No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 27 Mac 2018

Container Garden Rakan KBB: Lemon Tahiti

 Tumpang gembira Kebun Bahagia Bersama apabila mendapat khabar dari rakan gardening kami yang duduk di kawasan Lembah Klang yang pokok Tahiti Lemon dari KBB ditanam dalam pasu sudah besar dan menghasilkan buah. Dari kiriman gambar yang dikongsi dah tinggi pokok lemonnya. Syukur Alhamdulillah senang hati juga pokok Lemon Tahiti nak berbuah dalam pasu di cuaca Lembah Klang TTDI ni.

More reference on Lemon Tahiti (Click Here).
 Sebelum ini saudari Z dari TTDI ada juga kongsi gambar buah nenas madu Sabahnya yang ditanam dalam pasu sedang berbuah (previous posting klik sini). Subur sungguh buahnya sampai pasu pun dah tak nampak macam ditanam di tanah sahaja. Buahnya pun Syukur Alhamdulillah dah selamat dinikmati oleh saudari Z. Sekarang disebabkan kekurangan ruang, Saudari Z nak cuba biarkan sulur-sulur nenas di pokok induk utuk membesar. Sama-samalah kita belajar dari pengalaman Saudari Z  dengan trial ini nanti. Saudari Z ni pun sibuk juga bekerja, bila hari kerja malam sahaja sempat belek pokok-pokoknya.
 Bulan Mac 2018 ni ada promosi 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .

Ahad, 25 Mac 2018

Pure Land Garden Motsu-ji Temple

 Pada hari keenam perjalanan ke Jepun kami melawat kawasan Hiraizumi, negeri Iwate. Dalam daerah Hiraizumi ini ada beberapa tempat yang telah diisytiharkan sebagai kawasan World Heritage. Masa zaman merantau belajar di Jepun dulu belum lagi kawasan Hiraizumi ini termasuk dalam World Heritage Site. Oleh itu, takde la rasa nak pergi melawat kawasan sebegini. Masa zaman pelajar masih mentah lagi yang cuma datang lawat kawan dan bermain ski sahaja di Negeri Iwate ini sebab datang pertama kali dan terakhir masa tu musim salji. Boleh nampak dalam sedekad je banyak usaha kerajaan Jepun jadikan beberapa warisan budaya dan tempat mereka sebagai World Heritage Site. Ini juga strategy pelancongan yang bagus, semoga tanahair ku ambil banyak usaha initiatif yang sama. Memang banyak kawasan di tanahair ku ni mempunyai potensi besar untuk dijadikan World Heritage Site. Sektor pelancongan juga naikkan ekonomi sesuatu kawasan. Kerajaan Jepun nakkan banyak pelancong-pelancong luar negara melawat negara mereka berikan banyak diskaun pengangkutan awam dan pengecualian cukai diberikan kepada international tourist. Hmmm...kita sekarang imposed tambah tax lagi untuk international tourist. Nasib domestic tourist tak kena.
 Syukur Alhamdulillah dah dapat jugalah selamat sampai bawa anak-anak ke Melaka World Heritage City (related posting klik sini). Moga murah rezeki nak bawa anak-anak ke Penang juga suatu hari nanti jika berkesempatan. Hampir setiap hari di Jepun ni melawat kuil-kuil Jepun. Selain dari menikmati seni bina dan ukiran bangunan-bangunan tradisional lama di Jepun ini, ada satu sebab kenapa Tukang Kebun rajin singgah lawat kuil-kuil di Jepun ni.
 Bila sibuk tengok kawasan dalam kuil Motsuji ni, Tukang Kebun agak hairan juga bila tengok corak-corak ukiran bunga iris yang besar di bahagian atas ni. Lantas laju je lah tangan ni petik camera. Sebab jarang-jarang ukirannya bentuk bunga iris di kuil-kuil Jepun ni. Dalam hati terasa agak unik juga. Ada macam motif batik moden juga.
 Bila jalan-jalan kawasan kuil Motsuji ni, Tukang Kebun hairanlah tengok ada beberapa batas sedang ada beberapa Tukang-Tukang Kebun kuil ini sedang mengemas dalam kawasan diliputi salji. Kalau tak kenal sisa-sisa daun kering yang masih tertinggal kelihatan boleh silap ingat bendang sawah ni. Bila teringat ukiran atas kuil tersebut barulah dapat hubungkait yang ini batas-batas pokok iris ni. Melihatkan daun-daun lebar ni. Pokok-pokok iris semuanya dah peringkat dormant. Tapi banyak rhizome di dalam tanah sedang tidur tu yang akan mengeluarkan tunas bila cuaca kembali ke arah panas.
 Bila jalan ke bangunan section kuil-kuil lain dalam laman kuil Motsuji ni baru jumpa papan tanda. Rupa-rupanya laman Kuil Motsuji ni paradise for iris lover masa musim bunganya. Laman Kuil Motsuji ini ada 3000 pokok iris yang menyimpan koleksi baka iris 300 jenis. Koleksi pokok bunga iris yang ditanam di laman kuil Motsuji ini dikumpul dan dijaga sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pasti tukang jaga pokok-pokok iris ini pun diwarisi sejak turun menurun. Setiap tahun ada pesta musim bunga Iris diadakan di antara 20 Jun sehingga 10Julai (info event Kuil Motsuji).
 Anak-anak seronok mengisi masa bermain dengan salji pada lawatan Kuil Motsuji kali ini. Tukang Kebun sambil tunggu anak-anak main salji terkumpul atas bangku panjang ini membayangkan betapa indahnya pemandangan di sini ketika peak musim bunga iris. Yang pandai melukis pasti ingin mengabadikan pemandangan ini dengan hasil seni tangan mereka.
 Salah satu sebab utama kami rajin lawat-lawat kuil di Jepun ini kerana ingin menikmati pemandangan taman Jepun juga yang merupakan seni tukang-tukang kebunnya. Bukan sekadar menikmati senibina. Kuil-kuil di Jepun ini ada juga yang memainkan peranan macam muzium tumbuhan hidup atau botanical park. Kalau di Kuil Motsuji ini tempat simpan koleksi-koleksi pokok iris sejak beratus-ratus tahun dahulu. Sama juga seperti lawatan kami di Kuil Shiogama yang merupakan kuil yang mengumpulkan pelbagai jenis baka pokok sakura di lamannya (related posting klik sini). Malah mereka ada pokok baka sakura yang telah disenaraikan sebagai khazanah negara. Syukur Alhamdulillah walaupun pokok sakura biasanya lebih dikenali mekar pada musim bunga, ada rezeki juga untuk kami nikmati sakura yang mekar musim winter di Kuil Shiogama. Pada zaman-zaman dahulu rahib juga banyak contribution dalam dunia botani atau sains seperti bapa moden genetik seorang paderi iaitu Gregor Mendel yang gunakan pokok-pokok pea untuk kita fahami asas genetik.
 Dalam kolam buatan ini ada juga itik-itik sedang berenang walaupun dalam cuaca yang sejuk. Manalah tau kalau ada rezeki lagi jejak kaki di Iwate pada musim bunga Iris bolehlah singgah. Atau kepada rakan-rakan yang mungkin ada perancangan untuk melawat Jepun pada musim panas tahun ini bolehlah cuba lawat Kuil ini kalau minat pokok bunga iris jika ke Tohoku.
 Ada juga sejenis keluarga iris yang amat mudah hidup di kawasan tropika sebagai pokok herba. Pokok ini asalnya dari Amerika Selatan dan mempunyai banyak manfaat untuk perubatan tradisional terutamanya bagi kaum hawa. Pokok herba ini tak sesuai untuk orang mengandung kerana boleh buat keguguran tetapi amat bagus bagi orang yang berpantang sebab bantu cuci rahim. Air rebusan atau kalau buat sup ayam hirup kuahnya cepat hilang angin dalam badan. Sama keluarga dengan pokok Iris dikenali dengan nama tempatan bawang dayak atau bawang berlian. Bunganya mekar pada waktu senja berwarna putih.

More info on bawang dayak (klik sini).

1 pot/3 ubi bawang dayak RM7.00 .

 InsyaAllah hujung minggu ini boleh self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama antara pukul 9:00AM-9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Organic goodies available from Kebun Bahagia Bersama:

~ 1 sisir buah pisang mas RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 ~
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

~ 1 ikat sejenis pucuk ulam-ulaman RM1.00 ~

Sabtu, 24 Mac 2018

Kitakami Train Station

 Pada hari keenam perjalanan di Jepun 2017 kami berjalan-jalan dalam negeri Iwate sahaja. Kalah dengan cuaca yang dingin malamnya boleh nampak salji sambung turun, jadi bangun dari katil pun lewat. Lagipun tak nak anak-anak terlalu letih sebab setiap hari berjalan banyak, kami ikut sahaja pace mereka. Setelah sarapan keluar dari Comfort Hotel Kitakami (related posting klik sini) dah pukul 9:30pagi. Nasib baik hotel pun depan Stesen Keretapi Kitakami sahaja. Check jadual keretapi nak dekat pukul 10 keretapi biasa akan sampai untuk ke destinasi yang ingin ditujui.
 Sementara tunggu keretapi tiba, kami legar-legar di dalam stesen sebab lama pula nak kesejukkan kalau tunggu di gerabak nanti. Lagipun ada pelbagai pameran di dalam stesen keretapi Kitami untuk memperkenalkan warisan budaya penduduk tempatan di sini kepada pelancong-pelancong. Antara warisan budaya di Kitakami ini adalah 'Oni Kenbai' direct traslation BM "Tarian Pedang Syaitan" yang kebiasaanya disambut pada bulan musim panas (Julai-Ogos) (info click here). Di Kitakami ini ada juga Muzium Syaitan dinamakan 'Oni no Yakata' (info Click Here).
 Kitakami juga menerima ramai pengunjung dari kawasan luar semasa musim bunga sakura. Terdapat banyak pokok sakura sepanjang Sungai Kitakami yang mengalir dalam bandar Kitakami ini. Ini adalah antara kawasan paling indah bagi orang Jepun untuk menikmati musim bunga sakura di dalam negeri Iwate. Pada musim salji pula banyak burung swan boleh kelihatan berenang-renang di sungai Kitakami tersebut. Kononnya ingat nak bangun awal pergi jalan-jalan di Sungai Kitakami dulu, tak terbangun nak observe swan.
 Kebiasaannya hiasan bunga Jepun seni 'ikebana' adalah menggambarkan musim-musim bunga di kawasan tersebut. Antara bunga yang biasa digunakan dalam seni 'ikebana' pada musim luruh ialah bunga kekwa. Bunga kekwa adalah symbol musim bunga luruh. Cuma tahun 2017 ini salji datang lebih awal dari kebiasannya. 
 Abby dan Rayyan ambil gambar bersama maskot karekter Kitakami ini yang panggilannya 'Onimaru-kun'.
 Nostalgia rasa menunggu keretapi tiba pada musim salji. Jika menggunakan keretapi biasa macam satu keretapi dalam satu jam yang keretapinya berhenti singgah setiap stesen keretapi di Tohoku Railway Line.
 Bila dalam keretapi rasa sedap je panasnya, rasa terbuai-buai ngantuk semula.
 Suka betul pokok jenis heliconia bila musim bunganya lebat mewarnai laman yang selalu kehijauan dengan warnanya yang terang benderang. Apatah lagi bila heliconia berbunga, musim bunganya lama. Bila dipetik tangkai bunga sebagai hiasan dalam rumah juga tahan lama.

More info on Heliconia Halloween (Click Here)
Promosi pokok bunga heliconia halloween sehingga hujung bulan April 2018 ini untuk 2 moist bare-rooted rhizome/plant heliconia halloween berharga RM15.00 .

Khamis, 22 Mac 2018

Matahari Terbit dari Kudat Golf and Marina Resort

 Walhal baru je minggu lepas baru ke Kudat tetapi sampai hari ni dah rasa macam bulan lepas pula perjalanan baru-baru ke Kudat ni. Masa begitu pantas berlalu rasanya bila makin sibuk dengan duniawi ni. Trip ke Kudat ni bukan melancong tapi atas tugas penyeliaan dan penyelidikan. Selepas solat dan sambil menunggu waktu sarapan ambil angin dulu di tempat penginapan. Tempat penginapan di trip Kudat kali ini ialah Kudat Golf and Marina Resort.
 Selalunya waktu begini asyik sibuk urusan persiapan anak-anak ke sekolah. Kali ni ambil peluang kalau ada rezeki nak tengok matahari terbit dari bumi Kudat ni. Mula-mula teragak-agak juga mana arah matahari terbit ni samaada boleh nampak dari persisiran pantai resort ini ke tidak. Bila teringat arah kiblat, mungkin macam boleh. Kemudian ada pekerja resort lalu, cuba tanya katanya betul arahnya yang kami agak matahari muncul jika ada rezeki.
 Sambil menunggu matahari muncul sebalik awan kabus yang tebal, Tukang Kebun pelik tengok ada mahkluk di dalam air laut ni asyik ke hulur hilir depan kami ini. Awal-awal mungkin boleh ingat kayu dihanyutkan oleh ombak. Dah kalau bertukar posisi berenang ke kiri kanan, dah tak mungkin la tunggul kayu. Bila diamati betul-betul lansung rasa bentuk badannya macam bukan biawak ni. Macam sang buaya air masin ni.  Sang buaya yang usianya masih remaja lagi dah mula panjang tapi tak setegap macam yang dewasa lah lagi. Kali terakhir nampak buaya liar ialah di Sungai Kinabatangan (related posting klik sini). Atas badannya ada bergarisan sisik muncul kan tu selari. Memang kawasan arah utara Kudat ini ada buaya air masin.
 Akhirnya muncul jugalah Si Matahari di sebalik kepulan awan kabus yang tebal.  Ada rezeki juga layan perasaan tengok matahari terbit di Kudat ini. Hilang rasa penat dan sakit kaki yang baru kena dera lepas sertai Borneo Ultra-Trail Marathon kelmarinnya (related posting klik sini).
 Kalau main golf berdekatan dengan Kudat Golf and Marina Resort ini memang boleh sama-sama istirehat dengan buaya air masin la ya.....really with nature. Seperti gambar di bawah yang sebelah daratan kiri ada pokok-pokok kelapa itu adalah padang golf ya. Ada juga beberapa perahu kecil nelayan juga lalu-lalang di depan mata mencari rezeki. 
 Sebenarnya matahari terbit boleh juga dinikmati dari balcony tempat reception tetamu juga dengan kolam renang.
 Harga bilik yang paling murah ditawarkan di Agoda masa buat reservation ialah yang Garden View harganya RM135 ditawarkan yang harga asal RM300 lebih sebilik. Antara sebab kenapa pilih menginap di Kudat Golf and Marina Resort kali ini. Tambahan pula dah termasuk breakfast sekali.
 Kami diberikan bilik Ground Floor yang kalau buka sliding door terus ada taman permainan dan boleh juga jika nak menikmati sunrise dari garden bench di luar bilik yang disusun. Sebab harganya murah dari biasa, kami takde la yang tak puas hati. Cuma masalah bilik tak dapat dibuka sendiri kerana dah rosak. Setiap kali nak masuk bilik kena mohon di reception untuk tolong bukakan je lah. Tapi mereka okay je dan setiap kali mohon maaf atas masalah teknikal. Dengan harga yang diberikan kami terima yang seadanya sebab di Kudat ni bukan banyak tempat penginapan. Kalau di Kudat ni dapat tempat penginapan macam service hotel ada facilities swimming pool, gym dengan breakfast consider murah la dapat bawah RM150. Fikir-fikir kalau ada rezeki nak bawa anak-anak jalan jika dapat harga menginap Kudat Golf and Marina Resort bawah RM150 semalam. Dearest husband, Abby dan Rayyan belum sampai Kudat lagi. 
 Sarapan bermula pada pukul 7 pagi di sini. Masa naik tangga dari arah kolam renang ke receptionist nak mohon tolong bukakan pintu, terjeling pula di corner bawah tangga ini dihiasi dengan pokok jenjuang merah dan daun kaduk. Nampak cantik juga kombinasi dua pokok ini. Bagi mereka yang terhad ruang menanam boleh juga tanam pokok jenjuang merah bersama-sama dengan pokok daun kadok. Jika tanam dalam container juga boleh gabungkan kedua-dua pokok ini. Misalannya balcony gardening, pokok jenjuang merah boleh ditanam dalam pasu bersama-sama pokok daun kadok. Pokok jenjuang merah yang meninggi boleh memberi teduhan kepada pokok daun kaduk masa musim panas.

~ More info on pokok jenjuang merah (Klik Sini) ~
1 pot pokok jenjuang merah RM6.00 .

~ More info on pokok daun kadok (Klik Sini)~
7 moist bare-rooted pokok daun kadok RM5.00 .
 Masa check out di Kudat Golf and Marina Resort adalah pada pukul 12:00PM. Sebelum bergerak keluar ada kami mohon check out lambat. Tapi terlambat balik ke hotel semula nak dekat pukul 1:00PM. Nasib tak berkira sangat resort ni lepas cuci lumpur segala, kami check out dalam 1:30PM.

Isnin, 19 Mac 2018

Tugu Peringatan Mat Salleh

 Cuti Tahun Baru Cina 2018 kami bawa anak-anak jalan-jalan ke Tambunan. Pertama kali kami sekeluarga melawat Tambunan ni. Jarak perjalanan pun sama sahaja dari Kota Kinabalu ke Kundasang nak ke Tambunan ni. Cuma Kundasang lebih popular dan pasti kawasan Kundasang akan sesak pada cuti am long weekend tersebut dengan pelancong-pelancong.Tapi Tambunan juga keindahannya tak kalah dengan Kundasang masing-masing ada keistimewaannya. Jika tidak mahu nak bersesakan masa melawat Sabah pada cuti umum, pergilah Tambunan.
 Antara tempat persinggahan di lawatan Tambunan kami ini ialah Tugu Peringatan Mat Salleh. Tempat Tugu Peringatan Mat Salleh ini ada Penjaga nya juga menjaga kawasan ini apabila waktu buka. Kebetulan kami datang hari Jumaat, lepas tu terpandang pula kepada beberapa pokok-pokok bunga jenis crinum yang tangkainya tinggi baru je lepas kembang. Tak tahu kebetulan ke tidak tersenyum membaca kembali posting lama Kebun Bahagia Bersama yang bertajuk "Suka Kembang Malam Jumaat" (klik sini). Lagipun asal baka pokok crinum species sama yang tumbuh di Kebun Bahagia Bersama juga diambil berdekatan daerah ini juga. Pokok crinum jenis ini bahagia tumbuh dengan penerimaan cahhya matahari yang banyak.
 Rayyan lah setia menemani Tukang Kebun sementara papa Abby masih lagi memujuk dua orang yang grumpy dalam kereta. Eloklah juga bawa anak-anak ke sini untuk lebih mudah mendalami subjek sejarah yang memang akan belajar mengenai tokoh Mat Salleh.
 Top three tallest mountain in Malaysia, ketiga-tiganya adalah di dalam negeri Sabah. Yang menariknya di dalam daerah Tambunan anda dapat menyaksikan dua gunung tertinggi di Malaysia. Yang memang diketahui Gunung Kinabalu paling tinggi, kemudian diikuti oleh Gunung Trusmadi seperti gambar di atas. Bahkan dilaporkan bahawa lebih mencabar untuk mendaki Gunung Trusmadi berbanding Gunung Kinabalu. Ada juga beberapa gunung dalam daerah Tambunan yang boleh didaki selain dari this two majestic moutains.
 Pertama kali cuba serunding Tuhau di Tambunan. Sedap juga. Di Kundasang juga ada jual serunding tuhau ni. Jangan lupa cuba rasa ya. Kalau penat berkebun, sekadar masak nasi panas makan dengan serunding tuhau juga bangkit selera. 
 Di Tambunan ada juga gerai-gerai tepi jalan menjual produk tempatan. Banyak Tukang Kebun beli pelbagai jenis beras tempatan untuk stok dapur ada lebih RM100 belanja untuk beras sahaja. Belum lagi benda-benda lain. Kebetulan bila tengok pisang hijau tergantung atas ni macam familiar je seperti ada koleksinya di Kebun Bahagia Bersama. Bila Tukang Kebun tanya ini pisang kadau ke? Ya betul sekali. Pisang kadau ni mengambil masa lama sikit nak tukar ke warna kuning bila tanya tuan gerai kami sependapat. Takdelah nak kelamkabut habiskan cuma kena sabar. Kulitnya tebal sikit tapi isi lembut. Buahnya sebiji besar cepat juga kenyang. Diameter buah pisang kadau adalah lebih besar atau gemuk dari pisang berangan ya.
 Pisang kadau bentuknya berbulat-bulat sikit kurang bersegi. Perbandingan size buah pisang kadau dengan buah pisang mas di gambar atas. Walaupun setandan pisang kadau sisirnya tak sebanyak pisang mas tapi sama je isipadunya.

More info on pisang kadau (klik sini).
Pisang kadau ni kalau di Sabah ni adik beradik terdekat ialah Pisang raja udang yang kulit berwarna merah tu. 

~ 1 sulur pisang kadau kuning moist bare-rooted RM10.00 ~

~ 1 sulur pisang raja udang moist bare-rooted RM20.00 ~

Bila ada bekalan buah organik pisang kadau dari KBB juga dibekalkan sesisir RM5.00 .

Sabtu, 17 Mac 2018

Borneo Ultra-Trail Marathon 2018

 Tahun ini Tukang Kebun challenge diri untuk mencuba pengalaman baru iaitu marathon. Kali terakhir join marathon pun masa sekolah rendah. Aduiii dengan badan tak fit dan berat sekarang tanpa latihan terus cuba bukannya didahului dengan fun run tapi terus ke yang lebih mencabar iaitu Ultra-Trail Marathon. Ini juga untuk kami jinakkan si Ilhan Mikhail dengan marathon. So bukan sahaja pengalaman pertama untuk Tukang Kebun tetapi juga si Ilhan. Ilhan adalah antara pelari termuda atau memang termuda sebab dia paling kecil untuk acara Borneo Ultra-Trail Marathon 2018 ini. Mula-mula teragak-agak jugalah nak cuba kena persediaan hati dan mental, tapi sebab dia dekat kampung area Big Boss dan untuk pendedahan Ilhan terus semangatkan diri.
 Kami sertai yang acara 12km je memandangkan beginner level lagi kan. Acara bermula di pekan Kiulu pada pukul 7pagi 11hb Mac 2018. Yang trail 12km naik turun dua bukit. Awal-awal permulaan lagi dah kena berlari naik bukit. Tukang Kebun rasa tak sampai 5% dari trail tu berlari, cuma jalan kaki laju-laju ja takut kaki nanti terkejut, satu hal kalau kejang nanti. Bila naik first bukit tu pemandangan indah dan dapat nampak Gunung Kinabalu latar belakangnya dengan keadaan pagi yang masih dingin berkabus. Rasa macam kita berjalan atas awan.
 Awal lagi si Ilhan Mikhail dah tak nampak bayang, jauh meninggalkan kami berdua. Papa Ilhan serba salah nak ikut Ilhan ke mama Ilhan. Papa Ilhan setia dengan mama Ilhan takut nanti mama kena tinggal sorang-sorang hilang determination nak habiskan marathon sebagai finisher ikut masa yang ditetapkan sampai ke garis penamat sebelum pukul 1 (6 jam maksimum). Papa Ilhan kata baru dah mula dah nampak raut muka Mama Ilhan macam menyesal pula join hehehe..... Muka papa Ilhan pula lama-lama dah bosan tunggu pace mama Ilhan.
 Memandangkan Tukang Kebun slow and steady sahaja tapi tanpa berehat langsung berjalan ja untuk cuba sampai sebagai finisher on time. Dalam hati risau juga manalah anak seorang ni dah lari tak nampak bayang dah kena kuatkan hati habiskan trail juga. Setiap kali sampai checkpoint mesti tanya ada nampak anak lelaki saya tak, budak kecil. Semua ingat Ilhan, check point pertama punya penjaga kata awal lagi Ilhan dah sampai, dia ingat orang kat belakang dia tu yang parent dia...hehehe...sampai check point kedua pun sama, penjaga situ kata awal lagi tu budak dah limpas. Lega sikit hati dengar dan tak sangka betapa laju juga Ilhan boleh ikut orang-orang dewasa.
 Malam sebelum acara sebenarnya hujan lebat. Sedap sungguh tidur di Kiulu sejuk. Tapi esok akibatnya trail basah jadi lecak dan licin. Bila sampai bukit kedua rasanya mencabar nak daki sebab lecak dan licin melalui kebun getah orang. Langkah kena hati-hati supaya tak tergelincir yang boleh terkoyak muscle nanti. Kaki dah lenguhkan bila bukit kedua rasa bilalah nak abis mendaki ni.Mendaki bukit kedua yang paling mencabar. Sebab tak dapat nak agak dah sampai puncak ke tidak kerana jalannya berlereng. Cuma kami geng di belakang ni kuatkan semangat lagi dah bayar mahal kena habiskan juga hehehe....yuran pendaftaran untuk 12km sahaja dah RM150 seorang. Papa Ilhan pun tak habis-habis mengomel mahal-mahal pendaftaran dari hari mendaftar sehingga penamat.
 Bila dah turun bukit terakhir dan masuk kampung Big Boss dengan masa tinggal kurang sejam untuk masa finisher baru speed up semula. Turun bukit akhir tu memang rasa nak menangis dah sebab kaki kanan dah mula rasa kejang. Kedua kuku ibu jari kaki masih lebam sehingga hari ni sebab menahan dari tergelincir masa turun bukit. Sudah tinggal satu kilometer terakhir tu memang dah rasa tak sabar-sabar nak perabiskan je cepat-cepat sampai. Syukur Alhamdulillah sampai juga garis penamat. Ilhan pun dah bosan menunggu lama hahaha....dapatlah kami bertiga bawa balik finisher medal.
 Ilhan cerita awal-awal dia lari sesama dengan mat salleh. Mat Salleh tanya "Where is your parent?", Ilhan balas "They are too slow". Tak nak mengaku usia 10 tahun, semua tanya dia kata 11 tahun. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada semua pelari-pelari yang banyak bantu tengok-tengokkan Ilhan semasa ketiadaan kami. Khuatir juga kalau Ilhan tersilap jalan. Bila kami sampai ke penamat sambil berehat, ramai kata laju betul Ilhan lari untuk beginner dan usia yang muda for level ultra-trail marathon. Boleh tahan jugalah Ilhan boleh habiskan perjalanan lari 12km dalam 3 jam 27 minit. Lama kena tunggu mama Ilhan sampai hahaha....beza banyak. Jengjengjeng keputusan di bawah sudah kena record. Papa Ilhan lah kasihan tak penat langsung sebab kena babysit Mama Ilhan. Kalau tak laju dari Ilhan lagi.
 Papa Ilhan takut nanti Mama Ilhan merajuk patah semangat tak mau lari lagi kenalah meneman hehehe...lama la nak tunggu mama kurus nanti. Ini semua ahli keluarga sedang memberi sokongan untuk Tukang Kebun kuruskan badan dan Ilhan pula untuk kuat bersukan. Nenek penyokong no. 1 Ilhan. Walaupun dalam kesibukkan, demi Ilhan , Nenek tolong jaga ni dua budak di homestay nya di Kampung Ranap, Kiulu, cuma 10 minit berjalan kaki sahaja ke Pekan Kiulu dan kurang 500 meter dari Masjid Kiulu. Sejak tahun lepas, Nenek dan Atuk Ilhan mula buka Homestay di Kiulu. Jika ada yang mencari penginapan di Kiulu, boleh layari facebook cari 'Teratak Kiulu Lodge'.
 Bulan ni sibuk travel, mohon maaf atas talian tak beberapa elok dan ketiadaan masa maka email dibalas amat lambat ya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang meluangkan masa singgah di sini dan memberikan komen. InsyaAllah jika ada rezeki masa akan kami cuba juga ziarah ya.
 Sepanjang laluan ultra-trail marathon 2018 ni, ada juga lalui beberapa kebun nenas. Oleh itu sehingga hujung bulan Mac 2018 kami menawarkan 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .