No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 12 Mei 2015

Bekalan stock pisang nangka

  Hari ini Tukang Kebun buat catatan kisah untuk kerja-kerja yang dilakukan di belakang kebun pada hujung minggu lepas. Seperti biasa pada hari Ahad akan kami menuai hasil dari belakang atau di keliling rumah. Antara tuaian pada Ahad lepas adalah seperti buah kuning telor, ciku, katak puru, lemon Tahiti, limau kapas, terung pipit, asparagus, mulberry dan kacang kelisa. Kacang kelisa yang melilit pokok mangga di kebun belakang, Tukang Kebun tak perasan yang ianya ada menghasilkan kacang-kacang sebelum ini, jadi banyak dah kacang tua di atas pokoknya. Jadi adalah fresh stock biji benih kacang kelisa dari Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

~ Kacang Botor / Kelisa ~
Anggaran 12 biji benih 1 pek RM1.00 .

 Penghantaran Isnin semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ialah buah Kuning Telor, buah Katak Puru, buah limau kapas, lemon Tahiti dan terung pipit. Jika ada yang berminat slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Buah Kuning Telor untuk penghantaran minggu depan available dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja (1 pek goodies hampir 2 kilogram termasuk kos penghantaran RM21). Dalam pek goodies tersebut biasanya sekurangnya 1 kilogram buah kuning telor dan hampir 1 kilogram tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama (pesanan email kebunkmg@gmail.com).

  Syukur Alhamdulillah dari minggu lepas itik-itik yang kami bela lahir bulan November lepas dah 5 bulan lebih umurnya dan mulalah musim bertelurnya hampir setiap hari. Itik telur setelah umur 5 bulan ianya akan mula bertelur. Yang di gambar bawah (No. 3) baru 2 bulan lebih umurnya dikeluarkan dari kandang pada hari dearest hubby tak berkerja. Tapi semalam terlepas masa Tukang Kebun masuk kandang nak kasi makan maka bebaslah mereka juga. Yang masih muda ni masih liat nak masuk kandang petang-petang kena main kepong-kepong, tak leh kalau sorang-sorang. Kebelakangan ini stok telur itik nampaknya mencukupi untuk dapur Kebun Bahagia Bersama, maka minggu ini yang extras Tukang Kebun offer untuk yang berminat nak masak telur itik hujung minggu ini. Yang berminat nak dapatkan telur itik dari Kebun Bahagia Bersama boleh booking untuk self-collect pada pagi Ahad minggu ini di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9pagi hingga 11 pagi. Nak self-collect biji benih dan anak-anak pokok pun boleh pada pagi Ahad ini. Cuma Pasar Online tak dapat self-collect sebab Sabtu busy jadi Tukang Kebun takde masa free nak menuai.

~ Telur itik Kebun Bahagia Bersama sebutir 70sen ~
  Ahad lepas kami pindahkan beberapa anak pokok pisang nangka di kawasan ini sebab dah banyak cahaya matahari yang boleh diterima setelah pokok-pokok buah-buahan besar di keliling sudah diberikan hard-pruning pada Hari Buruh lalu. Bibit kelapa gading yang Tukang Kebun tanam pada hujung tahun lepas yang kurang mendapat cahaya pun dah nampak perbezaan pertumbuhannya (related posting klik sini). Sekarang lagi dapat sinaran matahari, moga lebih cepat pertumbuhannya. 

 Yang berminat untuk tanam kelapa gading boleh juga self-collect bibit kelapa gading di Shah Alam Ahad ini (Promosi bulan Mei 2015; 2 bibit kelapa gading RM5.00). Bolehlah fikir buat guerilla gardening dengan pokok-pokok kelapa jenis rendah di kawasan perumahan. 
  Jika saiz anak-anak pokok pisang nangka yang masih rendah seperti dalam kereta sorong ni, tak bolehlah ditanam di tempat terbuka sedap diratah oleh angsa dan itik. Sekarang ni dah makin meriah dengan ayam dan itik suka sangat mereka meratah anak-anak pokok pisang yang baru je keluar. Batang pisang pun sebenarnya adalah satu sumber bahan makanan yang sihat untuk ternakan. Kalau batang-batang pisang yang baru kena belah-belah lepas ambil tandan pisangnya, ternakan pun suka makan. Jadi tanam pisang ni tak rugi, Tukang Kebun boleh tuai buah pisang, batang-batangnya jadi sumber bahan makanan untuk ternakan atau untuk biar reput sebagai mulching merangkap baja kepada pokok-pokok lain. Kalau Tukang Kebun on holiday biasanya tak risau bab-bab kasi makan beberapa hari jika dibiarkan ternakan lepas, pandai AVIAN pets ni cari makan (habis banyak anak-anak pokok pisang diratah).
  Jadi yang anak pisang nangka masih rendah, dearest hubby tolong tanam di tepi tembok bahagian depan kebun sikit sementara Tukang Kebun sediakan bibit-bibit keladi untuk ditanam berdekatan. Kalau berbuah berat nanti, tembok boleh jadi sandaran nak tampung. Kawasan dalam gambar ini memang pokok kaduk sentiasa naik tumbuh dengan meriah tanpa dibela. Ada juga kami tanam bibit-bibit pisang kadau dekat dengan pokok jambu mawar dan berhampiran dengan tembok ini juga supaya tak pupus Ahad lalu.
  Bulan ini Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok-pokok pisang nangka sedang berbuah dengan pelbagai pembesaran. Yang tercari-cari pisang nangka dan nak booking next batch yang akan masak tak lama lagi boleh email (kebunkmg@gmail.com). Sesisir penuh buah pisang nangka RM5. Sesisir pisang nangka biasanya besar dan bilangan buahnya banyak. 
 Yang ingin menanam pokok pisang nangka juga kami ada bekalkan anak-anak pokok pisang nangka. 

Info pisang nangka juga boleh refer di blog posting sebelum ini (klik sini).

Isnin, 11 Mei 2015

Siloam David Kirchhoff Daylily

   Di pagi Ahad naik motivasi rasa nak menulis blog dan kemudiannya turun berkebun kerana petang Sabtu bila Tukang Kebun intai saiz kudup bunga si Daylily Siloam David Kirchhoff, nampak gemuk memberi petanda esok bunganya akan mekar. Pagi Ahad setelah mengintai dearest hubby rajin pula mencuci kereta, kemudian tengok dari dalam luar rumah kelihatan Siloam David Kirchhoff kembang riang di depan rumah. Riangnya hati melihatnya kembang bagaikan hadiah untuk Mother's Day.
  Tangkai bunga yang keluar di celah-celah daun daylily bulan lepas membuatkan Tukang Kebun tersenyum melihatnya walaupun terbiar abai hidup sendiri di kelilingi rumpai. Lama kelamaan kudup bunganya membesar dan mengemuk. Saiz kudup besar dalam gambar di bawah kalau nak petik buat sayur masak pun boleh juga. Musim ini 2 kudup bunga yang dihasilkan oleh satu tangkai bunga. 
 Warna bunga baka daylily Siloam David Kirchhoff adalah lembut. Seakan ada 3 lapisan warna iaitu kuning, ungu dan peach pucat. Gambar di bawah adalah diambil pada waktu malam lepas selesai packing goodies untuk dipos awal pagi hari ini.
 Self-Collect Schedule This Week:

~ 13hb Mei 2015 Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00malam~9:30malam.

~ 17hb Mei 2015 Ahad di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam antara pukul 9:00pagi ~ 11pagi.

Ahad, 10 Mei 2015

Limau Kapas

  Sesetengah tempat memanggilnya limau kapas, ada tempat lebih mengenali buah citrus ini sebagai limau nipis. Dalam keluarga limau kapas pun ada beberapa jenis. Baka Big Boss punya limau kapas ini review yang diterima dalam package Pasar Online Kebun Bahagia Bersama selalu dikelirukan rasanya dengan buah lemon (kerap keliru Tukang Kebun ada bungkus limau kapas tapi diingatkan buah lemon kerana rasanya). Feedback diterima katanya baunya wangi. Rasanya tak sekuat macam limau  nipis yang dikatakan ada rasa pahit sikit tapi baka ini lebih rasa ke arah lemon. Buat air memang mirip rasa lemonade.
  Satu tangkai pokok limau kapas kekadang boleh menghasilkan banyak buah dalam satu gugusan (contoh gambar No. 1). Kekadang sehingga 8 buah segugus jika bunganya kena pendebungan yang baik dari pertolongan agen pendebungaan seperti lebah. Putik bunganya seakan berwarna merah jambu tapi bila kembang mekar penuh bunganya berwarna putih. Kalau pokoknya keluar banyak bunga-bunga kembang mekar serentak memang bila lalu pagi-pagi sungguh wangi bunganya bila lalu berdekatan pokok kapas. Jika pendebungan baik berjaya bunga, pokok limau  kapas akan mula membentuk buah seperti gambar No. 3 di bawah.
  Kadangkala pokok limau kapas ini tidak menghasilkan gugusan bentuk buah pokok limau kapas yang biasa dilihat berbentuk bulat seperti dijual di pasar. Tapi kadangkala menghasilkan buah berbentuk bujur mirip kepada lemon seperti gambar No. 4 di bawah. Pokok limau kapas amat bahagia jika diletakkan di tempat yang menerima cahaya matahari yang banyak. Pokok limau kapas biasanya tahan lasak setelah dipindahkan beberapa minggu dan pokoknya sudah nampak membesar dan stabil ianya tidak memerlukan kekerapan penyiraman. Biasanya taburan hujan yang diterima sepanjang tahun di cuaca Tanah Rendah Malaysia sudah memadai. Musim berbunga pokok limau kapas yang lebat biasanya setelah pokoknya mengalami musim kemarau beberapa minggu akan membuatkan pokoknya teruja untuk beranakkan buah-buah. Walaupun cuaca tahun lepas kemarau lama beberapa kali musim, membuatkan pokok limau kapas lebih banyak kali berbunga berbanding dengan cuaca tahun ini di mana hujan kerap bertandang. Bukan sahaja bagi bunga limau kapas tetapi diperhatikan pokok-pokok adik beradik citrus lain juga begitu seperti pokok limau kasturi dan lain-lain.
  Feedback yang diterima juga limau kapas ini seedless tidak berbiji. Nota tukang kebun tengok bergantung kepada faktor persekitaran musim pembesarannya, ada musim ianya memang tidak menghasilkan biji, ada musim ada biji tapi tak sebanyak seperti baka limau kapas lain. Pokok limau kapas sukakan tanah yang pengaliran air yang banyak. Tak berapa gemar jika air bertakung. 

~ Pokok limau kapas grafted ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com)

More info about this limau kapas klik here. 

  Ini antara kesimpulan bakul tuaian Kebun Bahagia Bersama minggu ini hasil yang kerap boleh dipetik di kebun belakang. Buah limau kapas memang kerap setiap minggu mesti ada dalam bakul tuaian.

Have a lovely weekend with your love ones.

Jumaat, 8 Mei 2015

Keladi Mawar ubi 6 bulan

   Salam Bahagia pada Jumaat yang mulia ini sempat juga sebelum azan Zohor hari ini, Tukang Kebun curi-curi masa pergi tuai ubi keladi mawar. Ubi keladi mawar yang digali keluar ini dari Petak C ditanam pada Oktober 2014 lepas. Baru ditanam 6 bulan, tak sabar nak tengok ubinya dan buat masak lemak untuk malam ni. Biasanya ubi mawar dalam purata 7 bulan lepas ditanam mula dah boleh nak cuba cari rezeki harta karun yang diberikan dalam tanah. Sebelum Ilhan bising memanggil driver @ Tukang Kebun bonceng motor ke sekolah sempatlah petik-petik limau kapas, mulberry dan asparagus on the way exit kebun.
  Bila tengok dah membesar merimbun petak Keladi Mawar hari ini tangan rasa gatal pula nak menggali. Keladi mawar ini bukan jenis keladi gatal ya (tak de tangan rasa gatal). Sulur keladi mawar pun boleh dimasak untuk dimakan. Nasib baik bila gali keluar adalah juga ubi walaupun kecil baru 6 bulan dan batch ini tak pernah pun Tukang Kebun baja atau siram sejak tanam (Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni rezeki hujan banyak). Sebab tak baja: rumpai dekat situ tumbuh subur, InsyaAllah tanahnya ada nutrient yang mencukupi. Kalau bagi baja nanti rumput pun gemok-gemok tak larat nak mencabut. Buang baja je, bukannya nak bela rumput sekali (in the case of organic farming, no meracun-racun). Tips: Kalau rumput tumbuh subur merimbun, biasanya tanah subur dah tu.

  Sesudah cabut-cabut pokok-pokok keladi, Tukang Kebun buat batas baru di Petak D pula lebih kurang 1 meter persegi untuk batch Keladi Mawar tanam hari ini (crop rotation).

  Ini ada website untuk Panduan Penanaman Keladi, gardeners yang nak cuba tanam keladi (klik sini).

 Pokok keladi mudah dibela sesuai untuk mereka yang busy sokmo dan beginners dalam dunia gardening. Cuaca Tanah Rendah Malaysia memang favourite keladi. Kalau pandai susun nampak cantik pokoknya seperti pokok hiasan bila campur-campur dengan pokok bunga. 
  Bagi keladi mawar, ubi yang muda baru segar dituai isinya berwarna ke arah creamy yellow dan ubi yang makin tua warnanya creamy white apa yang Tukang Kebun perhatikan bila tuai-tuai ubinya hari ini. Sebab hari ini tuai ubi keladi bukan untuk buat kerepek tetapi niat nak buat masak gulai/lemak jadi Tukang Kebun prefer ubi yang muda. Lembut sikit tak perlu nak rebus lama. Itu yang seronok bila berkebun ini, untuk masak kita boleh pilih sendiri nak ubi usia yang mana untuk sesuaikan masakan kita.
  Minggu ini kami announce officially yang Kebun Bahagia Bersama dah mula membekalkan bibit untuk pokok keladi mawar bagi yang berminat. Akan dibekalkan anak-anak pokok sulur pokok keladi mawar dalam bentuk moist bare-rooted.

~ Keladi Mawar ~
5 sulur RM5.00 (kebunkmg@gmail.com).

Atau boleh campur dengan promosi '3 plants mix for RM10' (klik sini).

  Lauk makan malam ini, masak lemak ubi keladi mawar dengan rencah ikan bilis makan dengan nasi panas serta lauk ikan masin (1st serving)+ ikan bawal goreng (2nd serving). Tambah nasi 2 kali. Ubi direbus dahulu sebelum masak lemak.



Rabu, 6 Mei 2015

First Time Cabut Bulu Ayam

  Hari Wesak baru-baru ini pertama kali dalam sejarah hidup Tukang Kebun cabut bulu ayam. Selama ini sebab arwah nenek di Kiulu ramai cucu lelaki berbanding dengan perempuan semasa Tukang Kebun membesar jadi cabut-cabut bulu ayam lepas sembelih biasanya cucu-cucu lelaki yang cabut bulu ayam. Siaplah Ilhan dan Rayyan dah besar sikit lagi memang tugas cabut-cabut bulu ayam ini tugas kamu berdua lah. Sekarang ni papa Ilhan takut nak kasi Ilhan tolong cabut bulu ayam, hari tu ada tolong habis nak rosak-rosak kulit dicabut sekali. Memang mudah jika hantar terus disembelih dan diproses cuma bayar RM1.50 je di kampung ini. Tapi nak kena ajar juga anak-anak appreciate and feel bless bila mereka sendiri buat dari '0'. Semoga ini memberikan kenangan indah kepada permata-permata hati kami.
  Biasanya dearest hubby yang bersihkan ayam lepas disembelih sendiri. Tapi sebab nak cepat dan hari Wesak kami sembelih 4 ekor jenis ayam daging putih dan Tukang Kebun pun tak berapa busy jadi dapatlah menolong cabut-cabut bulu ayam lepas sembelih. Minggu sebelum tu sembelih 2 ekor. Semakin ayam daging yang kami bela sejak awal bulan March 2015 (related posting klik sini) membesar yang asalnya jumlah 32 ekor, bila dah usia 2 bulan lebih makin tebal lemak mereka sungguh berbeza dengan ayam daging komersial di kedai (lihat gambar No. 1). 

 Ayam daging batch kali ini kami memang free dari suntikan hormone atau ubat-ubatan apa-apa naturally grown di dalam Sangkar 4. Sekurang-kurangnya dalam seminggu diet mereka pasti diberikan 3 hari isi-isi kelapa dibelah. Tukang kebun perhatikan kalau hari mereka dapat fresh coconut mesti makanan jagung mereka tidak diusik sehingga isi kelapa dah habis. Kira-kira alternate days on weekdays, Tukang Kebun belah-belah kelapa sekurang-kurangnya lebih 10 biji sehari nak agih-agihkan ke ternakan di belakang. Biasanya kalau dengar bunyi Tukang Kebun belah kelapa dari jauh boleh dengar dalam sangkar riuh bising memanggil ingatkan bahagian mereka juga. 

 Tebalkan lemak dalam gambar No. 1 tu berbeza dengan ayam daging commercial kedai yang diberikan suntikan hormone segala untuk cepat membesar. Setiap kali Dearest Husband membersihkan ayam daging batch ini mesti komen tebal betul lemak ayam kita bela ini. Dearest husband pula memang berpengalaman potong daging ayam pelbagai style, pernah bekerja lebih 2 tahun dengan antara pengeluar ayam terbesar di Australia iaitu Syarikat Ingham. Lemak ayam ini sebab free dari suntikan consider 'natural fat' memang lemak berkrim ayam daging Kebun Bahagia Bersama because of the coconut fat maybe. Sebab itu Dearest Hubby kata elok buat roasted chicken batch ayam daging kali ini memang sesuai, with all the fat juicy dan manis isi ayam daging yang dibela. Jadi setiap minggu memang seekor whole ayam daging buat panggang.
 I feel very bless these past few weeks, Syukur di atas hidayah yang diberikanNya, found the courage to try to rear our own meat supply. Not just edible plants from the backyard garden this year but also chicken meat. Mula cuba bela batch ayam daging ini awal bulan March, pantas masa berlalu sudah pun masuk 2 bulan kami mencuba bela ayam daging. Tak disangka cepat juga dapat merasa hasil ayam daging tidak sampai pun usaha dilakukan kurang 2 bulan sahaja. Dari 32 ekor anak ayam daging dicuba, sehingga minggu lepas sudah 22 ekor ayam kami sembelih untuk stok bekalan dapur. Ikut kiraan sudah 6 minggu sejak kami tak beli ayam daging commercial di kedai setiap minggu secara purata kami makan 3.6 ekor ayam. Ikut sebelum ini seminggu dearest hubby beli 3 ekor ayam seminggu untuk tanggungannya. Syukur Alhamdulillah bulan April langsung kami tak beli daging ayam di kedai, daging ayam dari belakang kebun.

  Sehingga kini ada 5 ekor masih hidup untuk cubaan kami tengok samaada baka ayam daging putih ini boleh membiak atau bertelur. Nak cuba dapat anak ayam sendiri pula, nak beli anak ayam pun boleh tahan mahal harganya seekor sekarang harga pasaran purata RM3.60. Tambahan pula mana tahu nanti susah pula nak dapatkan bekal anak ayam daging kalau ada yang tak nak jual anak ayam daging nanti. Dalam bilangan asal 32 ekor, 5 ekor mati sakit demam . Modal asal 32 ekor ayam RM128 (seekor RM4) tambah makanan seguni dedak RM106 dan lain-lain, jumlah Modal RM250. Lepas pertengahan bulan April semuanya ayam daging berat bersih dah diproses takde kepala, kaki dan isi organ semua dah dikeluarkan lebih dari 1.5kilogram. Nak ambil kiraan mudah kira 1 kilogram ayam daging organik berat bersih RM10 (lebih murah dari harga pasaran sebenar untuk daging ayam organik). Purata untuk mudah semua kira berat 1.5 kilogram. Jadinya 22 ekor X 1.5 kilogram X RM10 = RM330. Untung tak untung bela sendiri, tolak kos sebenar dan ambil untuk untung paling minima berbaloi bela sendiri. Sekurang-kurangnya kita sendiri tahu growing food and environment ayam daging untuk bekalan dapur sendiri.
  Semasa Big Boss dan Tuan Tanah balik hujung bulan lepas (related posting klik sini), on the 24th April 2015 Jumaat pagi Tuan Tanah (Papa) temankan tukang kebun ke Pasar Borong Meru sebab nak tunjuk jalan. Tukang Kebun sejak balik tanahair tak pernah jejak kaki lagi di kawasan dareah Klang ni padahal zaman kanak-kanak dulu kerap ke sana jalan-jalan masa zaman supermarket emporium ada lagi semasa kami duduk di Shah Alam. Dulu di sebelah emporium tu ada pasar dan di sana dari dulu lagi Papa biasa beli pet food atau pet di situ. Kemudian untuk city development mereka terpaksa dipindahkan ke Pasar Borong Meru. Jadi Big Boss dan Tuan Tanah biasa dapatkan ayam, angsa, ayam mutiara, turkey dan itik di kedai ternakan Pasar Borong Meru. Ternakan veteran di kebun belakang yang masih hidup lagi kebanyakkannya dari belaian Big Boss dan Tuan Tanah beli dari Pasar Borong Meru. 

  Bila sampai sana mulalah mata blink blink tengok ada anak ayam botak banyaknya stok diorang. Memang dah target beli 10 ekor ayam botak terus. Harga asal RM3.50 sebab beli banyak diskaun RM3.00 seekor setakat ini jauh lebih murah berbanding tempat yang biasa Tukang Kebun borong. Papa pula mata blink blink tengok anak angsa putih sepasang asyik datang mundar mandir tengok banyak kali. Sebelum tu memang Tukang Kebun pesan, Tukang Kebun tak bawa banyak cash (takut overwhelming spending). Bila tanya harga sepasang RM150, tengok saiz baru lagi beberapa hari lahir, belum seminggu umurnya. Berapa kali entah Papa asyik offer pinjam cash dia, kalau tak cukup cash (memang tak cukup cash) kalau nak beli angsa putih. Dalam hati Tukang Kebun, papa nak sangatlah tu Tukang Kebun beli dan bela ni. Nak sedapkan hati Tukang Kebun, Papa kata murah lah tu kalau banding di Sabah sekarang anak angsa kelabu baru lahir pun RM350 seekor, sepasang dah RM700. Okaylah kena pinjam duit cash papa dululah nak bawa balik si 'Pipi' dan "Popo'" yang Big Boss kasi nama.
  Kalau ikutkan hati RM150 tu dah 50ekor anak ayam tukang kebun boleh borong. Tukang Kebun memang hajat ke sana nak mencari ayam telur macam baka si Fluffy. Malangnya tiada nasib, dan penjual pun kata dah bertahun takde stok, susah nak dapat stok anak ayam telur macam Fluffy lagi. Semoga hujung bulan ini kalau Big Boss good mood masa balik boleh temankan Tukang Kebun pergi intai ada rezeki stok anak ayam telur ke tidak. Si Fluffy memang saiz telur dia supergred A+ punya. Dulu ada beberapa ekor tinggal seekor je sebab dikerjakan musang. 

 Big Boss kata bela ayam botak pun bagus juga. Sebab ayam botak saiz telurnya besar dan juga sebagai ayam daging. Ayam botak pun rajin bertelur dan mengeram. Di pasar borong Meru masa tukang kebun pergi takde stock anak ayam daging putih. Tapi jenis ayam daging coklat ada katanya jadi Tukang Kebun beli 10 ekor anak ayam daging coklat cuba bela yang ini pula apa bezanya. Perangai Tukang Kebun yang sukar diubah, kalau boleh semua jenis nak belajar mencuba bela. Dalam sangkar atas tu stage nursery tangkapan ternakan bulan April. InsyaAllah jika ada masa minggu depan akan dipindahkan ke belakang, kesian kepala Momo dan Koko nak sama tinggi dengan sangkar dah.

  Syukur Alhamdulillah memang bahagia hati beli Popo dan Pipi, bahagia tengok Papa setiap pagi dan petang bawa Popo, Pipi, Momo dan Koko berjalan-jalan keluar makan rumput macam little puppy mengekor bila balik rumah. Tukang Kebun memang dah pesan anak-anak angsa ini kalau keluar kena ada supervisor takut kucing-kucing liar bawa lari nanti. Sekurang-kurangnya anak-anak angsa ini dapat menghiburkan hati kedua ibubapa kami dengan gelagat mereka. The last angsa putih yang kami ada mati tua, mata dah rabun selalu mengekor Tukang Kebun ikut bunyi tapak kaki berjalan.
  Wesak Day lepas punya tuaian adalah kesimpulan seperti gambar-gambar berikut. Syukur Alhamdulillah dapat tuai hasil dari tumbuhan dan juga ternakan. Batch ayam gajah kacuk dan itik telur yang bela dari bulan November lepas (related posting klik sini) juga dah mula menghasilkan telur bulan ini. Tapi sebab pertama kali bertelur, belum pandai mengeram bersepah telurnya. Tukang kebun terintai tengok ada ayam jantan mengawan yang betina.

  Pasar Online Kebun Bahagia Bersama goodies yang dipos semalam ialah seperti buah kuning telor, ubi kayu, nam nam, terung pipit dan limau kasturi. Minggu depan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Kuning Telor ada slot available untuk yang berminat. 1 pek goodies hampir berat 2 kilogram termasuk kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia RM21 (kebunkmg@gmail.com).

  Tukang kebun seronok tengok iklan yang scriptnya arwah 'Yasmin Ahmad' tulis 'Close To You' untuk Maybank. Di dalamnya ada baka jenis ayam telur kampung si 'Fluffy' yang tukang kebun tercari-cari dalam babak bila bapak dan anak dok perhati ayam telur mengeram di reban sambil wife tegur di luar. Ada anak ayam botak baru menetas keluar dari telur.

Selasa, 5 Mei 2015

Adorable Almond Allamanda

   Kerap juga terima pertanyaan Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan pokok-pokok allamanda ke. Maka tahun ini Tukang Kebun rajin-rajinkan diri adalah announcement limited ready stock pokok allamanda berwarna ala-ala adorable almond ni untuk peminat bunga allamanda. Bunganya berwarna ada coklat almond gitu. Saiz bunga jenis allamanda ini lebih besar dari bunga allamanda kuning yang lebih kerap kelihatan digunakan oleh Majlis Bandaran untuk landskap. Kebetulan pokok allamanda ini si ulam raja suka selit-selit tumbuh bahagia bersama dengan dia (Gambar No.2), bolehlah bayangkan saiz bunganya. Nak dekat raya ni tinggal beberapa bulan lagi teringat dekat biskut raya popular london chocolate almond.
  Pokok allamanda ini ada sifat separa memanjat. Ianya juga boleh ditanam dalam pasu. Sukakan kawasan yang banyak menerima sinaran cahaya matahari secara langsung. Rajin banyak kali berbunga dalam setahun. 
~ Adorable Almond Allamanda ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com).

SELF-COLLECT SCHEDULE minggu ini:

~6hb Mei 2015 Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00PM~9:30PM.

~9hb Mei 2015 Sabtu di Sungai Buloh antara pukul 5:30PM~6:00PM

Ahad, 3 Mei 2015

Kerengga Pelbagai Jenis meRusuh pada Hari Buruh

   Pasti cuti hari buruh tahun ini ramai ambil kesempatan untuk berjalan-jalan atau balik kampung sebab cuti kali ini agak lama bersambung dengan cuti Hari Wesak. Bagi yang menyambut Hari Wesak, Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak. Kami tak ke mana-mana pada long weekend kali ini, cuma membuat kerja buruh di belakang kebun.
  Pada cuti buruh 2015 kali ini kami membuat projek hard pruning pokok-pokok besar di belakang yang dah saiz macam pokok hutan. Kebanyakkan semua dahan dahlah berpenghuni. Habis kami suami isteri bermain-main dengan pelbagai jenis kerengga/semut yang merusuh akibat sarang mereka diganggu. Sambil-sambil menetak dahan dengan parang jatuh-jatuh kerengga atas kepala memang mental kena kuat nak selesaikan projek pruning kali ini nak berdepan dengan amarah rusuhan kerengga-kerengga. Bila dah dahan-dahan jatuh ke tanah pula habis tanah yang dijejak dipenuhi dengan kerengga-kerengga yang berkeliaran bingung dengan apa yang terjadi. Biasanya kami tiada spray atau bakar sarang mereka dahulu biarlah mereka mencari tempat baru. Walaupun mereka adalah kecil tapi setiap makhluk Allah ni yang ada surah tersendiri di kitab suci Al-Quran pun ada kepentingan dalam dunia kita duduk bersama ini.
  Pada hari buruh 2 pokok cempedak besar, kekanda Tukang Kebun pruning. Sebagai contoh, pokok cempedak atas ini sebab dah tinggi, lagipun Tukang Kebun cuma tuai buah yang bahagian bawah je yang atas selalu tak rajin tuai pun jadi kami potong jelah batang cempedak besar ini sebatang. Tengoklah besar batang cempedak yang tengah nak dipotong tu, mahu setengah jam nak potong guna parang je. Tukang kebun tukang pegang tangga je, sakit tengkuk lama-lama asyik mendongak je. Apatah lagi yang memotong (takpelah kekanda bagi latihan kuat tangan, mana tahu tahun ini jadi wakil company main bandminton). Lagipun bahagian bawah pokok cempedak ni dah tumbuh banyak ranting-ranting baru dan ada yang dah berbuah. Bolehlah bagi banyak cahaya matahari masuk ke jiran sebelah tembok di mana pokok cempedak ini tumbuh. Cepatlah kering baju jiran rumah sewa ini sekarang.
 Pada hari Buruh sebelah pagi Tukang Kebun cuma tolong pruning pokok rambutan (yang tu je kekanda bagi chance nak exercise tangan). Sebelah petang sambil meneman kekanda membakar, Tukang kebun geram pula tengok pokok rambutan yang menghadap tempat membakar setelah selesai pindahkan anak-anak pokok pisang. Mulalah tangan menggatal sambung pruning pokok rambutan, mulalah kekanda rimas mata memandang katanya terkial-kial nampak. Tempat membakar pula lembap lalu dirampasnya parang dan sambung kerja pruning tukang kebun. Jadi peranan tukang kebun on labour day banyak mengumpul dahan dan tarik masuk ke tempat membakar sampah. Sebelum masuk maghrib lekas-lekas tuai lemon Tahiti untuk dibuat lemonade. Lunch and Dinner labour day minum lemonade sahaja nak elakkan batuk-batuk main luar lama-lama.
  Rasanya hari Jumaat dan Sabtu ada sekurang-kurangnya 5 pokok-pokok rambutan kami pruning. Salah satu pokok bila tumbang dahan besar baru perasan ada sarang kerengga besar. Lalu satu dahan besar ini kami biarkan jelah dulu. Dahlah pokok rambutan ini lebih tinggi dari rumah 2 tingkat.
 Ini jenis kerengga bontot hitam yang menghuni pokok rambutan tersebut.
 Hari Sabtu kami pruning di kawasan ini pula. Sekarang cerah betul kawasan ini. Ingat antara pokok rambutan dan macam jenis pokok mangga ini nak tanam anak pokok durian baka dari Sabah yang benihnya Big Boss kirim raya tahun lepas. Seronok betul tengok kawasan ini bila pokok-pokok yang besar dah dibuat hard pruning sangat cerah menjadikan ruang menanam makin banyak untuk digunakan dengan lebih produktif. Boleh dibuat sekurangnya 2 baris panjang deretan anak-anak pokok pisang untuk interplanting.
  Sebelum masuk rumah perasaan mengada-ngada timbul teringin nak minum air kelapa semalam. Walhal kekanda dah kaitkan 2 buah kelapa gading muda. Perasaan membuak-buak teringin nak merasa buah kelapa muda dari pokok ini juga. Terpaksalah kekanda tolong kaitkan nanti bini muncung sampai tidur.
   Naluri ibu kut 2 biji mana cukup nak untuk anak-anak juga nak minum bersama. Kalau 2 biji ibu je dah boleh habiskan. Petang semalam kebetulan pula Rayyan demam. Sampai 3 kali kami tukarkan baju tido basah kuyup satu badan berpeluh. Setiap kali kejutkan makan ubat dan tukar baju suruh habiskan 1 gelas air campur isotonic walaupun Rayyan tak nak takut dehydrated je. Pagi tadi suruh minum air kelapa banyak-banyak. Rayyan ini pula jenis tak merengek kalau sakit dari dulu lagi selalu duduk diam-diam je. Kalau dalam Jepun boleh dikatakan sifatnya 'GamanTsuyoi'. Sifat anak yang dah biasa duduk lama dalam hospital biasanya tak banyak kerenah banding dengan adik-beradik yang lain. Hari ini walaupun masih panas sikit dah mula berlari-lari macam tak de apa-apa. Malam semalam dah berselubung je dengan selimut.
  Minggu ini pun masih meriah asparagus muncul-muncul tunasnya keluar dari tanah. Stok buah betik pun banyak dalam dapur sekarang.
  Hasil pruning 2 hari baru-baru ini menunggu masa nak membakar. Semalam sambil kekanda pruning, tukang kebun memotong rumput di belakang sambil-sambil tarik dahan masuk tempat membakar. Seronok tengok hasil big big big pruning pada hari buruh walaupun badan sampai ke rambut merayap-rayap kerengga puas hati nampak rapi di belakang.
   Tengahari tadi ada jemputan kenduri kahwin di Kapar. Ini baru nak rush keluar nak intai pokok-pokok di tapak semaian yang boleh dipindahkan ke tempat yang dah dikemaskan these last 2 days. Antara dalam kepala sekarang anak pokok grafted Lemon Tahiti, pokok durian, dan pokok canistel. Tukang kebun belum sempat nak buat proper announcement, tapi jika ada gardeners yang berminat ada limited stock anak pokok grafted Lemon Tahiti (RM25.00 sepot).