Tukang-tukang kebun ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat mengerjakan ibadat puasa. Kebiasaannya tukang kebun mana yang tuaian dapat direkodkan dalam selit-selit harian sambil menguruskan rumah dan kebun yang lintang pukang keadaannya posting tuaian di Kebun Malay-Kadazan Girls blog. Disebabkan hari ini hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadhan ini, tukang kebun buat lencongan di Kebun Bahagia Bersama. Syukur alhamdulillah rezeki hari pertama dalam bulan Ramadhan ini seperti gambar tuaian di atas. Betik tu semalam intai baru separuh oren, pagi ini masa bagi ternakan makan tengok dah oren penuh lekas-lekas ambil sebelum kena kongsi dengan mahluk lain. Durian belanda sebiji dah kena kongsi, lekas-lekas ambil tengah fikir nak buat jus ataupun makan begitu sahaja.

Masih tergendala kalendar semaian Kebun Bahagia Bersama disebabkan itu gambar-gambar tuaian akan menjadi rujukan kemudian bila ada terluang masa. Gambar yang terambil jadi rumusan tuaian untuk pertengahan hingga akhir bulan June. Buah bidara/ Epal Sarawak mula membesar di atas pokok, yang rajin makan begitu sahaja ialah tukang kebun Rayyan (plan ambil buat juicing tapi selalu tak menyempat). Cili ambil mana yang hendak pakai baru petik di pokok selebihnya berkongsi dengan burung. Alasan tukang kebun malas selalunya tukang-tukang kebun kecil kalau ada mood nak menolong mereka yang ambil. Buah-buah lemon masih ada cukup untuk keperluan dapur tiap-tiap hari. Bunga-bunga telang sekarang tak terambil sebab masa luang petiknya kena kongsi dengan roselle, tak sengaja kena neglected.

Selalunya daun ginseng jawa atau akarnya dituai masa mengemaskan kawasan untuk tanaman baru. Sengkuang tidak menjadi di kawasan yang berpasir pastu tak siram masa musim kemarau. Terjumpa sebiji Labu Butternut Waltham di celah-celah pokok-pokok jagung baby blue jade.
Buah Nam Nam baru mula hendak membesar jadi kes berebut dengan makhluk lain. Buah Serala juga galak berbuah tapi tak terambil sebab pokoknya nak dekat penghujung tanah belakang tak kesampaian nak pusing-pusing.
Jambu juga tengah membesar tapi mungkin ada ulat sebab takde masa nak balut buah-buahnya. Garu-garu kepala terjumpa buah markisa tak perasan ada buah atas pokok. Betik musim kemarau lepas cepat sungguh buah-buahnya masak.
Tuaian paling terkejar-kejar bulan June-Julai yang perlu dituai selang 2-3 hari ialah Bendi Burgundy, Bendi Mammoth Spineless dan buah roselle yang galak sungguh berbuah sampai tukang kebun jadi stress pun ada asyik nak kena beringat tuai buahnya selalu supaya pokok-pokoknya rajin berterusan berbuah. Tak lama lagi Bendi Clemson Spineless yang telah mula berbuah minggu lepas juga perlu nak kena ingat check selalu. Semua jenis-jenis bendi tersebut sedang tumbuh sekurang-kurangnya jarak 10meter berasingan untuk jenis yang lain.