No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 15 November 2016

Pseuderanthemums Combo Promotion

  Antara pokok bunga yang kembali ke dalam stock Kebun Bahagia Bersama bulan ini adalah dari keluarga pokok bunga Pseuderanthemums. Ramai gardeners kawasan tropika suka akan pokok bunga  renek ini kerana ianya sesuai ditanam dalam pasu dan pokoknya tak besar. Paling tinggi pun 3~4 kaki ketinggiannya. Tambahan pula rajin berbunga sepanjang tahun. Penjagaan juga mudah kerana keperluan airnya cuma sederhana sahaja. Jika terlebih air kekadang kita boleh nampak perubahan warna daunnya menjadi pucat sebagai indicator.  Selepas habis musim bunganya bagi sahaja pruning, InsyaAllah nanti cepat tumbuh pucuk-pucuk baru yang akan membesar menghasilkan kudupan bunga lagi.
Yang bunga seakan berwarna lavendar ini dipanggil juga blue crossandra, walaupun ianya adalah bukan keluarga crossandra kerana mirip bentuk bunganya dengan bunga jenis crossandra.

Info lanjut mengenai blue crossandra/blue twinkle (Pseuderanthemum graciflorum) <Click Here>.

~ 1 pot Blue Crossandra RM7.00 ~


 Yang bekalan ada semula juga adalah jenis yang daun variegated bunga berbintik-bintik polka dot merah False Eranthemums (Pseuderanthemum carruthersii var. atropurpureum cv. Tricolor).

~ Info lanjut False Eranthemums boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pot False Eranthemums RM7.00 ~


 Special Pseuderanthemums Combo Promotion untuk bulan November 2016 ini sahaja sementara stok masih ada. Untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia menggunakan prepaid box small Size (RM14) dengan 1 pot Blue Crossandra dan 1 pot False Eranthemum untuk harga RM11 menjadi jumlah RM25 (jimat RM3). Boleh selit unlimited biji benih tanpa penambahan kos penghantaran.

  Juga dalam bulan ini ada stok biji benih bunga aster dalam Original Packaging.
~ Aster Pastel Mixed 1 pek RM10.00 ~
~ Aster Flame Red 1 pek RM10.00 ~

Isnin, 14 November 2016

3rd Week Nov 2016 Pasar Fresh KBB

 Sekejap timbul, sekejap menghilang beberapa minggu ini. Tak dapat constant untuk update blog. Syukur Alhamdulillah walaupun tak update blog ada juga gardeners yang ambil initiative menulis email tanya bila-bila self-collect yang available. Sebenarnya kami beroperasi secara biasa self-collect pada hujung minggu. Cuma ada weekend tertentu tak dapat sebab travelling. Untuk minggu ini self-collect adalah seperti berikut.

~ 19th/20th November 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah pokok-pokok mulberry apabila dicantas bukan sahaja menghasilkan buah-buah tetapi banyak pucuk-pucuk daun baru yang boleh dijadikan bahan sayur untuk dimasak di dapur. Pucuk mulberry sedap juga dimasak ala masak lemak putih (klik sini) atau sup dengan rencah ikan bilis bersama sambal belacan (klik sini) ataupun sup daging (klik sini). Ada juga pelanggan-pelanggan yang suka pesan pucuk mulberry semasa self-collect fresh goodies dari Kebun Bahagia Bersama. Biasanya pada pagi hari sama sebelum datang self-collect akan kami tuai pucuk mulberry tersebut.
  Sebulan lepas, Tukang Kebun mengemas yang mana saiz pokok-pokok mulberry yang dah besar dengan pesat tak dapat dipos, sorting dipindahkan ke zon yang hanya untuk self-collect sahaja. Sebelum dipindahkan, Tukang Kebun cantas seperti gambar di atas dan buka-buka juga beberapa daun. Kalau tak lebih merimbun sebenarnya dah tinggi dari Tukang Kebun. Biar dicantas-cantas supaya lebih banyak ranting-ranting untuk menghasilkan buah macam gambar No. 2 di atas merimbun dengan ranting-ranting dan buah bergayutan. Yang ingin instant pokok mulberry di rumah boleh self-collect sementara stock masih ada. Yang tidak dapat self-collect duduk jauh, boleh juga dapatkan pokok mulberry saiz yang masih boleh dipos dari Kebun Bahagia Bersama selain dari fresh mulberry cuttings.

~ 1 bekas pokok mulberry RM7.00 ~
~ 10 fresh mulberry cuttings RM7.00 ~
~ 1 ikat pucuk muda daun mulberry RM1.00  (self-collect only)~
~ 1 bungkus plastik buah organic mulberry RM3.00 (self-collect only) ~

Biasanya untuk mulberry kami gunakan tanah bakar dari kebun sendiri, yang dalam polibeg mulberry tersebut warna hitam contoh tanah bakar Kebun Bahagia Bersama. Tanah Bakar hanya boleh self-collect sebab 1 beg beratnya melebihi 10kilogram. 

~ 1 beg Tanah Bakar Kebun Bahagia Bersama RM5.00 (self-collect only) ~


 Ada beberapa tandan buah pisang nangka juga sedang membesar dan dah mula masak di kebun belakang. Ada beberapa pokok pisang nangka hingga kena bagi tongkat sebab buah terlampau sarat dah patah pinggah pokoknya bulan ini..

~ 1 sisir buah pisang nangka yang biasanya lebih 2 kilogram berat RM5.00 (boleh dipos)
~ 6 sisir buah pisang nangka RM20 (November special promotion harga borong, boleh share dengan kawan-kawan).<Self-Collect Only>.
~ 1 bibit/sulur pisang nangka RM10 (boleh dipos).

 Syukur Alhamdulillah buah nangka juga sudah mula lebat berbuah sudah sejak bulan lepas.

~ 1 buah nangka muda RM5.00 (self-collect only) ~
~ 3 biji buah nangka muda RM10.00 (Self-collect only, November special promotion, boleh share dengan jiran-jiran)~
~ 1 biji buah nangka masak RM20.00 (limited, self-collect only)~

Antara buah-buahan juga yang kerap diminta untuk dipos adalah seperti buah pinang masak atau buah pinang muda dan buah canistel yang ada fresh stock atas pokok di Kebun Bahagia Bersama.

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 (Boleh Pos)~
~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 (Boleh Pos)~
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telur RM5.00 (Boleh Pos)~


Dengan kenaikan harga minyak kelapa sawit bulan ini, sesiapa yang rajin nak buat minyak kelapa dara asli sendiri atau minyak masak kelapa dengan harga lebih ekonomi boleh dapatkan buah kelapa yang memang masak atas pokok gugur sendiri ke tanah bumi. Tak de siapa nak pergi jolok buah-buah yang tinggi tu, jadi tunggulah sehingga gugur sendiri.

~ 8 biji buah kelapa tua RM10.00 (Self-Collect only) ~
~ 1 biji buah kelapa sudah diparut RM2.00 (Self-Collect only)~
~ 1 bibit buah kelapa gading RM7.00 (Self-Collect only) ~
~ 1 bibit buah kelapa bentuk bola rugby RM5.00 (isi lebih lemak berkrim) (Self-Collect only)~

 Selain dari buah pisang nangka, juga available minggu ini adalah jenis pisang kadau kuning.

~ 1 sisir buah pisang kadau kuning RM5.00 ~

Antara fresh goodies lain yang available:

~1 ikat batang sayur keladi RM1.00
~ 1 kilogram buah assam jawa RM5.00 
~ 1 kilogram buah limau kasturi RM5.00
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM5.00
~ 1 kilogram buah limau kapas RM5.00
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00
~ 1 ikat daun kadok RM1.00
~ 1 ikat daun nyirik RM1.00
~ 1 ikat daun pucuk assam gelugor RM1.00
~1 ikat daun pucuk ubi kayu RM1.00
~1 ikat daun salam RM1.00
~ 1 ikat daun puding belacan RM1.00

Yang tak dapat self-collect sendiri, special Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk bulan November 2016 ini, Team Members Kebun Bahagia Bersama akan membungkus sekurang-kurangnya lima jenis buah dari Kebun Bahagia Bersama dengan jumlah berat menghampiri 2 kilogram. Untuk dalam Semenanjung Malaysia sahaja termasuk kos penghantaran berjumlah RM20 (Hampir 2 kilogram buah-buahan (RM6) tambah kos penghantaran Pos Laju Malaysia menggunakan kotak prepaid saiz small (RM14), jumlah RM20).

Email senarai pesanan ke (kebunkmg@gmail.com).


Ahad, 13 November 2016

Sakura Shrimp Fritters

  Antara jenis udang segar yang diminati tetapi jarang-jarang dapat dibeli segar belum diproses sekarang mahupun di tamu  ataupun pasar jarang kelihatan adalah kalau di Jepun dipanggil 'Sakura Ebi'. 'Sakura' adalah bunga cherry blossom, manakala 'Ebi' adalah udang. Bila baru segar ditangkap warnanya dikatakan seperti bunga sakura. Entah kenapa nama panggilannya dalam bahasa tempatan tidak keluar dari kepala hari ini. 
  Selain dari udang yang jenis bersaiz sederhana, udang kecil adik beradik sakura ebi ini pun sedap sungguh dibuat cekodok atau cucur udang. Ranggup bila dibuat cekodak dan rasa ada air masin lautnya. Orang Jepun pun semasa musim sakura ebi suka buat sakura ebi fritters/cekodak makan dengan tempura lain bersamaan nasi ataupun soba/udon. Campur dengan nasi goreng sebagai perencah pun sedap. 
   Beberapa bulan lalu dalam bulan Mei terserempak penjual jenis sakura ebi segar di Tamu Tuaran, perasaan ingin mencuba lalu belilah sepiring. Simpan dalam fridge berhampiran tempat simpan sayur, lalu keesokkan paginya Tukang Kebun buat cekodok campur tepung gandum dengan 2 biji telur ayam kampung serta daun-daun herba.
Syukur Alhamdulillah anak-anak suka makan cekodok udang sakura yang ranggup. Gambar cantik hiasan tak sempat nak buat hehehe....biasalah dalam dapur sambil menggoreng pun banyak multi-tasking tak cukup tangan. Rayyan ini kena denda buat buku latihan sambil teman Tukang Kebun buat sarapan di dapur. Sambil itu snacking.
 Antara herba yang boleh diselitkan juga dalam bahan cekodok sakura ebi ialah ginseng jawa. Bunga pink ginseng jawa macam bentuk sakura pun boleh dimakan dan dicampurkan sekali. Bila dah dimasakkan sekali dalam cucur yang fussy eaters pun tak perasan kan. Pokok ginseng jawa adalah pokok herba yang bila berbunga nampak seperti pokok hiasan yang sesuai juga ditanam dalam pasu.
  Biji benih dan anak pokok ginseng jawa back available semula dalam ready stok kami untuk yang berminat untuk mendapatkan pokok ini.

~ 1 anak pokok ginseng jawa RM4.00 ~

 Manafaat dan cara menjaga pokok ginseng jawa boleh dibaca dalam posting-posting sebelum ini (click sini). 

Sabtu, 12 November 2016

Mexican Hydrangea

 Bulan ini yang mula dibekalkan dari keluarga bunga Clerodendrum adalah bunga yang berwarna merah jambu bermisai. Nama botani diberikan Clerodendrum bungei. Panggilan manja adalah antaranya 'Mexican Hydrangea', 'Rose Glory Bower', 'Mexicali Rose' dan 'Cashmere Bouquet'. Bunga merah jambunya yang sejambak mempunyai gugusan yang banyak juga menghasilkan haruman. Pokok Mexican Hydrangea juga amat sesuai ditanam dalam pasu. Jika ditanam bukan dalam pasu di atas tanah cepat juga ianya membiak dengan akarnya di dalam tanah bersifat seperti sulur keladi menghasilkan anak-anak pokok.
  Kudup bunganya yang mengembang sebelum buka bunganya mekar kelihatan seperti belon. Bentuk daun Mexican Hydrangea berbentuk 'hati'. Pokoknya sesuai diletakkan di tempat kena sinaran matahari sehingga separa matahari. Keperluan airnya juga sederhana sahaja. Ianya boleh ditanam pada tanah laterit yang keras. Suka tanah yang poros. Bila dah berusia lebih 6 bulan, tahan pada musim kemarau dengan tidak memerlukan siraman yang kerap (water-saving/drought-tolerant). Dalam anggaran 2 ke 3 kaki ketinggiannya tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. 
  ~1 bekas Mexican Hydrangea (Clerodendrum Bungei) RM8.00 ~

  Jika yang minat bunga putih, dalam keluarga Clerodendrum ada jenis kembang bugang (White Butterfly Bush). Misai bunganya juga lebih panjang dari misai bunga Mexican Hydrangea.

More info on Kembang Bugang (Clerodendrum calamitosum) (click here).
~ 1 bekas kembang bugang RM7.00 ~

 Jika yang berminat pokok keluarga Clerodendrum yang tinggi dengan bunganya yang warna merah garang dan misai lebih panjang ada juga pokok pagoda merah (Cledodendrum paniculatum) dalam stok kami. Jika ikut urutan panjang misai bunga antara 3 jenis Clerodendrum ini ialah Mexican Hydrangea< Kembang Bugang<Pagoda merah.

More info on Pagoda Merah (click here).
~ 1 bekas Pagoda Merah (Clerodendrum paniculatum) RM10.00 .

 Special offer untuk Bulan November ini sahaja while stock last 1 set keluarga bunga Clerodendrum dari Kebun Bahagia Bersama iaitu 1 plant Mexican Hydrangea, 1 plant Kembang Bugang dan 1plant Pagoda Merah for RM18 (Jimat RM7). 


 Dalam bulan ini masuk biji benih baru kemunting cina campur-campur jenis Pacifica XP dalam Original Packaging. 1 pek about 60 seeds for RM15.00 .



Isnin, 31 Oktober 2016

Salacca zalacca


  Bila teringat buah salak, teringat betapa banyaknya si Abby dan si Rayyan makan buah salak semasa sepanjang perjalanan dari Sandakan balik ke Kota Kinabalu. Kebetulan semasa di pinggir bandar Sandakan, Tukang Kebun singgah ke tapak tamu untuk beli buah tangan kepada jiran yang bantu jaga ternakan di kebun sepanjang kami bercuti. Kelihatan ada satu gerai seorang pakcik menjual buah salak. Lalu Tukang Kebun teringin nak rasa belilah satu kilogram. Pak cik tu pun beriya-iya kata buahnya ambil dah ranum sebab selalu pelanggan tetap berbangsa Cina datang beli buah dekat pakcik untuk cuci darah ke cuci air kencing dalam badan begitulah dah lupa (masalah peringatan Tukang Kebun bila dah lama simpan gambar-gambar dalam archives).

  Lepas membeli beberapa item jalan seorang, Tukang Kebun kembalilah ke kereta bagilah rasa buah-buah salak yang menunggu dalam kereta. Kelihatan asyik si Abby dan si Rayyan cepat gelojoh makan buah salak. Lalu lekas-lekas Tukang Kebun keluar dari kereta beli lagi sekilogram buah salak dari pak cik tersebut sebelum kami bergerak balik. Rupa-rupanya bukan Tukang Kebun sahaja yang suka makan buah salak dengan suami, anak-anak pun suka sangat. Biasanya buah salak dapat dirasa bila balik kampung suami di Terengganu di kebun mertua. Rasa buah salak Sandakan dan di kebun mertua ada perbezaan jenis baka lain rasanya.


 Bila nampak anak-anak punya suka makan buah salak terutamanya Abby dan Rayyan. Syukur Alhamdulillah ada beberapa pokok sudah Tukang Kebun tanam di kebun belakang semasa Abby bayi. Tunggu masa ianya membesar matang dan bebuah sahaja sekarang. Pokok-pokoknya pun nampak membesar dengan baik walaupun terbiar begitu. Jika dah mula berbuah, mudah untuk Tukang Kebun kira usianya sebab pokok tersebut muda beberapa bulan dan tahun dengan Abby.

  Gambar-gambar salak hari ini diambil dari kebun mertua di Terengganu. Berlainan dengan sifat pokok lain, pokok salak suka duduk di kawasan yang penerimaan cahaya separa dari banyak. Jadi jika anda dah banyak pokok-pokok tinggi tapi nak kasi produktif kawasan boleh tanam pokok-pokok salak antara celahan pokok-pokok yang besar. Ataupun sebab terlindung cahaya direct dari bangunan tinggi, bolehlah tanam pokok salak. Sepanjang tahun ianya rajin berbuah. Tahukah anda buah salak mengambil masa antara 5 ke 7 bulan untuk masak ikut baka.  Kudup bunga betina seperti gambar di bawah. Batang kayunya boleh juga nak dibuat tempat letak pelita raya di sepanjang rumah masa musim perayaan (refer posting sebelum ini klik sini).


Buah salak yang exotic ini sekarang mendapat permintaan tinggi dan pasaran yang luas terutamanya di negara-negara moden kerana mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan manusia. Jika dah bosan minum jus lobak merah untuk kesihatan mata, makan buah salak kerana ianya juga mempunya nilai beta-carotene yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari tembikai, mangga dan jambu. Buah salak juga mempunyai tanin salah satu element yang berfungsi sebagai anti-diarrhea. Sesiapa cirit birit bolehlah makan buah salak. Kerana kandungan nutrisi buah salak tinggi, ianya juga adalah 'memory booster' dengan potassium dan pectin yang tinggi terkandung dalam buahnya.

 Mereka yang mempunyai masalah kencing manis atau diabetes boleh amalkan teh kulit buah salak. Kulit buah salak boleh membantu menurunkan kadar gula dalam badan. Kandungan pterostilbene dalam kulit salak adalah satu agen yang menurun glucose dalam darah membantu mengawal kencing manis. Dua minggu lepas Tukang Kebun check gula dalam darah bila baru lepas sarapan, kadar gula dalam darah Tukang Kebun jururawat check '4'.


  Buah salak juga adalah makanan yang sesuai untuk program menguruskan badan. Salain dari kandungan tinggi anti-oksidaan dalam buahnya, ianya juga mempunyai kandungan calcium dan karbohidrat untuk memberikan badan bertenaga dan stamina semasa kita sedang berdiet.

   Bulan ini masa buat stok inventory masih ada stok anak-anak pokok salak yang boleh dibekalkan untuk yang berminat. Saiz yang boleh dipos juga ada.

~ 1 anak pokok salak RM15 ~


  Dengan cuaca yang kurang panas sekarang, yang berminat untuk mencuba tanam pokok dahlia yang jenis renek dan petite bunganya ada stok biji benih dalam original packaging.
~ 1 pek Harlequin mixed Dahlia (Dahlia variabalis) for RM15.00 ~


Jumaat, 28 Oktober 2016

Bunga Mangga Telor

  Syukur Alhamdulillah pokok mempelam yang lebih lama menghuni di dalam kawasan kebun kami dari kami yang berhijrah ke sini untuk tahun ini dah berkali-kali musim buahnya. Sudah berpuluhan tahun usianya tapi masih banyak hasil diberikan. Sesuai sungguh agaknya cuaca tahun ini dengan penghasilan buah mempelam telor. Raya Aidilfitri lepas lebat musim buahnya dan ada juga kami buat catatan (related posting klik sini). Kali ini bukan sahaja dari satu pokok asal yang berbuah tapi buat pertama kalinya ada satu anak pokoknya yang tumbuh sendiri sudah matang mula menghasilkan buah juga bermula musimnya bulan lepas.
  Kerana pokoknya masih rendah memberikan peluang kepada Tukang Kebun untuk mengamati bunga kembang mekar jenis mempelam telur dengan lebih dekat seperti gambar No.1 di atas pada paras mata berdiri normal. Pada asalnya Tukang Kebun ingat beberapa bulan lalu nak potong pokok mempelam telur ini untuk kasi renek di gambar bawah ini, tiba-tiba tengok dah berbunga pula pokok mempelam telur ini di gambar bawah ini. Kena tunggulah musim buahnya habis baru nak pruning had ketinggian yang mudah untuk dipetik kemudian. Kayu batang pokok mempelam telur ini pun paling besar belum melebihi saiz tapak tangan Tukang Kebun.
 Sebenarnya pokok mempelam telur ini tumbuh sendiri di celah basikal lama yang diletak bersebelahan kandang 1. Dalam tahun lepas rasa tiba-tiba macam melonjak cepat pertumbuhannya dua kali ganda sampai kelibat batang pokok pinang pun dah sukar nampak di celah rimbunan daunnya. Kalau tak silap Tukang Kebun memang pokok ini usianya lebih tua dari Abby yang dah berumur empat tahun. Tapi mungkin sedikit muda dari Rayyan yang berumur tujuh tahun. Anggaran untuk pokok mempelam telur yang tumbuh sendiri tak diberikan makanan baja dan juga minuman air ketika hujan ialah dalam 5~6 tahun untuk menghasilkan buah yang pertama dari semaian biji benih. Kalau dijaga dengan kasih sayang yang banyak, InsyaAllah lebih cepat pertumbuhannya. Pokok dari penanaman biji benih riwayatnya lama berpuluh-puluh tahun berbeza dengan pokok dari tut yang lebih mudah diancam dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. InsyaAllah buah mempelam telur dari semaian biji benih akan juga berkhidmat sampai ke generasi cucu cicit tangan yang menanam. Seperti pokok asalnya siapa sangka begitu panjang usianya dari zaman Tukang Kebun kecil puas makan buah mudanya sehingga anak-anak Tukang Kebun pula juga puas makan buahnya. Terutamanya si Abby kuat betul makan jeruk mangga assam boi. 
 Tukang Kebun perhatikan antara jenis-jenis pokok adik beradik mangga dalam kebun, pokok mangga yang penghuninya ada sarang kerengga yang paling sihat pokoknya menghasilkan buah mempelam yang tak terhabis tuannya nak makan. Bila ambil gambar baru perasan di gambar atas tu ada sangkar kerengga punyalah besar nak saiz bola sepak takraw tu.Tapi lihatlah hasil buah-buah mangga di keliling. Biarlah dia di sana ada juga peranannya. Salah satu peranan utama kerengga merah ini ialah ia juga adalah predator makan serangga-serangga perosak yang lain.

  Bekalan stok anak pokok mangga ada semula untuk yang berminat boleh dipos dan juga self-collect. Yang rajin self-collect tu dapatlah yang pokoknya saiz paling tinggi dalam stok tersedia.

~ 1 anak pokok mempelam telur RM10.00 ~

  Kadang kala jika penghuni kebun sibuk sampai tak terkait nak makan mempelam habis jatuh-jatuh buah masak dekat sekeliling bawah pokok. Kalau ada masa lekas-lekas dikutip bagi anak ayam yang sedang membesar dalam kurungan lagi.

  Self-collect InsyaAllah awal bulan November ini ada tentatively:

~ 5th/6th November 2015 Saturday/Sunday morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Jika masih bermusim buah mempelam telur juga boleh query untuk self-collect buah mempelam telur muda sekilogram for RM5.00 .

 Minggu ini masuk stok sunflower bagi yang berminat dalam original packaging 1 pek berharga RM12.

Sunflower Sonia.
 Jenis pokok bunga matahari yang renek sesuai untuk ditanam dalam pasu dan balcony garden. Warna bunganya oren pekat. Besar diameter bunganya anggaran 10cm. Jika yang kreatif sesuai digandingkan di belakang pokok zinnia menampakkan level ketinggian dan besar bunga berperingkat. Begitu juga tanam di hadapan pokok bunga matahari jenis yang tinggi lampai. Kerana saiznya renek ianya juga sesuai ditanam berdekatan seperti pokok terung dan tomato untuk menarik lebih banyak serangga pendebungan seperti lebah.

Sunflower Taiyou
Jenis bunga matahari kegemaran di jepun di mana 'Taiyou' juga bermaksud matahari. Ketinggian purata pokoknya 160cm.

Sunflower Sunrich Lemon
Jenis bunga matahari yang mekar cepat dalam purata 45hari. Ketinggian purata 100cm. Warna bunganya seperti buah lemon masak.

Sunflower Kokuryu
Jenis bunga matahari yang sesuai untuk ditanam dalam pasu walaupun ketinggian puratanya boleh mencapai 160cm.

Isnin, 24 Oktober 2016

Seri Pagi Jepun

 Gambar ini dah lama terperap dalam folder, dah lama nak bercerita pasal topik ini tapi asyik terperap sahaja dek kekangan masa tahun ini banyak travelling. Lagi satu sebab takut sebenarnya nak tunjuk gambar seri pagi yang kembang di taman nanti buat ramai terliur jika stoknya tiada. Untuk seri pagi memang simpan je gambarnya dalam folder. Hujung Disember tahun lepas, masa Tukang Kebun sorting benih-benih simpanan tiba-tiba terjumpa pek pelbagai benih seri pagi jenis Jepun (Ipomoea nil) yang dah lama dibeli hampir 3 tahun tapi lupa nak semai. Belek-belek original packaging yang belum dibuka ini tertulis biji benih seri pagi ini kononnya dah 2 tahun lebih expired. 

  Lalu saja-saja Tukang Kebun bawa balik biji benihnya ke Sabah memandangkan pada hujung tahun kebiasaannya musim hujan jadi bolehlah ditanam terus dan dibiarkan begitu sahaja sebagai trial. Kebiasaannya Tukang Kebun praktik direct sowing sahaja untuk seri pagi memang tak pindahkan anak pokoknya. Di situlah ia bercambah, di situlah ia tumbuh sampai habis riwayat.  Walaupun tanah di rumah Big Boss di Kingfisher keras dan berbatu, syukur alhamdulillah dengan siraman rezeki air hujan begitu mudah biji-biji benih tersebut bercambah dengan kadar peratusan yang baik hampir 100%. Gambar teratas boleh dilihat anak pokok yang baru sahaja bercambah dari biji benih dengan kulit biji benih yang terjatuh dibulatkan dengan warna merah.
 Kemudian gambar no. 2 ini dapat membayangkan peratus percambahan biji-biji benih tersebut yang elok berderet tumbh di tepi pagar bersebelahan portulaca. Jenis seri pagi Jepun kadang kala daunnya ada tompok-tompok putih dalam Bahasa Inggeris dibezakan dengan panggilan variegated leaf. Terbiar sahaja pertumbuhannya masa ketiadaan Tukang Kebun di Kota Kinabalu. Syukur Alhamdulillah beberapa minggu kemudian dijenguk kelihatan ada juga yang sudah mula berbunga. Disebabkan cuaca akhir Januari sudah jarang hujan di Kota Kinabalu tahun ini, pokoknya jadi teruja nak berbunga awal. Kalau bunga awal sebelum ia matang penuh akan mengakibatkan musim berbunga menjadi lebih singkat. Jadi Tukang Kebun rasa syorkan untuk menanam seri pagi di Kota Kinabalu, cuba bulan November.
 Seri Pagi Jepun mudah ditanam di Malaysia ini, lebih-lebih lagi kalau masa semaian nya kena sesuai dengan optimum keperluan pertumbuhannya. Faktor persekitaran, suhu, cahaya dan air memainkan peranan penting. Setakat ini dah beberapa jenis tanah Tukang kebun pernah cuba menanam seri pagi dari jenis berpasir hinggalah tanah liat keras berbatu di rumah Kingfisher Big Boss. Dari segi jenis tanah, Seri Pagi tak berapa cerewet. Syukur Alhamdulillah ikut faktor cuaca dan persekitaran dapat jugalah tengok sampai kitaran pokoknya menghasilkan biji benih semula. Benih Seri Pagi jika disimpan dengan baik bertahan lama. Yang Tukang Kebun cuba-cuba ini pun benih dah lebih 4 tahun. Apa yang penting ialah faktor persekitaran yang optimum untuk biji benih tersebut dapat bercambah dengan baik. Terlampau banyak air pun tidak berapa baik untuk biji benih seri pagi bercambah dan membesar dengan baik. Kalau musim hujan tak perlulah rendam biji benih seri pagi dalam air semalaman.

 Yang Seri Pagi akan cerewet ialah dari segi pencahayaan ya. To make Morning Glory become glorious kena banyak pancaran cahaya especially in the Morning lah ya. 

 Tips menanam Seri Pagi boleh juga buat rujukan di page Ipomoea (Seri Pagi & Family).

 Ada beberapa limited stok Seri Pagi Jepun seperti di bawah dibekalkan dalam Original Packaging.
Morning Glory Jepun ~ Heian no Yosoui (variegated leaf)

Morning Glory ~Akatsuki (mirip kepada Aoi Tsuki)

'
Morning Glory Jepun ~ Heian no Haru (variegated leaf)


 Calendula atau juga dikenali sebagai Pot Marigold juga ada stok baru dalam original packaging ada pelbagai jenis. 1 pek berharga RM15 dengan isi kandungan anggaran 4ml.

Info Calendula juga boleh refer kepada posting sebelum ini (klik sini).

(a) Pom Pom

(b) Black Eye

(c) Kiku

(d) Calendula Mixed