
Antara jenis kain yang selesa dipakai tentunya ialah kain yang berkualiti 100% pure cotton, terutamanya untuk kulit si manja kita yang baru sahaja lahir. Sukar untuk mendapat kain cotton yang bukan dibesarkan secara organik di negara sedang membangun. Rata-rata kain cotton organic telah dipajak oleh brand-brand terkenal di negara Barat untuk membuat pakaian sebab banyak kesedaran dan demand supply di Negara Moden berkenaan lifestyle ke arah living with Organic Goods. Pokok-pokok cotton adalah antara tanaman yang banyak disembur dengan racun di ladang-ladang. Ibu di negara maju ramai sekarang telah bertukar menggunakan 'Modern Cloth Diaper' dan bukan disposable napkin yang after dispose juga tak reput-reput membuatkan tempat pembuangan sampah menggunung. Tukang kebun juga very impressed melihat hasil corak jahitan purely hand-made dari ibu yang berbakat menjahit Modern Cloth Diapers untuk anak mereka sendiri yang kemudiannya telah menjadi hobi mereka supply untuk ibu-ibu yang lain tak berbakat seperti tukang kebun. Yang unik coraknya hand-made sampai auction, syabas kepada ibu yang dahulunya career woman tapi mengambil keputusan bertukar kepada 'Stay at Home Mother' mengasah bakat yang terpendam tak disangka. For fathers, should be happy save a lot of money dan tak perlu kalut-kalut asyik nak kena pergi kedai beli pampers (akhirnya papa Abby dah reformed selepas dompetnya selamat dari membeli pampers, cukup belanja hanya sekali beli Modern Cloth Diapers, pakai ulang kali dan boleh gunakan untuk future adik). Di zaman sekarang pun, kita ada mesin basuh nak membantu. Ilhan pun masa bayi sensitive kulitnya, calit-calit ubat ruam pun tak de perubahan, kami tukar ke cloth nappy (lampin style lama) and Ilhan happy.
Semasa membesarkan baby, perbelanjaan di rumah pasti banyak budgetnya untuk membeli barang-barang bayi, salah satunya ialah tissue wiper untuk mencuci bahagian bawah baby. Kalau di rumah , home-grown fluffy cotton ball boleh juga digunakan untuk membersihkan bayi. Sama saja konsepnya dengan tissue wiper pakai buang, tapi percuma lebih cepat degradable. Boleh buat cotton bud sendiri. Yang pandai menjahit boleh buat pelbagai seperti bantal, ataupun mungkin boleh upah tolong jahitkan. Bagi mereka yang lebih kreatif pun boleh menghasilkan pelbagai cenderahati dari kapas.

Semasa zaman kanak-kanak dulu, tukang kebun selalu wonder asal usul cotton yang boleh menjadikan baju untuk kita melindungi badan dari panas dan sejuk. Dari dan Macam mana kapas yang putih fluffy ni terbentuk itulah soalan yang ada dahulu. Bila dah ada 3 anak barulah ada peluang nak explore dan educate diri sendiri kitaran hidup natural fibre cotton. Rasanya bagi cikgu untuk mencari idea projek kelas, projek memperkenalkan pertumbuhan asal usul natural fibre 'COTTON' as a suggestion. Gambar di atas adalah yang bahagian depan ialah anak-anak pokok cotton yang baru sahaja bercambah (sebelahnya adalah anak-anak pokok balsam). Musim hujan lebat ni boleh juga letak bekas semaian di bawah kanopi pokok untuk mengelakkan dari ditimpa hujan yang kuat tapi masih menerima tempias hujan.
Rupa bentuk daun pokok cotton macam tapak kaki dinosaur yang kecil (bahagia hidup di Petak No. 2).
Bunganya dari sudut tepi sedang berkembang dan berwarna creamy white. Menurut Pak WIKI, anggaran data terkini ada sekurang-kurangnya 50 spesis jenis cotton. Ada juga spesis cotton yang bunganya berwarna pure white, pink dan lain-lain. Jenis pokok-pokok yang kami ada sekarang ketinggiannya adalah antara 1 ~2.5 meter. Asal biji benih tanaman cotton di Kebun Bahagia Bersama yang dihadiahkan kepada Tukang Kebun adalah dari seorang Seed-Savers Ms. Paik Yin yang tinggal di kawasan Lembah Klang duduk di kawasan Taman tapi sangat menyukai konsep kebun permaculture. Katanya pokok cotton jenis ini sangat mudah tumbuh di rumahnya.
Bunga cotton menyerupai bunga raya sebab tergolong dalam keluarga Malvaceae, begitu juga dengan bendi dan rozel. Bunga cotton yang kembang penuh cantikkan, double bloom lagi.
Dalam diam-diam setelah kelopak bunganya gugur, membentuk kapas putih di dalam 'cotton bolls'. Seronok bila tengok bila dah terbuka dengan sendirinya nampak fluffy cotton di dalam.
Tanaman bukan sahaja memberikan makanan tapi juga pakaian kepada kita.
Ini bukan pokok kekabu (kapok). Ini pokok kapas (cotton). Besarnya bukan macam pokok kapok. Cuma mengambil masa 6~9 bulan untuk mula berbunga pokok kapas.
~ Open-Pollinated Fresh Cotton Seeds ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00)
Boleh pesan di kotak komen ataupun (kebunkmg@gmail.com).