Pada tahun 2013 ini, kebun bahagia bersama bukan sahaja menerima pesanan biji benih tetapi juga anak-anak pokok yang dapat kami buat penghantaran melalui pos laju untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Pokok bunga peace lily berasal dari benua Amerika yang beriklim tropika dan Asia Tenggara. Tetapi disebabkan ianya berasal dari kawasan tropika, pokok bunga peace lily mudah tumbuh di Malaysia. Pokok bunga peace lily yang berwarna putih ini bahagia duduk di kebun kami dan banyak memenuhi pelbagai sudut di kebun kami tanpa perlu penjagaan rapi. Tuan punya kebun telah berpesan untuk memindahkan sebahagian pokok ini ke merata-rata sudut tamannya yang lain. Banyak lebihan anak-anak pokok yang boleh berhijrah ke taman lain.

Pokok bunga peace lily selesa dengan keadaan tanah yang moist atau keadaan humidity/ kelembapan yang tinggi. Sekiranya kawasan saudara saudari tidak menerima banyak cahaya matahari tetapi ada filtered light or dappled light boleh tanam pokok bunga ini sebagai penyeri di ruang tersebut. Gambar di atas adalah pokok-pokok bunga peace lily yang tumbuh di bawah pergola dan tidak menerima cahaya matahari secara direct sebab pergola dipenuhi dengan daun dahan pokok markisa di bahagian atas pergola. Bunganya boleh dipotong untuk digunakan sebagai bunga hiasan dan tahan lama. Yang lebih menarik juga bunganya mempunyai bau yang fragrant. Oleh itu, serangga ini tertarik dengan bunga putih anthurium. Walaupun nampak 2 ekor sahaja serangga ini tetapi sebelum tukang kebun ambil gambar spike bunga tersebut dipenuhi dengan serangga-serangga ini. Bila tukang kebun dekat fokus mahu ambil gambar banyak berterbangan lari. Pokok bunga ini juga sesuai ditanam dalam pasu.

Bagi pesanan pokok bunga peace lily warna putih ini, Tukang-tukang kebun akan memilih pokok yang sekurang-kurang tingginya sudah melebihi 20cm dan mempunyai akar yang bagus. Akar pokok ini akan dibalut dengan kertas/natural sponge yang basah untuk penghantaran dengan pos laju. Apabila sampai pokok ini ke destinasi barunya segeralah tanam secepat mungkin dan tanam di tempat yang teduh dahulu untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Penghantaran untuk pesanan pokok hanya dibuat pada hari Isnin/Selasa bagi memastikan pokok tidak transit lama dengan POS Malaysia.
Gambar pokok-pokok peace lily bare-rooted yang diambil untuk karnival Si Jantung hati bulan lepas.
1pokok bunga peace lily (RM7)
Email pesanan (kebunkmg.gmail.com)