No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 12 Julai 2020

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper

Syukur Alhamdulillah awal bulan ini di Kebun Kingfisher Big Boss banyak hasil dari pokok buah pisang nipah. Semasa menunggu tandan pisang buah nipah masak bolehlah kita nikmati jantung pisang buah nipah ni terdahulu. Antara kebiasaan masakan jantung pisang ialah masak gulai lemak. Posting kali ini Tukang Kebun share aksi-aksi tuai pokok pisang nipah seperti video di bawah ini:


Cabaran nak kasi tumbang potong pokok nipah di Kebun Kingfisher ialah arah nak kasi tumbang sebab ruang yang padat antara pokok-pokok yang ditanam ceroboh reserve tanah parit (guerilla gardening). Tambahan pula pokok pisang nipah ni batangnya besar dan tinggi. Kalau tanah subur lagilah besar batangnya mengalahkan pokok kelapa. Tukang Kebun memang mengelak tuai sendiri pokok pisang nipah, kena tunggu my pendekar balik rumah dululah ya. Antara lauk yang hidangan dari bahan jantung pisang yang digemari baru-baru ini adalah Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Pepper seperti perkongsian di video di bawah ini:

Jantung Pisang Rebus Goreng Berlada Black Peper

1 jantung pisang rebus (pisang abu/nipah/sabah) yang dicelur bersama garam.
Segenggam ikan bilis yang telah digoreng

Bahan Kisaran:
15 cili padi
2 atau 3 bawang merah
1 bawang bombay
1 sudu besar biji lada hitam

Perisa:
1 sudu besar kicap lemak manis
secubit garam


Semasa musim recovery Covid-19 ini Kebun Bahagia Bersama buka semula pesanan untuk sulur anak pokok pisang untuk dipos atau diambil sendiri. Ni stok asli ya bukan stok kultur tisu jadi ianya lebih cepat membesar menghasilkan buah berbanding kultur tisu. Kalau yang self-collect memang disediakan stok sedia ada yang sulur besarlah available di kebun lagi. Jika by pos kena tengok saiz kotak dahulu dan beratnya.

Jenis-jenis sulur anak pokok pisang yang ada minggu ini selagi stok masih ada:

Pokok pisang Tembaga/Raja Udang (RM20.00) (Link).
Pokok pisang Kadau (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Nangka (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Berangan (RM10.00)
Pokok pisang Mas batang merah (RM10.00) (Link).
Pokok pisang Bantan (RM8.00) (Link).
Pokok pisang bunga hiasan (RM7.00) (Link)

Sabtu (18/07/2020) dan Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Servis Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup contact Nizam : 019-293-1340 .

Sabtu, 11 Julai 2020

Cuba Pertama Kali Pajeri Kedondong


Syukur Alhamdulillah musim kawalan pergerakkan Covid-19 rezeki buah kedondong tak putus-putus pula di Teratak Kiulu Lodge.  Terpaksalah memikirkan selain dari nak preserve dengan cara jeruk boleh preserve macam mana pula. Dengan bantuan YouTube terjumpalah resepi pajeri kedondong terasa teruja nak cuba. Pajeri Kedondong ni pun boleh tahan lama jika disimpan dengan baik di dalam peti ais, jika dipanaskan semula pun makin sedap rasanya. Kekadang ada sahaja hari yang tak sempat nak masak, bolehlah keluarkan lauk lebihan yang ada standby dalam peti ais untuk dipanaskan.

Video di bawah ni kenangan percubaan Tukang Kebun pertama kali cuba buat pajeri kedondong:



Bila mood malas masak untuk makan tengahari dan rasa-rasa macam belah petang nak hujan, biasanya Tukang Kebun masak sup tulang je. Sup tulang kan dah sediakan bahan masuk-masukkan bahan aje lepas tu biarkan sehingga daging di tulang tu sudah empuk. Sementara nak tunggu daging empuk boleh buat kerja lain. Kebetulan sambil ambil buah kedondong ada ternampak pokok-pokok mulberry yang ada daun pucuk muda kita petiklah sekali. Dah sup tulang hampir nak siap, cuci daun pucuk mulberry dan masukkan ke dalam sup. 

Macam video di bawah ini sambil masak sup tulang, ronda-ronda kebun.



Jika ada berminat untuk tanam pokok mulberry, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan keratan segar buah mulberry merah dan buah mulberry putih. Jika nak masuk sup, pucuk daun buah mulberry putih lagi enak ya. Yang pucuk daun buah mulberry merah juga boleh buat masakan seperti video di atas.

7 keratan buah mulberry merah RM10.00 .
4 keratan buah mulberry putih RM15.00  .
6 biji buah kelapa tua RM10.00 (self-collect only) .
5 biji kukur buah kelapa tua (fresh baru diparut) RM10.00 (self-collect only) .
1 beg tanah bakar RM5.00 (self-collect only).

Ahad (12/07/2020), Sabtu (18/07/2020), Ahad (19/07/2020) boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

Penghantaran di area Bukit Jelutong, Shah Alam pada hari Isnin hingga Jumaat (13/07/2020 ~ 17/07/2020) untuk pesanan lebih dari RM50.00 .

Pesanan boleh wassup message (019-293-1340) .

Isnin, 6 Julai 2020

Pertemuan anak burung wak wak bila sedia roti tirai biru ke roti tirai hijau

Bulan Syawal lalu setiap minggu anak-anak buat permintaan roti tirai. 

Mula-mula cuba guna pewarna asli untuk roti tirai warna biru gunakan Bunga Telang.

ROTI TIRAI BIRU IN THE MAKING (LINK)
https://youtu.be/bS1_RreDSyc

Kemudian anak-anak nak challenge roti tirai warna lain pula.

Kita masak pula Roti tirai warna hijau gunakan bahan pewarna asli iaitu daun suji atau pandan serani. 

Bila kita gunakan pewarna asli dapat manfaat lebih juga dari ektrak bunga telang dan daun suji. 


Pokok Daun Suji mudah dijaga dan boleh dijadikan perhiasaan indoors dalam pasu atau kawasan kurang bercahaya kerana ia boleh hidup dengan bahagia di tempat tidak mendapat cahaya secara langsung yang banyak. 

Tips Penjagaan Pokok Daun Suji dan the making of roti tirai hijau boleh tonton video di bawah (LINK) 

https://youtu.be/3iofcy6I3T0

Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan pokok daun suji/pandan serani untuk satu bekas pokok RM10.

Yang berminat boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh pada pukul 9.00pagi hari Ahad ini (info lanjut boleh wassup Contact Nizam 0192931340). 

Ada satu hari ingat nak buat roti tirai biru dan pesan kepada Rayyan untuk sediakan air extract Bunga telang. 

Sebab asyik bermain sampai air rebusan kering dan tak nak Tukang Kebun membebel dalam diam si Rayyan buat strategy sediakan air extract daun suji pula sebelum maknya perasan. Dah diajar cara nak buat dengan initiative sendiri Rayyan dan Abby pun pergi lah senyap-senyap kebun belakang ambil daun suji. Masa ambil berdekatan dengan kawasan pokok daun suji mereka berdua terserempak dengan anak burung hitam. Tak jumpa sarangnya lalu diangkut la anak burung hitam bersama daun suji masuk rumah. Dah selesai sedia air extract daun suji, seronok bergegas lah naik atas bilik tunjuk Tukang Kebun anak burung yang di bawa baliknya. Terkebil-kebil mata maknya tengok ni jenis burung apa ni macam anak ayam warna hitam je (pandai si Rayyan distract fokus maknya tak kena marah harimau).

Nak tahu anak burung apa boleh tonton video ini (LINK)

https://youtu.be/mU7LK5chJes

Siapa pernah makan jenis burung di atas dan di bawah ini? 

Selang sehari pula tetamu burung lain pula datang melawat dengan ketuk yang kuat di tingkap kaca(LINK) 

https://youtu.be/1QQPf6IwCY8


Tak lama lagi anak-anak pun sudah kembali pergi ke sekolah. 

Jumaat, 5 Jun 2020

Serunding Bunga Kantan Kingfisher


Di kebun belah Kingfisher ni tempat menanam sebenarnya adalah di luar kawasan milik tapak perumahan. Jadi kebun ini boleh dikategorikan sebagai "Guerilla Gardening" menggunakan tanah awam atau reserve yang tidak digunakan. Sekarang ni penuh dengan barisan pokok-pokok pisang Saba kalau orang Sabah panggil lah. Pisang Saba ni jika di Semenanjung Malaysia lebih dikenali dengan panggilan kalau Tukang Kebun tak silap lah pisang Abu atau pisang Nipah. Aiyak keliru kejap pisang Saba ni belakang ada 'H' atau tidak??? (mohon komen perbetulkan Tukang Kebun). 

Yang mengenali susuk pokok pisang Saba ni pasti tahu pokok ni kalau subur pertumbuhannya memang jenis pokok pisang yang besar dan tinggi. Ahem nak tuai buahnya kalau Tukang Kebun seorang memang fikir banyak kali hahaha... Pokok pisang Saba ni memang kegemaran buat goreng pisang. Maka bila dah beranak pinak pokok-pokok pisang Abu ni lama kelamaan kawasan tepi luar rumah yang kosong dahulu di tepi Parit dah tak nampak. Sudah nampak macam hutan kecil semulajadi menyejukkan rumah dan melindungi pemandangan yang tak indah belah parit tu. 

Syukur Alhamdulillah di bawah kanopi pelepah-pelepah daun pisang Saba yang redup ni ada tumbuhan happy hidup Bahagia Bersamanya. Sebagai contoh pokok kaduk dan tak ketinggalan pokok Bunga kantan. Rupanya pokok Bunga Kantan ni dalam diam-diam berbunga meriah di tepi parit yang bila dah jadi hutan kecil begini dengan angle camera trick boleh nampak macam sungai kecil kan. Ini sebenarnya tebing curam lembut juga kalau takde pokok-pokok ni tutup bumi boleh jadi terhakis dan tanah runtuh kecil. Itu sebabnya Anak-anak tunggu kat atas je meneman papanya ambil Bunga Kantan dekat parit sebab papa kena merentas negeri dulu back to opis. 

Masa PKP ni Anak-anak mula gemar masakan daun kaduk celup tepung sebab diorang kata rasa macam seaweed dan kerepek ranggup. Boleh lah lihat telatah mereka makan daun kaduk dengan mee soba yang simple untuk sarapan disediakan oleh papa Abby di video bawah ni:

https://youtu.be/Y8wjQ_y4BNk


Di Sabah ni salah satu masakan untuk lambakan Bunga Kantan atau dapat simpan lama masakannya ialah dengan membuat Serunding Bunga Kantan (contoh share di video bawah). Jika ke Kundasang dah meriah banyak kedai jual macam-macam jenis serunding seperti Bunga Kantan, tuhau dan lain-lain. Kadang kalau bila dah terlampau letih dari kebun mata pun dah kuyu buat goreng tumis Bunga Kantan dengan ikan bilis goreng je makan dengan nasi panas-panas. 

https://youtu.be/dMmrT9gtCg4


Yang tertanya-tanya stok rizom Bunga Kantan warna merah atau putih ada stok. 
Boleh directly contact wassup message suami Tukang Kebun (0192931340). 


Selasa, 2 Jun 2020

Angsa beraya dengan mangga dan home made mango pudding

Syawal hari pertama pagi adik beradik ada singgah di Teratak Kiulu Lodge kecuali yang adik bongsu kena video call wassup. Adik bongsu ambil keputusan tak balik sejak COVID-19 ni sebab dia sedang semester terakhir pengajian di UPM. Jika dia balik nanti kena kuarantin 14 hari, dan nak balik pun cuma seminggu je. Duduk makan di luar kami Sekeluarga sambil video callings raya dengan juadah sederhana sahaja. 


Sebelah petang Syawal pertama hujan lebat betul sampai bunyi nya rasa tak senang hati walaupun baru rasa nak terlelap rehat petang. Sungai pun mula naik paras tinggi dari biasa kelihatan. Projek jiran untuk tempat berkelah sebelah pun hampir dinaiki air.  

Sampai hari ketiga Syawal walaupun air sungai dah mula beransur kecil masih belum keadaan paras seperti biasa. Tetapi masa tengahari tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula, jadi kami pergi berteduh dekat tepi sungai. Sambil berteduh di tepi sungai, untuk isi perut tengahari bakar sate dan mangga sebagai pencuci mulut. Sate kalau marinate dengan ada bahannya seperti serai, lengkuas dan halia memang tahan lama tinggal peram dalam peti ais (bukan freezer). Yang ni last stock sate kami peram lepas berbuka puasa tinggal keesokkannya sehari lagi nak berpuasa. Kalau raya ketiga bermakna dah simpan stok marinated sate ni dah 4 hari lebih tetapi rasanya dan kualiti normal tak terjejas macam baru beberapa jam marinate. Tukang Kebun suka letak banyak serai kalau peram ayam daging jika masa tempat freezer takde ruang atau nak bawa bahan bekalan masak masa travel sebab serai ni macam bahan pengawet dia hindarkan daging ayam dari cepat jadi membusuk, macam anti-bacterial agent. Kesegaran ayam dan daging tahan lama walaupun dalam fridge biasa je jika diperam dengan serai. 

Link di bawah ni kongsi suasana sekitar sungai lepas 2 hari banjir besar. 

Kalau pakai smartphone versi Web baru dapat nampak terus YouTube terpapar di sini. Kalau versi mobile kena tekan link. 

Jika tidak kena klik link tersebut. 



Di Teratak Kiulu Lodge sekarang ni dah berminggu musim buah mangga. Ada dalam 4 pokok mangga juga yang jenis berbeza di sana memang sebelum tanah bertukar milik dah tumbuh di situ. Setiap kali adik perempuan singgah hantar stok bekalan makanan ke kedua ibubapa kami lepas kerja (essential service) kat pagar je (orang tua high risk), kekadang mama papa bekalkan mangga untuk kami yang di Kota Kinabalu bagi adik bawa balik. Kami pun tak jejak Teratak Kiulu Lodge, cuma masa lepas buka CMCO boleh merentas negeri baru balik Kiulu. Itupun atuk asyik tanya bila nak balik rindu cucu dan kami pun sukar kalau balik  masa hari kerja kat sana nak work from home kerana line Internet tak berapa baik dalam rumah. Kat luar kebun mencari line Internet yang lebih baik bila nak video conferencing. Jadi hujung2 dah mula cuti raya baru balik. 

Mangga masak yang dikutip gugur sendiri kekadang dibuat puding mangga. Puding mangga versi simple sahaja gunakan 4 bahan asas.

Bahan-bahan puding mangga:

2 gelas air (nak larutkan agar-agar) 

10 gram agar-agar

1 cawan susu pekat (boleh juga guna susu cair atau susu segar atau santan) 

5 biji mangga masak (isi blender buat puree tanpa bubuh air) 

Optional:
Gula (jika rasa tak cukup manis) 

Kalau Tukang Kebun rasa tak perlu Gula kalau jenis mangga yang manis. 

Versi YouTube letak Gula Batu, tapi lepas tu Tukang Kebun tak letak gula Batu sebenarnya. 

Cara-cara boleh tinjau link di bawah. 



Sebelum tengok home made mango pudding tu, boleh tengok gelagat angsa-angsa marah manja nak minta bahagian buah mangga nya. Nasib tak berebut dengan Rayyan yang mengalah je tak jadi ambil semua buah mangga yang jatuh dari pokok. Angsa suka sangat mangga sampai kedekut tak nak kongsi dengan ayam dan itik. 

Kat Teratak Kiulu Lodge, angsa suka makan mangga, yang Di Kebun Bahagia Bersama, Sungai Buloh pula peminat nangka dan tombong kelapa. 

THROWBACK:

Angsa makan nangka 

Angsa makan Tombong Kelapa 

Rindu dengan si MOMO. 

Angsa ni senang je nak pikat hati dia, tolong bantu kopek buah-buahan kegemaran dia. Nanti jadi best buddy. Kasihan juga tu susah angsa ni nak gigit kulit buah nak tebuk dapat isi kecuali memang dah berlubang. 

Selamat Hari Gawai 


Sabtu, 30 Mei 2020

Krup Krap Krup Krap Jeruk Kedondong Asam Boi

Hari akhir bulan Ramadhan tahun ni tak berapa sibuk nak siapkan juadah. Maklumlah Aidilfitri kali ni berbeza dari yang kebiasaannya. Tak perlu masak banyak sebab rumah tak open house dan tetamu tiada dijemput hanya ahli keluarga sahaja. Lagipun hari Jumaat dah hampir semua hidangan utama selesai buat dan testing masa berbuka puasa. Sehari sebelum Syawal tiba kali ni agak santai, boleh meronda-ronda di kebun tuan Teratak Kiulu Lodge. 

 Tahun ni kami beraya di Sabah sebab PKP kan bermula masa cuti sekolah. Kebetulan semasa last weekend sebelum partial lockdown di Malaysia bermula pada 18hb Mac 2020, ahli-ahli Kebun Bahagia Bersama sertai kali ketiga acara larian Borneo Ultra Trail Marathon 2020 yang bermula di Kiulu. Papa Abby dan Ilhan Mikhail tahun ni join larian 30km dan yang lain2 cuma 9km sahaja. 

Yang tak disangka Nenek Abby masuk top 3 untuk kategori wanita veteran 9 km...hehehe... Yang anak dan cucu pun tak pernah merasa. Nenek Abby pun dah lebih 60 tahun. Tukang Kebun pun sebenarnya tak terkejar dengan pace Nenek Abby. Walaupun banyak acara larian tahun ni terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan tapi yang Borneo Ultra Trail Marathon 2020 sempat dilangsungkan sebelum ada arahan jelas  yang acara ramai tidak boleh dilangsungkan. Walaupun begitu organiser dah standby dengan SOP ada hand sanitizer dan lain-lain. Sebab penganjur BUTM ni pun kebanyakkannya ada dari background asalnya ahli perubatan. Semasa PKP ni ada 2 larian yang sudah kami daftar telah ditangguhkan. 
Sehari sebelum Syawal ronda-ronda Kebun di Teratak Kiulu Lodge nampak meriah buah kedondong. Kebetulan ada bawa stok asam boi boleh lah buat jeruk kedondong asam boi. Sambil berborak dengan sanak saudara menerusi lawatan raya wassup video sedap snacking makan jeruk kedondong asam boi. 

Nampaknya tak boleh selalu Tukang Kebun buat stok jeruk kedondong asam boi ni sebab atuk Abby asyik menghirup air jeruk nya . Atuk Abby berebut air jeruk kedondong asam boi dengan cucunya Abby, siap tuang air jeruk masuk dalam cawan minum gitu. Bersilih ganti nenek Abby dan Tukang Kebun tegur jangan makan banyak sangat jeruk ni lebih-lebih lagi minum air jeruk. Dua bekas air jeruk atuk minum lepas isi jeruk dah habis.

VIDEO YouTube link di bawah berkenaan dari proses petik buah kedondong hingga selesai buat jeruk kedondong asam boi yang rakamannya di Teratak Kiulu Lodge :

https://youtu.be/JUcLx7ZJbp0





SELAMAT HARI KAAMATAN - HAPPY HARVEST FESTIVAL. 

KOTOBIAN TADAU TAGAZO KAAMATAN. 

Isnin, 18 Mei 2020

Kegemaran Kelulut Bunga Zinnia dan Cosmos

Lamanya tak jenguk langsung blog ini sejak hilang mood disebabkan masalah password. Tambahan pula keadaan makin bertambah sibuk dengan tugasan tanggungjawab lain. Syawal pun makin dekat. Selama PKP ini kami memohon maaf tidak dapat membalas email ya. Lagipun Kebun Bahagia Bersama pun berehat dalam masa PKP ini dan tiada hantaran dibuat. Terima Kasih kepada semua bertanyakan berita kerana begitu lama Tukang Kebun menyepi dan nak masuk setahun tidak update apa-apa di blog. Syukur Alhamdulillah kami semua berada dalam keadaan sihat walfiat dan kami doakan semua pembaca begitu juga. Tergerak hati hari ni nak update blog rindu juga kepada semua. Di sebelah pagi pula hari ni bermesra dengan Ilhan yang dah nak remaja bermanja dengannya mohon buat video. Inilah hasil video pertama belajar dengan Ilhan. Mohon maaf kualiti tak elok, maklum lah budak baru belajar.

Tukang Kebun pun nak mohon maaf lama tak ziarah kawan-kawan blogger rasa serba salah juga. Maaf kan Tukang Kebun ya.