No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 15 April 2015

Inti Lepat Pisang jadi Lempeng Pisang Inti Kelapa

  Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan tutup pagar depan, jalan ke arah berhampiran tempat letak kereta, bunga lotus dan di sebelah bawahnya bunga bawang hippeastrum mekar bahagia hari ini.
 Kemudian mari bersiar ke kebun Gardener Zihan di Sekinchan yang berkongsi mekar sunflower biji benih yang dikongsikan oleh Eira beberapa bulan lepas (related posting klik sini).
 Tukang kebun pun tumpang bahagia tengok Gardener Neta dah boleh tuai cotton bolls dari anak pokok yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. Sekarang dah besar bagai juara dan menghasilkan banyak kapas untuk kegunaan Gardener Neta sekeluarga di Lembah Klang.
 Antara tuaian Kebun Bahagia Bersama pada Isnin lepas seperti citrus, terung pipit, terung telunjuk dan petola segi. Terung telunjuk dan terung pipit dimasak ala pajeri.
 Tuaian pada hari Selasa pula seperti daun remayung merah, asparagus, sengkuang dan jambu air 'Pink Rose Apple'.
 Challenge minggu ini pula ialah nak habiskan setandan pisang nangka yang dah mula masak rebah pada ribut Ahad 5hb April 2015 (related posting klik sini). Snack dearest hubby bawa ke office pada hari Selasa sebalang mangga asam boi; hari Rabu pisang nangka goreng; esok hari Khamis lepat pisang. 
 Petang tadi lepas Tukang Kebun masuk rumah, housekeeper Kak Mizna dah selesai buat inti untuk lepat pisang. Tukang kebun tak buat pemerhati je sebab baru selesaikan kerja luar.

 Bahan-bahannya:

Pisang Nangka
Sebiji kelapa parut
Brown Sugar (ikut citarasa manisnya)
Tepung Gandum
Secubit garam (nak kasi rasa lemak)
Daun Pisang
Nak mudah semua masuk dalam blender, letak air masak sikit-sikit supaya tak jadi cair.
  Dah lama tukang kebun teringin nak makan lempeng pisang berinti Kelapa macam di "Teratak Bunda". Tapi lempeng pisang inti Kelapa tukang kebun lainlah ambil short cut atau bak kata orang putih 'Kill 2 birds in one stone'? Untuk style betul bolehlah jenguk dapur Bunda di Teratak Bunda ya. 

  Memandangkan tukang kebun pun tak de appetite nak makan nasi, jadi Kak Mizna kata inti lepat pisang ini pun sedap juga dibuat ala lempeng pisang. Maka Kak Mizna masakkan juga lempeng untuk tukang kebun beralas daun pisang di atas non-stick pan. Wah ~~~~~wanginya bau lempeng masak atas daun pisang. Abby berebut makan dengan tukang kebun sambil Kak Mizna isi inti lepat pisang dalam daun pisang. Dah habis selempeng, tukang kebun buat lagi satu kongsi dengan Abby.
 Ginseng jawa yang dituai sambil kemaskan Petak 1 tadi, sayur untuk dinner malam ini. Akar Ginseng jawa simpan boleh buat Phoenix Feet Soup nanti (related posting klik sini).

Selasa, 14 April 2015

Baka jambu air Pink Rose Apple

  Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ini membuatkan pokok-pokok jambu air di dalam Kebun Bahagia Bersama sungguh bahagia dan rajin menghasilkan buah-buah. Ada juga pokok jambu air yang dah berkali musim buahnya tahun ini. Habis sahaja musim buahnya terus ianya berputik bunga semula. Kitaran musim buah yang tidak putus-putus. 
 Bulan April ini antara baka jambu air yang meriah buahnya ialah jenis 'Pink Rose Apple'. Baka jambu air jenis 'Pink Rose Apple' buahnya besar dan lebar saiznya. Dari warna hijau yang muda perlahan-lahan akan bertukar ke warna pink apabila masak. Lumayan sungguh buahnya, entahlah berapa kilogram agaknya pokok di tepi kolam ini menghasilkan buah. Bila difikirkan buah-buah potong jambu air yang dijual di R&R lebuhraya yang dicolek dengan garam, kicap pedas atau asam seplastik pun boleh cecah RM2 dengan beberapa ulas. Kalau sekilogram pun jambu air di pasaran boleh dijual dengan RM8 sekilogram. Puasnya berkilogram dapat kami makan setiap hari semasa musim buahnya.
   Semasa hujan buah-buah yang dah masak banyak jatuh ke tanah. Isinya ada juga yang masih cantik belum dinoda sepenuhnya dengan ulat buah. Masalah utama buah jambu air biasanya ulat buah. Kekadang banyak kali nak fikir atau beringat kalau yang dijual secara komersial biasanya bunga dah berputik pun sudah dispray. Apatah lagi ketika buahnya membesar nak masak. Berapa kali spray dah agaknya nak kasi cantik. Dalam ladang besar buah jambu air begitulah fenomenanya dan mereka juga perlukan tenaga buruh yang banyak untuk balut-balut setiap buah supaya lalat buah tak suntik dan nampak cantik untuk dijual.
  Minggu lepas setiap hari untuk pastikan anak-anak itik dan ayam di dalam sangkar mendapat sumber nutrient yang pelbagai berapa pinggan besar tukang kebun kopek sebegini setiap hari untuk kasi diorang makan. Bolehlah jimat belanja kos makanan mereka seperti dedak dan jagung. Pelbagaikan makanan mereka dengan rezeki yang memang tak termakan dari kebun.
 Supaya itik-itik tak berkelakuan pelik lagi seperti itik muscovy maka kami cuba pelbagaikan makanan mereka. Berapa biji jambu air Pink Rose Apple mereka makan sehari agaknya seekor setiap hari what a luxury.
  Dari atas pokok jambu air Pink Rose Apple di tepi kolam kelihatan 5 ekor anak itik Muscovy sedang berehat di tepi kolam (Siapa nampak?)
 Itik-itik dah puas bermandi-manda dalam kolam yang dipenuhi air hujan bolehlah isi perut dengan banyaknya buah-buah jambu bersepahan jatuh di tepi kolam. Kolam tengah penuh dengan pelepah kelapa tunggu nak bakar pada hari tak hujan masa hujung minggu.
  Bulan ini diet Avian Pets di belakang selain dari campuran jagung dan dedak adalah jambu air dan tombong/isi kelapa. Yang tertanya-tanya macam mana nak agak ada tombong sudah di dalam kelapa tua boleh nampak di kelapa tua ada akar atau tunas yang kecil terkeluar dari sabut kelapa seperti gambar di bawah. Masa ini memang kegemaran mereka berebut-rebut. Agaknya itulah sebab ayam daging kami bela sendiri lebih lemak berkrim dari yang komersial punya. 
  Pemakanan sebegini supply juga dari kebun sendiri bolehlah jimat sikit kos makanan untuk Avian Pets di belakang. Masuk bulan April ini dengan bilangan-bilangan Avian Pets di belakang dengan pembesaran mereka, sekarang kami belanja sekurang-kurangnya RM55 seminggu untuk makanan unggas-unggas di belakang kebun. Mana taknya seminggu 1 guni 50kilogram habis untuk membesarkan mereka.
  InsyaAllah jika progress di Sangkar D nampak pembesarannya baik, ada kebarangkalian Kebun Bahagia Bersama open untuk bekalkan ayam kampung masa Raya jika ada extra stok untuk kegunaan KBB. Yang ini batch awal March 2015, umurnya dah nak masuk 6 minggu. Agak-agak masa nak dekat Raya, ayam kacukan kampung ini dah nak masuk 4 bulan. Yang ini kami bela dari baru lahir lagi. Pemakanan mereka awal bulan April ini selain dari dedak dan jagung, natural food yang diberikan juga ialah jambu air dan kelapa.
 Rasa-rasanya ada yang berminat nak dapat bekalan ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama nak dekat Raya nanti?

Isnin, 13 April 2015

Nasi Ayam with Asparagus

 Sabtu lepas kami mengemas di sekitar kawasan sangkar besar yang baru itik-itik telur dipindahkan hujung minggu sebelumnya (related posting klik sini). Sambil-sambil itu kelapa tua yang dah berguguran dikumpulkan di tempat stock kelapa tua untuk santan segar dan makanan ayam. Pisang yang tumbang ke tanah sebelah terpaksa pula ditebang dan cuba peram buahnya takut mengganggu kebun orang lain pula. Beberapa anak pokok pisang nangka yang tumbuh dikelilingnya juga dipindahkan ke tempat lain. Kemudian sebelah petang dearest hubby sembelih 2 ekor ayam daging.
 Ahad pagi pula ada urusan sekejap tidak dapat turun ke kebun, bila balik sudah tengahari. Jadi masa tengahari tersebut digunakan pula untuk menyembelih 4 ekor ayam daging lagi untuk stok peti ais. Masing-masing pegang 2 ekor ayam yang telah dipilih dikeluarkan dari kandang di bawa ke belakang rumah di bawah pokok durian. Sambil satu-persatu ayam disembelih, Ilhan tolong jaga ayam duduk bawah bakul baju kejap dari terkeluar. Anak-anak pun dah biasa sekarang tengok cara ayam disembelih.
 Sementara tunggu dearest hubby kemas-kemaskan bulu ayam daging yang sudah disembelih, tukang kebun masak seekor ayam yang disembelih pada hari Sabtu. Kemudian sementara tunggu dearest hubby selesaikan semua, ambil seekor ayam yang baru disembelih dan rebus untuk persiapan nasi ayam dinner pula. Pada hari Ahad 2 ekor ayam daging kami sekeluarga nikmati bersama-sama untuk lunch dan dinner. What a luxury kan ayam daging segar bela dari kebun sendiri. Lenguh juga nak cabut-cabut bulu direct 4 ekor ayam, tapi bila papa tengok Ilhan, Rayyan dan Abby makan daging ayam dengan seleranya rasa puas hati. Rayyan tak kuat makan pun terkejut dengar nak tambah nasi lagi sambil makan ayam. 
  Hujung minggu baru-baru ini semua ayamnya sihat-sihat belaka. Dearest husband kata ayam daging kita bela ini lemaknya lebih tebal berbanding dengan yang dijual komersial di kedai. Mungkin sebab pemakanan agaknya, tak tahulah sebab ayam daging ni suka makan tombong dan isi kelapa jadi lemak berkrim agaknya. Kemudian kaki-kaki ayam yang baru sembelih ni tak nampak pucat macam dijual di pasar warnanya kuning bersinar. Simpan stok kemudian untuk masak lauk kaki ayam pula. Tukang kebun masih tak berapa reti makan kaki ayam, jadi moga anak-anak tak jadi macam mama dia nak kena educate nothing go to waste. Help cadangan-cadangan masak apa best dengan kaki ayam ni?
  Cuma sampai sekarang kami masih tertanya-tanya kenapa sayap ayam daging ini rapuh mudah patah tak seperti kepak ayam yang dijual secara komersial. Mungkin sebab ayam-ayam yang dibela di Kebun Bahagia Bersama ini tak pernah disuntik apa-apa. Dengar yang komersial berapa kali selalu bahagian sayap kena suntikan jadi mungkin pejal jadi sayapnya.
 Sebelah petang pula sambil-sambil panggil AVIAN PETS di belakang masuk tido dalam sangkar tukang kebun lekas-lekas tuai Asparagus yang ada. Seronok 3 jenis asparagus dapat dituai macam Connover's Collosal, Mary Washington dan Jersey Giant serentak semalam for dinner sayur dengan Nasi Ayam. Takde prepare special sangat pun. Kuah yang ada terlebih peram untuk ayam tukang kebun buat campur je jadi bahan kuah goreng asparagus.
 Seperti Ahad lepas, sebelah petang hujan ribut datang lagi. Kelam kabut berkejaran nak menuai buah-buahan yang ada di keliling rumah. Tukang kebun menuai buah-buah katak puru di depan rumah, Dearest hubby dan Ilhan tuai buah-buah mempelam telur dekat dapur. Kemudian berkejaran kami suami isteri ke kebun belakang tuai buah canistel pula dah rintik-rintik, kemudian boom hujan. Abby peminat setia buah katak puru setiap minggu kena buat katak puru assam boi untuk Abby.
  Hari ini pengeposan untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama kandungannya ialah Buah Canistel, Katak Puru dan Mempelam Telur. Minggu ini rezeki Katak Puru banyak dari minggu lain jadi rezeki giliran yang menunggu Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos hari ini lebih dari minggu lain (InsyaAllah kalau internet stable, malam ini tukang kebun email tracking no.). Ribut hujan tak sempat nak pusing-pusing petik yang lain. Yang tak terima minggu ini dah reserved awal lagi sebelum semalam, InsyaAllah minggu depan Kebun Bahagia Bersama pos. Jadi slot depan dah fully reserved. 
   
 Minggu ini kami buka semula Pre-Orders Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk 1 kilogram buah canistel + hampir 1 kilogram tuaian segar of the weekend dari Kebun Bahagia Bersama (RM7 Jumlah kandungan 2 kilogram fresh goodies dari KBB) + kos penghantaran dalam kawasan Semenanjung Malaysia sahaja RM13 , jadi jumlah 1 pek Pasar Online ialah RM20. Boleh buat pesanan email (kebunkmg@gmail.com).

  Tukang kebun baru siap buat 3 balang mangga assam boi tadi dari tuaian semalam. Niat di hati ingat sebalang nak kongsi rezeki dengan office mate dearest hubby, lagi sebalang untuk Nanny yang jaga Rayyan lepas habis tadika di Shah Alam, dan sebalang stok dapur Kebun Bahagia Bersama. Ramai peminat asam dalam kebun ini. Sejak mempelam dan katak puru ni rajin berbuah, setiap minggu kami buat mangga dan katak puru assam boi. Abby rajin snacking ini tiap hari. Buat sendiri tak takut sangat takde bahan pengawet tiruan. 

Ahad, 12 April 2015

Aiza Taman Setia Indah Garden

  Sementara tukang kebun tengah tunggu nasi untuk nasi ayam dah tanak (lauk dah siap, nasi pula belum lagi) for dinner, bolehlah bawa rakan-rakan gardeners lain bersiar-siar ke kebun Aiza di Taman Setia Indah, Johor. Baik hati Gardener Aiza berkongsi gambar progress tumbuhan air dan biji benih yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas. Water Hyacinth atau dikenali juga keladi bunting pun sudah berkali-kali mekar di Kebun Aiza.
 Water Poppy pula sedang beranak-pinak tukang kebun tengok dah ada sulur-sulur baru dihasilkan kejap je nanti penuh pasu dan bila dah serasi, InsyaAllah akan menghasilkan bunga kuning tidak putus-putus juga.
 Biji-biji benih bunga telang dan kacang buncis Blue Lake pun dah bercambah nak mula membesar di kebun Aiza. InsyaAllah bulan puasa banyak bunga telang boleh buat sirap biru atau kasi warna nasi kerabu naturally.
 Keratan mulberry pun setelah 2 minggu nampak subur dah keluar pucuk baru membesar.
 Hari ini Sis Hayyat yang duduk di Sabah pun berkongsi maklumat mengenai Majlis Pelancaran Program Jom Bertani & Pertanian Bandar telah dianjurkan untuk peringkat Sabah semalam.
  InsyaAllah objektif-objektif yang disenaraikan dalam column 'Pertanian Bandar' dan 'Jom Bertani' boleh dicapai oleh peminat gardenings lain juga. Tukang kebun rasa InsyaAllah boleh, rasanya dalam column Jom Bertani ada yang sudah dapat dicapai dalam Kebun Bahagia Bersama. What do you think?
Jom Kita Bertani.

Nak dinner dah ni berapa kali anak-anak panggil dah masak katanya.

Sabtu, 11 April 2015

Waltham Butternut Pumpkin

 Antara jenis labu yang mudah tumbuh di Tanah Rendah Lembah Klang yang dah berapa kali tukang kebun berjaya tanam ialah jenis Labu Waltham Butternut. Warna kulitnya creamy cerah dan bentuk macam buah pear. Labu yang masak isinya warna oren. Saiznya sederhana. Antara sebab ianya antara labu yang tukang kebun suka tanam sebab pokoknya tak messy dan memakai ruang sangat mudah nak train pokoknya. 
 Ini bukan kebun orang putih tau ini kebun orang melayu kulit sawo matang, nampak tak dalam gambar No, 2 pokok serai baru nak merumpun dan ada nampak daun pokok bendi menyelit juga. Musim batch menanam gambar-gambar labu Waltham Butternut ini adalah di Petak 3. Petak 3 ini tanahnya jenis agak berpasir sedikit sebab bekas sangkar Avian dahulu.
  Seperti adik beradik timun, pokok labu Waltham Butternut juga ada bunga jantan dan bunga betina. Bunga jantan tiada buah kecil di belakang bunganya (Gambar No. 3). Manakala seperti Gambar No. 4 bunga betina ada buah labu kecil di belakangnya. Untuk buah labu menjadi dan membentuk membesar, pendebungaan bunga jantan ke bunga betina adalah penting. Sekiranya awal pagi dah hujan walaupun bunga sedang kembang, biasanya tak menjadi kalau hujan dah cium dahulu. Tapi bunga-bunga dan buah-buah comel itu boleh je dituai untuk dibuat sayur. Buat masak lemak putih pun sedap. Kalau malas nak perah santan, goreng tumis gitu pun boleh. Nak buat tempura pun boleh.
 Buah muda labu Waltham Butternut pumpkin masa muda berwarna hijau dan ada jalur-jalur putih macam zebra pula. Kalau pendebungaan tak menjadi biasanya buah kecil itu akan mengecut dan menguning.
 Sekiranya buahnya menjadi akan makin membesarlah. Ramai peminat labu Waltham Butternut Pumpkin ini datang rajin menjenguk malam-malam. Bila pagi tengok siap ada tanda bahan buangan diorang lagi (Nampak tak dalam gambar last tu). Kekadang ada kesan tebuk pun ada. Biasanya walaupun belum masak tapi dah kena tebuk tukang kebun tuai je terus boleh buat sayur pun. Hiris-hiris isinya tumis dengan ikan bilis, bawang dan cili makan dengan nasi panas pun sedap juga. Kalau labu Waltham Butternut pumpkin yang ranum betul boleh simpan dengan baik beberapa bulan di tempat kering dan nyaman. Kalau tuai muda kenalah buat macam sayur lain masak as soon as possible.

~ Labu Waltham Butternut ~
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

Jumaat, 10 April 2015

Ribut Petang Ahad

   Hujung minggu lepas 18 ekor itik-itik telur yang di Sangkar E telah dipindahkan ke sangkar lebih besar yang dearest hubby kemaskan beberapa minggu lalu. Sekarang ruang untuk mereka berlegar-legar sudah lebih 3 kali ganda. InsyaAllah hujung minggu ini akan testing dilepaskan pada siang hari. Sementara ini nak kasi biasa dengan kandang baru dahulu supaya mudah nak direct mereka pulang ke kandang bila dah senja. Cepatkan mereka membesar? Baru sahaja 6 minggu lebih dah besar begitu. Awal bulan March dulu masih duduk dalam sangkar nursery seperti di bawah. Minggu ini tukang kebun tumpangkan 3 ekor itik Muscovy duduk bersama-sama itik-itik telur dulu. Tengok tu Itik Muscovy yang seminggu muda sebenarnya lebih gemok dari itik telur.
  Sambil berehat dapatlah teguk air kelapa muda dari kebun. Terkejut tukang kebun bila dearest hubby kata sekarang 1 biji kelapa muda pun boleh berharga RM4. Betul ke? Tempat kawan-kawan berapa harganya? Tukang kebun ni yang jarang keluar dari kebun tak serba tahu dengan harga terkini. Sehingga hari Jumaat ini kami masih belum lagi ada bayar GST 6% lagi belum keluar beli barang yang dikenakan GST. Beli pun cuma fresh produce macam seafood dan tempe macam tu je di kedai kampung ini.
  Buah jambu air jenis ini pula sedang meriah berbuah di tepi kolam. Itik-itik kalau dah puas berenang dalam kolam bolehlah isi perut dengan buah jambu air yang banyak jatuh. Syukur Alhamdulillah pelbagai jenis jambu air dalam kebun satu persatu dapat rezeki. Kalau jenis jambu air ini panggil apa ya?
  Bila nak masuk rumah rasanya nak hampir pukul 3 kut tiba-tiba hujan ribut datang. Berlari kami suami isteri masuk rumah. Sebelah petang lepas ribut dah lepas, tukang kebun risau pergilah ke belakang nak jenguk itik-itik muscovy yang bebas berkeliaran di kebun dan itik telur yang baru dipindahkan. Adui terkejut banyak pokok tumbang macam pokok pisang, betik dan ubi kayu. Ada juga dahan-dahan pokok besar yang patah. Tapi dalam hati tukang kebun bersyukur juga, nasib baik semalam tiba-tiba niat di hati ini bertukar rasa nak pindahkan mana-mana pokok pisang yang boleh (syukur di atas hidayah diberikan oleh-NYA). Rupa-rupanya hari Ahad petang hujan ribut. Terpaksalah tukang kebun tunggu dearest hubby balik hantar Rayyan dan Ilhan ke taekwando. Dearest hubby pun kata di tepi jalan utama banyak pokok tumbang, bandaran tengah potong alih-alihkan. Nasib Sabtu memang dah banyak pindahkan pokok-pokok pisang, kalau tak lagi parah banyak yang tumbang. Jadi cuma 5 pokok pisang besar sahaja rebah all together masa ribut petang Ahad.
 Rumpun pisang ni yang kami biarkan sebab dah agak kalau usik memang rebah masa Sabtu lepas. Hari Ahad dah tumbang macam ini, sayang pokoknya terpaksalah kami pisah-pisahkan dan tanam semula. Yang ini okay lagi nak pindah 2 orang, yang pokok pisang merah matang rebah berhampiran ampaian paling seksa. Sampai dearest hubby dah nak give up tak boleh gerak tanya boleh tak potong je belah atas. Sebab tukang kebun sayangkan dia (dahlah baka rare nanti Big Boss terkilan), tiba-tiba teringat masa zaman tamadun Egypt dulu macam manalah orang-orang angkut batu besar macam monument penuh dengan hieroglyphics untuk kasi hadiah dekat kerajaan lain. Hubby kata sebab ramai orang. Tukang kebun kata mana mungkin kalau ramai orang, itu bawa batu kut ini baru batang pisang gemuk besar. InsyaAllah 2 orang pun boleh. So cuba-cubalah jadikan cangkul panjang tu as lever letak bawah pokok bila hubby dah cuba pegang ianya menegak nak masukkan dalam lubang. Sikit-sikit tukang kebun tekan cangkul tu up and down bergerak jugalah sambil husband direct batangnya nak kasi masuk lubang. Dah masuk lubang tukang kebun pula peluk batang pisang, sambil husband masukkan tanah padatkan semula. 

  Hai hujung minggu lepas siang hari banyak peluk batang-batang pisang. Lepas tu setiap petang bukan lagi berjogging dalam kebun bila dah senja, berlari kejar nak suruh itik-itik Muscovy tak dengar kata masuk dalam kandang. Kena main kepong-kepong. Sampai Ilhan pun lepas ambil sekolah kena ajak main kepong-kepong itik muscovy. Kekadang ada rasa tak kuasa nak biarkan je tapi nanti tidur tak lena teringat ada tak jadi mangsa Big Bad Wolf. Malam memang lena tidur awallah sekarang. Tak perlu nak ke gym, dah banyak macam-macam exercise dalam kebun tu. Hujung minggu angkat berat pokok pisang, weekdays kejar anak itik Muscovy macam nak training panjat gunung dah ni. Sampai dearest husband pun kata hai tukang kebun sekarang ni tiap malam cepatnya terlelap dibuai mimpi.
  Sebab ribut 2 pokok pisang nangka patah batangnya yang sedang berbuah. Terpaksalah cuba-cuba peram masuk rumah. Pokok ubi kayu pun sampai boleh terangkat ubinya keluar dari tanah. Terkejut juga tengok pokok ubi kayu yang belum berusia 6 bulan yang dearest hubby tanam Oktober lepas (related posting klik here) dah berisi rupanya. Makan kerepek ubi lah kami minggu ini. 

 Disebabkan petang ribut banyak pokok-pokok tumbang tak sempat nak sembelih ayam daging seperti yang dirancang. Jadi anak-anak minggu ini tak makanlah daging ayam (break record) sebab mama diorang tekad April tak beli ayam. Ilhan biasanya kuat makan ayam, sukar nak makan ikan kalau ada tulang, jadi bila ada ikan goreng, mulalah dalih nak lauk lebihan dinner semalam ada masak berlada tapioca stick sanggup ratah yang tu sebelum ke Sekolah Kebangsaan. Sekarang ni nak educate anak eat local fresh harvest, apa rezeki yang ada je jangan memilih. Apa yang ada dekat kebun tu.

~ 7 keratan ubi kayu RM5.00 ~

Atau novice gardener or not novice boleh juga mix dengan tumbuhan lain '3 for RM10' seperti dalam pilihan page ' 3 plants mix for RM10 '. 

Khamis, 9 April 2015

Pisang Tembaga

 Sebelum tukang kebun mula celoteh berpanjangan, kena terus terang dulu Tukang Kebun tak berapa pasti jenis pisang merah yang ada dalam Kebun Bahagia Bersama ini species yang mana satu. Bila tanya tuan tanah pun tak berani nak confirm sebab dia kata baka yang ini diimport balik dari Sabah. Tuan tanah kata kalau dekat Semenanjung Malaysia ini biasanya pisang merah dikenali sebagai jenis pisang raja udang atau juga dipanggil Pisang Tembaga. Sebab dia bawa balik dari Borneo so Tuan Tanah also said he cannot confirm 100% yang ini baka sama di Semenanjung Malaysia atau tidak. Ada satu jenis pisang merah yang jual dekat Tamu kekadang diorang panggil macam ada bunyi tanduk kerbau ke apa tak ingat sangat samar-samar dalam memoryku. Mungkin ada pembaca-pembaca dari Sabah dapat membantu bagi panduan nama-nama jenis Pisang Merah yang dapat diperoleh dari sana.  
  Pisang merah ini masa bila dah ranum betul dah mula bertukar ke warna hijau kegelapan terbalik pula macam gambar No. 1. Pisang kuning biasa tu muda warna hijau sehingga betul ranum warna kuning keemasan pula kan. Pokok pisang ini semasa kecil pokoknya juga dah boleh dibezakan dengan batangnya berwarna merah itu (Gambar No. 2). Bila pokoknya dah besar meninggi batang pelepahnya juga berwarna kemerah-merahan (Gambar No.3). Pokok pisang merah ini jenis tinggi ya. Tapi taklah sebesar pokok pisang abu. Lebih kurang besar macam anak-beranak pokok pisang nangka. 

 Tengok dekat background gambar No. 2 macam banyak lagi kawasan nak selit-selitkan susun anak pokok pisang kan. Sudah dilaksanakan tapi habis angsa-angsa dan turkey betina dulu ratah anak-anak pokok pisang dengan rakusnya. Itu sebab tukang kebun malas nak pindahkan anak-anak pokok pisang awal-awal, biar tinggi dulu baru dipindahkan. Ini pun nak kasi lagi terang kawasan itu kena pruning pokok-pokok rambutan dahulu. Tapi pokok-pokok rambutan bulan April ini dah mula berbunga pula. Jadi kenalah tunggu sampai dah lepas musim buah pokok rambutan nanti baru dapat pruning.
  Pokok pisang merah ini masa buahnya muda sangatlah merah atau more to maroon-ish warnanya (Gambar No. 4). Buah pisang merah ini rasanya sangat manis lemak dan beraroma wangi. Masa tukang kebun duduk merantau 6 tahun dekat Jepun dulu ada juga nampak jual pisang merah. Harga sebiji pisang merah lebih mahal dari sesikat jenis pisang berangan yang dijual di supermarket Jepun. Ada sumber mengatakan di sesetengah tempat pisang merah lebih digemari dan harganya lebih mahal di Middle East. 

  Dekat tanahair kita pula ada cerita dogeng pasal ada Raja zaman dahulu kala tak benarkan makan pisang raja udang (silalah google ceritanya). Tapi tukang kebun ini jenis setianya tak macam Hang Tuah, sebab tukang kebun percaya Allah tak pernah melarang umatnya makan pisang merah ini. Cuma satu buah yang dilarang, itupun Nabi Adam tak mampu lawan godaan kena turun duduk di bumi. Ada pula hubungkait keturunan ini itu tak boleh makan buah ini. Tukang kebun keturunan Nabi Adam Syukur Alhamdulillah sedap dapat makan pisang merah. Pisang merah ini juga kandungan nutrition pun ada juga slight perbezaan dengan pisang kuning.

 Tukang kebun keturunan nabi Adam, dan agama-agama lain seperti Christian ataupun yang percaya kepada kitab-kitab yang Allah wahyukan kepada Nabi tertentu all of us adalah keturunan Nabi Adam. Paling tukang kebun takut kalau kita asyik-asyik bermegah sebut pasal keturunan darah ini itu kita lupa yang semua sama sahaja asal keturunan Nabi Adam. Sama bangsa pun kekadang bergaduh sebab masing-masing berpuak-puak kata keturunannya lebih baik. Zaman sekarang pun kita masih dapat tengok perkara ini berlaku tak aman negara-negara tersebut seperti di Afrika dan Timur Tengah tak habis nak berpuak-puak padahal spesies sama. Moga kita percaya tak kira bangsa, keturunan, pangkat dan darjat, kita semua adalah sama (we're equal). 

 ~ Pisang Merah / Pisang Raja Udang/ Pisang Tembaga ~
1 moist bare-rooted tunas anak pokok RM15.00 .