Pokok buah mempelam telur ini sudah ada di kebun kami sejak kami berpindah dan sudah pun berbuah ketika itu. Satu-satunya mempelam telur kami ini mesti dah berpuluh tahun sebab kami sudah duduk sini sejak tahun 1994 lagi. Pokok mempelam ini tidak pernah menghampakan kami setiap tahun mesti berbuah sekurang-kurangnya 2 musim. Kami suka sangat buat jeruk mempelam ini dan selalu tak menyempat nak jerukkan lama dah habis di makan.
Banyak anak pokok mempelam yang bercambah dari biji mempelam yang di ratah oleh Tukang kebun Dany pada bulan Nov-Dec setelah dicampakkan ke tanah hingga nampak macam weed sahaja di tengah padang. Awal bulan December banyak anak-anak pokok mempelam telur tukang kebun gali dan pindahkan ke bekas-bekas yang di kitar semula sebelum kami potong rumput keliling rumah. Banyak juga yang anak-anak pokok tersebut sudah tumbuh tinggi seperti gambar di bawah yang diambil pada awal bulan December semasa dipindahkan.
Pokok mempelam telur penghantaran melalui Pos Laju hanya dalam Semenanjung Malaysia sahaja pada hari Isnin/Selasa setelai pembayaran diterima sebelum malam Ahad. Apabila sampai pokok ke destinasi buka kotak dengan segera dan seal plastik di bawah bekas pokok. Kemudian siram di tempat yang teduh. Pindahan pokok pada hari yang tidak panas dan pada sebelah petang adalah lebih elok.
1 bekas pokok mempelam telur (pauh ringan) (RM10).
Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)

















