah dah nampak beza besarnya membesar. Sementara tunggu nanas madu ni besar matang, bolehlah gunakan antara ruang tanah secara produktif ataupun maximize penggunaanya dengan tanaman yang cepat menghasilkan yummy-licious food. Semalam lepas tuai semua self-seeded kacang tanah, tukang kebun tanam biji benih kacang tadong antara ruang yang ada di keliling pokok-pokok jagung. Bila dah habis musim jagung, ada pengganti kacang tanah pula nanti. Sekarang ni dalam kepala baru tercetus idea bila tengok gambar terfikir bila pokok-pokok nanas membesar boleh ditengahnya tanam sebuah pokok buah yang perennial jadi sama-sama membesar (mmmm...tengah fikir pokok apa boleh memaksimakan penggunaan ruang tersebut).

Dalam satu meter persegi macam-macam tanaman boleh ada tumbuh bersama-sama.

Jumaat, 17 Januari 2014

Evening Butterfly

 Terasa nak terbang-terbang macam rama-rama apabila melihat baka hippeastrum jenis 'Evening Butterfly' kembang bulan ini pula setelah bulan lepas Evans yang kembang. Evening Butterfly adalah jenis hippeastrum yang dikategorikan dalam jenis hippeastrum papilio, manakala Evans adalah multi-petal. Bawang 'Evening Butterfly' tukang kebun pacak bersebelahan pokok cili tapurak yang sudah berbuah (fresh stock cili tapurak seeds available semula minggu depan boleh email tukang kebun kebunkmg@gmail.com ).
 Kali ini tukang kebun terkejut sikit sebab dari keluar bud bunganya sampai nak kembang prosesnya sangat pantas berbanding dengan Evans tidak perlu tunggu lama kurang seminggu. Satu tangkai Evening Butterfly menghasilkan 4 kuntuman bunga kali ini.
 Bahagianya hati bila tengok bunganya kembang penuh memang jenis besar bunganya, dah lama mengidam nak tengok baka hippeastrum papilio kembang di kebun sendiri. Nasib baik kembang penuh sebelum kami bertolak ke Pulau Langkawi minggu lepas. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar kepada tukang kebun sebab blog Kebun Bahagia Bersama menyepi sekejap. Tak sempat nak beritahu yang kami sebenarnya pergi bercuti ke Pulau Langkawi.
 Seronok sangat sampai 360 darjah pusing ambil gambar Evening Butterfly. Masa nak keluar berkebun hari ini setelah lama ditinggalkan.
Selamat Menyambut Hari Thaipusam bagi yang menyambutnya.