No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 11 November 2013

Ginseng Roots

 Pagi ni dah mula nak memulakan amanah kerja yang telah diberikan setelah berehat di hujung minggu, moganya tiada yang rasa Monday Blues...hehehe...kalau rasa tak bertenaga, InsyaAllah air rebusan power root Ginseng Jawa (akar som) dapat membantu beri kesegaran. Akar Ginseng Jawa selepas dituai sebenarnya boleh tahan lama duduk fresh di suhu bilik yang humid dan tidak terkena pancaran terik. Sebab terlampau banyak, pernah tukang kebun ampai di satu sudut korner di dapur lebih 6 minggu dan akarnya mula keluar kembali pucuk-pucuk hijau. Kalau nak pokok baru cepat, boleh sahaja tanam akarnya kembali. Disebabkan itu kalau merumput jika tidak ditarik keluar akarnya sekali, akan cepat kembali keluar pucuk yang baru. Pokok Ginseng Jawa banyak khasiat untuk seisi keluarga , for more info and reading (klik sini) dan (klik sini). Rasanya ada yang berminat untuk mendapatkan bekalan akar Ginseng Jawa dari Kebun Bahagia Bersama tak?

~ Pokok Ginseng Jawa (Akar Som) ~

1 pot for RM4.00 .

atau 3 pot for RM10.00 .

Ataupun boleh mix dengan tanaman senarai dalam page "3 Plants Mix for RM10".

Enquiries (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 10 November 2013

Natural Fibre COTTON

 Antara jenis kain yang selesa dipakai tentunya ialah kain yang berkualiti 100% pure cotton, terutamanya untuk kulit si manja kita yang baru sahaja lahir. Sukar untuk mendapat kain cotton yang bukan dibesarkan secara organik di negara sedang membangun. Rata-rata kain cotton organic telah dipajak oleh brand-brand terkenal di negara Barat untuk membuat pakaian sebab banyak kesedaran dan demand supply di Negara Moden berkenaan lifestyle ke arah living with Organic Goods. Pokok-pokok cotton adalah antara tanaman yang banyak disembur dengan racun di ladang-ladang. Ibu di negara maju ramai sekarang telah bertukar menggunakan 'Modern Cloth Diaper' dan bukan disposable napkin yang after dispose juga tak reput-reput membuatkan tempat pembuangan sampah menggunung. Tukang kebun juga very impressed melihat hasil corak jahitan purely hand-made dari ibu yang berbakat menjahit Modern Cloth Diapers untuk anak mereka sendiri yang kemudiannya telah menjadi hobi mereka supply untuk ibu-ibu yang lain tak berbakat seperti tukang kebun. Yang unik coraknya hand-made sampai auction, syabas kepada ibu yang dahulunya career woman tapi mengambil keputusan bertukar kepada 'Stay at Home Mother' mengasah bakat yang terpendam tak disangka. For fathers, should be happy save a lot of money dan tak perlu kalut-kalut asyik nak kena pergi kedai beli pampers (akhirnya papa Abby dah reformed selepas dompetnya selamat dari membeli pampers, cukup belanja hanya sekali beli Modern Cloth Diapers, pakai ulang kali dan boleh gunakan untuk future adik). Di zaman sekarang pun, kita ada mesin basuh nak membantu. Ilhan pun masa bayi sensitive kulitnya, calit-calit ubat ruam pun tak de perubahan, kami tukar ke cloth nappy (lampin style lama) and Ilhan happy. 
  Semasa membesarkan baby, perbelanjaan di rumah pasti banyak budgetnya untuk membeli barang-barang bayi, salah satunya ialah tissue wiper untuk mencuci bahagian bawah baby. Kalau di rumah , home-grown fluffy cotton ball boleh juga digunakan untuk membersihkan bayi. Sama saja konsepnya dengan tissue wiper pakai buang, tapi percuma lebih cepat degradable. Boleh buat cotton bud sendiri. Yang pandai menjahit boleh buat pelbagai seperti bantal, ataupun mungkin boleh upah tolong jahitkan. Bagi mereka yang lebih kreatif pun boleh menghasilkan pelbagai cenderahati dari kapas.
 Semasa zaman kanak-kanak dulu, tukang kebun selalu wonder asal usul cotton yang boleh menjadikan baju untuk kita melindungi badan dari panas dan sejuk. Dari dan Macam mana kapas yang putih fluffy ni terbentuk itulah soalan yang ada dahulu. Bila dah ada 3 anak barulah ada peluang nak explore dan educate diri sendiri kitaran hidup natural fibre cotton. Rasanya bagi cikgu untuk mencari idea projek kelas, projek memperkenalkan pertumbuhan asal usul natural fibre 'COTTON' as a suggestion. Gambar di atas adalah yang bahagian depan ialah anak-anak pokok cotton yang baru sahaja bercambah (sebelahnya adalah anak-anak pokok balsam). Musim hujan lebat ni boleh juga letak bekas semaian di bawah kanopi pokok untuk mengelakkan dari ditimpa hujan yang kuat tapi masih menerima tempias hujan.
 Rupa bentuk daun pokok cotton macam tapak kaki dinosaur yang kecil (bahagia hidup di Petak No. 2).
 Bunganya dari sudut tepi sedang berkembang dan berwarna creamy white. Menurut Pak WIKI, anggaran data terkini ada sekurang-kurangnya 50 spesis jenis cotton. Ada juga spesis cotton yang bunganya berwarna pure white, pink dan lain-lain. Jenis pokok-pokok yang kami ada sekarang ketinggiannya adalah antara 1 ~2.5 meter. Asal biji benih tanaman cotton di Kebun Bahagia Bersama yang dihadiahkan kepada Tukang Kebun adalah dari seorang Seed-Savers Ms. Paik Yin yang tinggal di kawasan Lembah Klang duduk di kawasan Taman tapi sangat menyukai konsep kebun permaculture.  Katanya pokok cotton jenis ini sangat mudah tumbuh di rumahnya.
 Bunga cotton menyerupai bunga raya sebab tergolong dalam keluarga Malvaceae, begitu juga dengan bendi dan rozel. Bunga cotton yang kembang penuh cantikkan, double bloom lagi.
Dalam diam-diam setelah kelopak bunganya gugur, membentuk kapas putih di dalam 'cotton bolls'. Seronok bila tengok bila dah terbuka dengan sendirinya nampak fluffy cotton di dalam.
 Tanaman bukan sahaja memberikan makanan tapi juga pakaian kepada kita.
 Ini bukan pokok kekabu (kapok). Ini pokok kapas (cotton). Besarnya bukan macam pokok kapok. Cuma mengambil masa 6~9 bulan untuk mula berbunga pokok kapas.

~ Open-Pollinated Fresh Cotton Seeds ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)

Boleh pesan di kotak komen ataupun (kebunkmg@gmail.com).

Sabtu, 9 November 2013

Cili Tapurak

 Musim Tuaian Cili Tapurak Syukur Alhamdulillah telah bermula sejak bulan Oktober lepas. Bolehlah melepaskan kerinduan nak balik kampung sebelah Big Boss. Cili tapurak adalah cili kampung yang kebiasaannya dijual di Tamu Sabah. Biasanya cili tapurak dituai semasa masih muda berwarna creamy white sebelum bertukar kepada warna merah kejinggaan. Orang Sabah tak kuat makan pedas, jadi cili tapurak enjoy dimasak semasa muda untuk pelbagai masakkan. Kalau dah buahnya masak merah pun bukanlah sepedas cili habanero. Susah juga nak ambil gambar sebelah tangan dengan camera, sebelah lagi pegang tuaian cili tapurak...hehehe...anggaran saiz cili tapurak yang moleh sudah untuk dituai. Gambar di bawah adalah cili yang di atas tapak tangan semasa proses membesar.
 Gambar ini pula before nak dituai :) .

~ Open Pollinated Biji Benih Kampung Cili Tapurak ~
Anggaran 30 biji benih sepek for RM3.00 .

(Belum sempat buat posting ada juga stok baru Mexican Cili Jalapeno dan Japanese Cili Shishitou) dalam latest catalog).

Jumaat, 8 November 2013

FireCracker (Russelia equisetiformis)

 Pokok bunga firecracker ini bila berbunga, gugusan bunganya seperti mercun merah tradisi bangsa Cina letupkan pada musim Tahun Baru Cina. Tapi tak meletup-letup macam mercun, cuma biji benihnya sahaja yang letup-letup kadangkala menghasilkan anak-anak pokok. Ianya juga dikenali sebagai fountain plant kerana pokoknya yang merimbun apabila berbunga macam air pancut di taman-taman awam. Boleh juga ditanam di dalam hanging basket ataupun di tepi-tepi kolam nampak menarik. Bila habis musim bunganya boleh sahaja buat hard pruning. Pokok bunga firecracker sukakan posisi yang mempunyai cahaya matahari yang banyak. Bila pokoknya sudah dewasa (well-established) ianya adalah drought-hardy plant. Ekstrak Methanol dari pokok ini dapat merangsangkan pertumbuhan rambut dari kajian ke atas tikus yang telah dijalankan. Pokok ini juga adalah pokok yang sedang giat dikaji untuk leukimia, diabetes dan anti-inflammotary.

~ Pokok Firecracker (Fountain plant/Coral Bush) ~

1 pot RM7.

Khamis, 7 November 2013

Kembalinya Musim Buah Alpine Strawberry

 Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang pokok-pokok alpine strawberry di Kebun Bahagia Bersama dah mula berbuah kembali apabila hujan mula kerap membasahi kebun di sini. Bila belek-belek hanging basket yang dah uzur ni baru perasan dah ada buah sedang membesar sebulan lebih lalu. Rasanya tak sesuai pakai hanging basket macam ni dengan cuaca di Lembah Klang baru lebih setengah tahun dipakai dah rabak duduk bergayut di bawah pokok Cempaka Putih.
 Semasa musim panas dan kering (Jun~Julai), pokok alpine strawberry tidak beberapa rasa hendak berbunga di cuaca Lembah Klang ini. Tetapi sebaliknya ketika itu, pokoknya akan mula fokus tenaganya untuk merimbun (multiply) seperti menghasilkan pokok-pokok yang baru. Oleh itu, salah satu kaedah untuk mendapat pokok-pokok baru ialah secara pembahagian (division) dari rumpunan pokok alpine strawberry. Timing nak separate pokok-pokok alpine strawberry kali ini, tukang kebun hampir terlambat sebab dah mula nak menghasilkan bunga sebab menanti cuaca kembali hujan di KBB. Dibahagikan juga sebab nak kena pindahkan tempat memandangkan basket pun dah nampak horror sangat terbiar 3 bulan rupa macam tu (nampak sangatlah pretty neglected). Sebenarnya tunggu musim hujan baru nak pindahkan.
 Syukur alhamdulillah setelah dipindahkan dengan pembahagian pokok-pokok baru, dah mula berbunga dan berbuah alpine strawberry. Pokok alpine strawberry akarnya tak panjang jadi boleh ditanam dalam pasu kecil pun tak mengapa cuma nak kena rajin siram kalau beberapa hari tak dapat air. Membesarkan pokok alpine strawberry dari biji benih tak sukar, apa yang penting ialah kesabaran. Tukang kebun pertama kali semai biji benih alpine strawberry di cuaca Mediteranean pun lepas ingat tak bercambah, setelah 3 bulan baru bercambah (sowing time tersilap siapa suruh semai masa pertengahan musim luruh). Selepas dari pengalaman tu dan pelbagai kisah, baru tukang kebun makin kenal dengan alpine strawberry tabiat hidupnya dan dapat mengagak masa paling sesuai untuk menyemai biji benihnya, semai dalam seminggu-dua jika semua condition ok kebarangkalian tinggi bercambah. Kalau tak, nanti 3 bulan lebih pula baru nampak pulak anak pokoknya. Di Kebun Bahagia Bersama tropical weather masa semaian paling optimum cuacanya ialah bulan November ~ Januari. Masa stage seedlings memang pertumbuhannya lambat sebab pokoknya lebih fokus kepada pertumbuhan akar. Nampak macam duduk diam, dalam diam berakar. Semaian alpine strawberry dari biji benih bulan Disember tahun lalu ada tukang kebun berikan kepada seorang kenalan guerrilla gardener berbangsa Cina yang duduk di Puchong, kenalan pun kata pertumbuhannya lambat bila singgah ke rumahnya di bulan Syawal nampak dah saiz nak matang sudah pokoknya dalam hanging basket. Tersenyum tukang kebun melihat keseronokkan seorang ayah membesarkan alpine strawberry untuk anak-anak perempuannya. 
 Biji-biji benih alpine strawberry adalah halus, jadi elok ditabur sahaja pada tanah jenis yang ada campuran pasir dan gembur mudah untuk biji-biji benih tersebut bercambah. Tapi pastikan bekas semaian bila disiram airnya tidak melimpah keluar di atas nanti hanyut keluar pula biji-biji benihnya.

 Rasanya tukang kebun dah hubungi semua yang telah membuat pre-orders biji benih alpine strawberry sebelum ini kecuali yang email tidak dapat dicari hampir sebulan lalu. Jadi yang belum dituntut tukang kebun beri peluang kepada gardeners lain untuk mencuba. Pokok alpine strawberry not on offer, cuma biji benih sahaja. Ada 2 jenis heirloom alpine strawberry dibekalkan untuk bulan ini.

 ~ Ali Baba Alpine Strawberry , anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 ~

~ Ruegan Alpine Strawberry, anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 ~                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Rabu, 6 November 2013

Round Pointed Lemon

 Kadang-kadang bentuk buah lemon jenis ini kerap ada yang mengingatkan limau kapas sebelum bertukar sepenuhnya kepada warna kuning. Tetapi sebenarnya ini adalah juga sejenis pokok buah lemon. Syukur alhamdulillah pokok buah lemon ini berbuah sepanjang tahun bila dah sampai usianya yang matang, cuma beza musim bilangan buahnya agak berbeza. Di cuaca Kebun Bahagia Bersama, production buah lemon musim lebat atau peak season ialah antara bulan November sehingga bulan March. Kekerapan hujan memainkan faktor yang penting di kebun kami ini yang kebanyakkannya hidup sendiri tanpa belaian. Tukang kebun tak pasti variety pokok lemon ini, jadi selalu tukang kebun refer as 'Round Pointed Lemon' sebab bentuknya bulat dan hujungnya ada ekor sikit. Berbeza dengan jenis-jenis pokok lemon di Kebun Bahagia Bersama, pokok ini semasa musim tidak panas dan kering dapat menghasilkan lebih dari 3 buah dalam satu gugusan, kalau musim yang pollinators rajin bekerja, satu gugusan sehingga 7 buah. Tetapi jumlah buah yang diberikan adalah lebih banyak berbanding dengan pokok buah lemon berbentuk bujur telor di kebun. Saiz buahnya tidaklah sebesar yang dijual di pasaraya diimport dari luar negara di Malaysia, jika tukang kebun buat perbandingan adalah seperti saiz lemon variety yang biasa dijual di pasaraya Jepun. 
 Semoga batch pertama anak-anak pokok lemon lalu telah selamat menyesuaikan diri di tempat baru. Batch pertama anak pokok-pokok lemon yang telah ditawarkan tempoh lalu kesemuanya sudah pindah bekas terakhir ke kebun-kebun lain pada minggu ini. Oleh itu, minggu ini tukang kebun release batch kedua anak-anak pokok lemon yang biji benihnya adalah dari pokok round pointed lemon gambar di atas. Ada kebarangkalian mereka akan tumbuh tidak menyerupai bondanya sebab tumbuh dari open-pollinated seeds, tetapi moga lebih mudah tumbuh di mana-mana kawasan di tanah rendah Malaysia seperti di Kebun Bahagia Bersama. Rasa-rasanya batch kedua ini, date of birthday-nya sekitar dalam bulan Julai dan ketinggian semuanya sudah melebihi 15cm. Musim-musim hujan ini lebih cepat nampak pokoknya membesar. Seperti biasa ulat yang bertanduk tu suka sangat daun-daun dari anak-anak pokok lemon, jadi tukang kebun penyek je ulat tu on the spot. Pernah baca dahulu, tak kan satu mahkluk tu sukakan bau bangkai yang spesies yang sama dengannya. Grow without any chemical or organic spraying, without any baja kimia.

~ Organic Round Pointed Lemon Tree ~

1 bekas RM15.00 .
Kos penghantaran RM15.00 .
Untuk jimatkan combine shipping kos penghantaran dengan menggunaka Prepaid Box Pos Laju Medium Saiz (RM20) boleh muatkan 2~3 pelbagai pokok bergantung kepada saiz yang ada di dalam stok terkini.
Tiada penambahan kos penghantaran untuk pesanan biji-biji benih.

Selasa, 5 November 2013

Salam Maal Hijrah, My First Baby Lotus

 Salam Maal Hijrah, Hari ini kebetulan kudup bunga lotus pertama yang tukang kebun tanam melalui biji benih asal dikutip dari lotus yang telah berdekad hidup di Kebun Bahagia Bersama serentak kembang menyambut Awal Muharam. Satu kegembiraan untuk seorang tukang kebun apabila percubaan pertama menanam biji benih lotus memberikan hasil mekar indah. Yang membuat tukang kebun rasa terpegun juga adalah belum lagi usianya mencecah setengah tahun (4-5months old?) disemai dari biji benih dari kebun sendiri sudah memberikan bunga.
 Seperti tukang kebun yang fanatic, asal usul my baby lotus kali ini kisah kelahirannya nak juga direkodkan. Gambar di atas adalah bondanya yang baru sahaja mula hendak berkembang.
 Ini pula bondanya in full bloom.
 Mula-mula tiada niat untuk mencuba, tetapi bila terpandang seed pod warisan dari bondanya tengok makin gemuk biji-biji benih lotus menjadi. Fikir apa salahnya nak cuba-cuba. Kalau bijinya gemuk tak mengecut menandakan good viable seeds seperti contoh di gambar bawah yang hijau dan hitam tanda adalah biji benih yang baik dan potensi bernas, manakala yang bahagian bawah berwarna kekuningan mengecut adalah yang tidak menjadi biji benihnya. 
 Bila satu bijinya sudah matang dalam seed pod lotus ini, tukang kebun pun ambil yang warna hitam tu dan masukkan dalam pasu di mana Louisiana Iris sedang hidup. Sekali tak disangka cepat biji benihnya bercambah dan mula mengeluarkan daun. 
 Cepat juga pertumbuhannya sebab tukang kebun alihkan anak pokoknya beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri tahun ini di dalam pasu yang standard saiz biasa dijual di mana-mana nursery. Tidak perlu beli pasu mahal-mahal pun pasu saiz macam jenis di gambar bawah pun memadai cuma perlu tutup lubangnya sahaja untuk menampung pokok lotus. Kalau ada balcony garden pun boleh ada pokok lotus ini tidak memakai ruang yang banyak. Tukang kebun tiada pakai baja special apa-apa, guna tahi kambing sahaja.  Jangan lupa letak ikan macam guppy dalam pot lotus untuk membanteras jentik-jentik. Ada ikan guppy warna-warni berenang dalam pasu lotus ini.
 The side view bunga lotus yang mekar hari ini, bersebelahan kudup bunga No.2 yang hopefully kembang mekar di Kebun Bahagia Bersama minggu ini juga. Mirip kepada bondanya. Hujan sebelah pagi di Kebun Bahagia Bersama hari ini, nasib baik pukul 11 pagi tadi sempat nak ambil gambarnya sebagai kenangan pertama lotus yang tukang kebun tanam sendiri dari biji benih.