No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 11 Disember 2013

Balsam Candy Rose Kak Ros

 Balsam Candy Rose pemberian biji benih asal dari Kak Ros Jasin dah lama terima, tapi tak semai-semai sedangkan Blood Lily dah lama kembang dalam kebun. Biji benih balsam Kak Ros mudah sahaja ditanam nak cepat tukang kebun tabur-tabur sahaja atas tanah yang telah digembur, tumbuh sendiri sahaja tanpa penjagaan. Seronok sangat tengok gandingan surprise Balsam Candy Rose dan Balsam warna merah yang menceriakan beberapa sudut di dalam Kebun Bahagia Bersama.
 Penghujung tahun 2013, tukang kebun suka tanam balsam sebab dengan cuaca di Lembah Klang sekarang ianya mudah hidup sendiri tanpa banyak penjagaan terutamanya hujung tahun  biasanya antara masa paling sibuk. Ada rasa festive season, tiada masa nak jaga kebun sangat tapi nak juga ada sesuatu yang menceriakan kebun di rumah, jadi tanamlah balsam. Warna ini juga sangat sesuai untuk sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina akan datang. Kalau tanam biji benih Balsam sekarang, InsyaAllah sempat menceriakan Tahun Baru Cina. Untuk hiasan Krismas, tahun depan bulan Oktober semailah biji benih Balsam.
 Biji-biji benih balsam yang Kebun Bahagia Bersama bekalkan adalah segar bulan Disember ini yang dituai sendiri oleh tukang kebun termasuklah biji benih bunga Cypress Vine. Siapa boleh nampak dan bilang berapa kantung biji benih (seed pod) cypress vine yang matang dalam gambar di atas. Kebiasaannya sejak kami bekalkan biji benih cypress vine, biji benih yang telah dituai dan dihantar belum lagi masuk 2 minggu setelah dituai dan dipek. Fresh out from the garden. Yang gambar bawah kerana kesibukkan masa, balsam Candy Red masih mampu bersaing dengan rumpai dalam satu sudut Kebun Bahagia Bersama di mana Kacang Soya Fuuki sudah habis dituai jadi tanah terbiar kosong bersama Balsam. Tapi nampaknya Sweet Basil Large Italian Leaves yang bijinya dicampak ke dalam pun dah tumbuh sendiri. Memandangkan sudut di sini antara percubaan beberapa tanaman edible, kacang soya paling senang tumbuh with neglect, jadi akan ditanam semula kacang soya di sini bila ada masa. Itu terung pipit dalam gambar tumbuh sendiri bukan tukang kebun tanam.
 Ada beberapa lagi jenis balsam segar yang sedang dituai di Kebun Bahagia Bersama dalam bulan Disember ini, sebagai contoh:

~ Balsam Purple Painted Face (Gambar bawah main pokoknya yang akan dituai biji benihnya, salah satu tujuan Kebun Bahagia Bersama ialah so you know where your seeds originally come from).

~ Balsam Multi-petal (Syukur Alhamdulillah banyak anak-anak tumbuh sendiri di celah pokok kembang bugang yang sedang berbunga) .

~ Balsam White Multi-Layer Purple/Red Splash juga InsyaAllah second generation tumbuh di Kebun Bahagia Bersama juga akan berkembang lagi bulan ini.

 Sekiranya biji benih balsam di atas tiada dalam catalog, boleh tanya tukang kebun personally sebab kadangkala ada tapi tukang kebun dalam proses kemas atau belum packing (sabar ya sebab tukang kebun sorang je yang uruskan). InsyaAllah ada beberapa jenis heirloom biji benih Balsam tempatan juga akan bertambah dalam koleksi Kebun Bahagia Bersama catalog tahun depan yang dituai oleh tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama. Tempat ada nak tanam, cuma masa sahaja terkejar-kejar rasa 24 hours tak cukup dalam sehari, minggu ini rasa burn out sikit, malam pengsan awal sebab 2~3minggu tak cukup tidur. Terima kasih kerana bersabar tunggu reply dari tukang kebun.

  Petang ini ada tetamu istimewa melawat Kebun Bahagia Bersama dan tukang kebun harap Lady Hippy di atas akan kembang hari ini menyambut Sean. Malu agaknya masih tutup muka lagi hari ini. Hari ini Selangor cuti, jadi sambil tukang kebun kemas mana yang boleh di dalam sebelum Sean and company datang, papa Abby tengah potong rumput di depan rumah. 

 Terima Kasih daun keladi kak Ros, cantik sungguh balsam Candy Rose :) .

 Dear Eila, email sweet Eila memberikan kebahagiaan dan kata-kata semangat sudah tukang kebun baca, InsyaAllah tukang kebun cuba balas secepat mungkin. 

 Terima Kasih kepada semua sudi menghantar khabar berita ataupun gambar mengenai progress kebun di Seluruh Malaysia terasa bagaikan dekat tali persaudaraan kerana minat sama dalam menghijaukan bumi.

~ Heirloom Candy Rose & Red Balsam random mixed seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~

Approximate 25 seeds for 1 packet (RM3.00) .

Ahad, 8 Disember 2013

Harum Sundal Malam and my Work Bench

 Tukang kebun punya tempat kerja di sudut sebelah, depan dan belakang dipenuhi bunga macam kedai florist pula dari petang semalam. Cantik tak fresh flower arrangement di gambar atas terdiri dari bunga harum sundal malam, orkid, mawar dan kekwa. Ini ole-ole tukang kebun bawa balik dari akad nikah dan kenduri kahwin first cousin tukang kebun semalam di Kelab Shah Alam. Masa mula-mula sampai tukang kebun memang dah terpegun nampak banyaknya batang bunga harum sundal malam yang segar menyambut tetamu dan juga di atas pentas mempelai. Syukur Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, moga pasangan pengantin baru bahagia hingga pulang kepadaNYA.
  Masa mengemas-ngemas setelah majlis selesai, tukang kebun dengan muka tak malunya tanya sponsor wedding pengantin perempuan (Mak Lang & Pak Lang) pasal arrangement fresh flowers boleh ke nak ambik hehehe...sebab dalam firasat tukang kebun, wedding planner takkan re-used sebab all are fresh flowers. Pak Lang pun terfikir kejap, of course should be fine I already paid for it...huhuhu...apalagi bersuka ria tukang kebun ambil yang berkenan di hati. Pengantin perempuan punya bouquet flower pun sangat menarik, simple yet elegant, jambangan fresh pink peonies...very unique.
 Salah satu arrangement flowers di atas meja makan pengantin.
 Yang di sebelah gambar kiri, jambangan bunga di meja tetamu, antara koleksi flower arrangement yang tukang kebun bawa pulang semalam.
 Semalam dah penat sangat, jadi tumpang dalam baldi sekejap, tangkai-tangkai bunga harum sundal malam dan bunga ros. Wah pertama kali banyak begini tangkai-tangkai harum sundal malam duduk dalam rumah, terasa diri di awang-awangan hehehe... Hari ini pun penat juga seharian memotong rumput sebab tak hujan, sampai dah senja masuk rumah pun tak nampak longkang, termasuklah kaki dalam longkang...aduh...nasib terhentak je tak terseliuh. Malam ni sambil susun barang penghantaran esok bersama wangian harum sundal malam. Tukang kebun sebenarnya tak perasan yang Datin Paduka Shuhaimi Baba ada semalam datang dengan rombongan pihak lelaki, bila dalam kereta baru mama kasi tahu. Oh adakah disebabkan itu banyak pokok harum sundal malam???

Kalaulah kita berjiran Kak Mar, teringin nak kongsikan.

Jumaat, 6 Disember 2013

Heirloom SeaShells Cosmos bipinnatus

 Tukang kebun teringatkan tongue twister semasa zaman sekolah rendah dulu apabila perasan jenis Cosmos Seashell di Kebun Bahagia Bersama telah mulakan musim bunganya. Bolehlah mereka yang tidak dapat keluar rumah akibat darurat banjir menenangkan anak-anak dan worry sebentar memberikan permainan 'tongue twister' ini pada anak-anak:

  'She sells sea shells by the sea shore".

  Cosmos seashells adalah jenis bunga cosmos heirloom yang unik bentuk kelopaknya. Biasanya kalau cosmos warna yang berlainan, single/multi-layer menjadi perbezaan bunganya. Tapi kelopak bunga cosmos seashell macam straw ada lubang ataupun macam seashell masa kanak-kanak dulu kita rajin kutip bila berkelah di tepi pantai.

~ Cosmos SeaShells Mixed ~

Anggaran 25 biji benih se-pek (RM3.000


 Cosmos Gloria bermanja-manjaan dengan pokok bunga lilium.

Khamis, 5 Disember 2013

Rare Kacang Tanah Kampung 'BATIK'

 Tukang kebun bila teringatkan Kacang Tanah 'Batik' tersenyum teringatkan pertama kali Papa bawa balik baka tanah kacang tanah ini yang kedua ibubapa tukang kebun terjumpa di salah satu tamu bulanan di Sabah. Sama hari di mana mama dan papa juga dapatkan benih kampung kacang hitam untuk tukang kebun. Jarang-jarang nampak papa cerita dengan semangat mengenai terjumpa kacang tanah kampung di tamu sebab rare dan first time untuk mereka juga melihatnya. Sebab mama panggil ni Kacang Tanah Batik, jadi untuk mudah kita panggillah Kacang Tanah Batik (harap semua setuju, angkat tangan).  Kacang Tanah Batik di tapak tangan tukang kebun bersama Kacang Tanah Tadong untuk perbandingan, Kacang Tanah Batik warna dasarnya adalah lebih lighter dengan dihiasi jaluran atau belang-belang hitam. Rasanya macam jenis ini evolve dari kacang tanah hitam atau vice versa. Probability alelle akan mendapat kesemunya hitam juga ada kemungkinan percentage rendah . Tukang kebun ada tanam Kacang Tanah Hitam dan biji benih yang bercambah pucuknya boleh nampak berbeza warnanya sedikit dari  Kacang Tanah Tadong atau Taragang. Terlebih dahulu tukang kebun meminta maaf batch Kacang Tanah Batik atau Kacang Tanah hitam yang ditawarkan hari ini, tidak dapat tukang kebun simpankan untuk anjakkan delivery. Pesanan dibuat, tukang kebun akan deliver terus minggu depan. Siapa cepat dia dapat dulu ikut shipment mana transaction complete dulu (biasa hujung bulan baru tukang kebun hantar invoice, tapi kali ini hanya untuk pesanan kacang tanah ini tukang kebun akan email invoice ASAP). 11hb Disember, Selangor cuti kan dan kekasih tukang kebun kena habiskan cuti kalau ada masa  sudah selesai projek menebas nak tanam balance stok kacang tanah "Batik" atau "Hitam". Biji benih kacang tanah "Batik" dan "Hitam" tukang kebun tiada banyak stok very limited. Bunga Kacang Tanah berwarna kuning.

~ Kacang Tanah Batik ~
Anggaran 10 biji benih se-pek (RM3.00).

~ Kacang Tanah Hitam ~
Anggaran 5 biji benih se-pek (RM3.00).

Rabu, 4 Disember 2013

Mizuna Salad Jepun

 Memandangkan anak-anak tukang kebun mulai gemarkan makanan style Jepun, jadi kebelakangan ni mula rajinkan diri menyemai tanaman yang biasa digunakan dalam masakan Jepun. Lagipun kalau meal di rumah kami menu Japanese bermakna tukang kebun tak perlu masak, sebab itu speciality papa anak-anak tukang kebun (mama off day in the kitchen). Bulan lepas ada tukang kebun semai red mizuna (sayur salad jepun) dekat full sun dengan mengharapkan pertolongan hujan yang rajin turun membasahi bumi Kebun Bahagia Bersama. Syukur Alhamdulillah tak lama lagi dah boleh tuai salad jepun red mizuna. Salad heirloom Jepun, jenis red mizuna kebiasaannya kalau cuaca dingin akan berwarna merah , tapi dengan cuaca sekarang di tanah rendah Kebun Bahagia Bersama taklah merah menyala cuma ada belang-belang brown maroon-ish samar-samar dekat urat-urat daunnya. Natural thermometer dah bagi hint suhu Kebun Bahagia Bersama kalau dekat full sun dari pagi sampai petang macam Early summer je kut minimum boleh pergi dekat lokasi ini no spring (kalau yang tertinggal posting mengenai natural thermometer klik sini). 
 Salad Jepun Mizuna boleh tumbuh sepanjang tahun dekat kawasan tanah rendah. Tapi ianya lebih sesuai dan mudah tumbuh semasa musim hujan sebab itu tukang kebun baru mula bekalkan biji benihnya bulan ini untuk tanaman sesuai bagi wet season. Kalau musim hujan boleh tanam in full sun atau partial shade. Selain musim hujan boleh tanam di partial shade. Salad Jepun Mizuna boleh dimakan mentah campur dalam salad, ala-ala ulam pun boleh, sup atau stir-fry (Papa Abby hujung minggu ini okonomiyaki please, topping dengan arugula pun sedap). Bulan ini salad Jepun Mizuna yang dibekalkan adalah warna hijau. Bunga Mizuna adalah berwarna kuning dan boleh juga dimakan.

~ Japanese Heirloom Salad Green Mizuna ~

Anggaran 50 biji benih se-pek RM1.00 .


Selasa, 3 Disember 2013

Graviola plant

 Menyambung hari ini series untuk bunga kuning di Kebun Bahagia Bersama ialah buah yang popular ini dan harganya boleh tahan di pasaran ialah Durian Belanda yang makin terkenal dengan nama glamournya 'Graviola'. Bentuk bunga durian sangat unik dan biasanya kerengga suka dengan bunganya. Not a bad thing, biarkan sahaja kerengga tersebut ada fungsi mereka form good companionship dengan bunga durian belanda.
 Untuk mereka yang belum pernah nampak dengan mata sendiri, tukang kebun perkenalkan salah satu pokok durian belanda yang ada di Kebun Bahagia Bersama bersebelahan dengan pokok pisang sebagai perbandingan. Pokok durian belanda bukanlah tumbuh sebesar pokok durian, meninggi je dan tak membentuk kanopi besar seperti pokok durian atau pokok buah-buahan macam rambutan. Mengambil ruang seakan sama sahaja dengan pokok belimbing buloh, jadi tak pelik kalau di kawasan perumahan ada gardeners yang juga menanam pokok durian belanda. Lagipun dengan bentuk dahan pokoknya tidak menutupi pokok-pokok lain untuk menerima kisses direct dari matahari.
 Tahun ini kerana angka pokok-pokok durian belanda yang ditanam dari tut banyak habis riwayat selepas berbuah membuka mata tukang kebun untuk pandang jauh dengan menyemai biji benih segar dari buah durian belanda Kebun-Grown Kebun Bahagia Bersama. Rasanya sekurang-kurangnya 4 pokok mati tanpa menunjukkan kesan sakit tapi selepas berbuah tahun ini di lokasi yang berbeza selepas musim buahnya yang juga berbeza. Pokok yang dah matang berbuah tu tinggilah juga, terkejut tengok atuk Ilhan yang patutnya dah bersara mengajar tu boleh tarik begitu sahaja sebab fed up nak buang dekat tempat green waste. Pertumbuhan akar pun tiadalah sangat, jadi mudah je nak tarik tidak seperti pokok yang ditanam dari biji benih foundation akarnya kuat. Tukang kebun dah lama nampak pokoknya mati terbiar tapi takut pula nak clearkan nanti tuan tanah tanya susah hamba nak jawap. Jadi biarkan tuan tanah yang tengok dulu. Dalam firasat tukang kebun kalau tanam dari biji benih pun takde lah banyak sangat gap nak tunggu seperti tut sebab pokok durian belanda bukan saiz yang besar, sebab sama je kalau dari tut pun nak tunggu certain age and saiz baru mula berbuah. Kesimpulannya, kalau tut pun nak kena tunggu a few years baru buah juga kan. Bila difikirkan pokok durian belanda tut dan kedondong tut sama perangai asyik nak tanam berganti-ganti sebab tak tahan lama. Selagi tukang kebun muda terdaya nak tanam, rasanya sudah patut tukang kebun tanam pokok-pokok durian belanda yang tak perlu asyik kena cari pengganti, biarlah tunggu lama sedikit tumbuh dari biji benih tapi bermusim-musim moga sehingga tukang kebun pula jadi compost.
 Satu kisah tidak dapat dilupakan tahun ini, first time pesan air durian belanda untuk Rayyan yang ketika itu belum masuk 4 tahun, punyalah dia suka. Mula-mula tukang kebun tak perasan tujuan yang Rayyan kumpul biji benih durian belanda dalam jus tu tepi pinggannya. Bila nak beransur balik, Rayyan bagi biji-biji benih durian belanda suruh simpan nak tanam dekat kebun. Mama Rayyan was stunned and rendered speechless, Syukur Alhamdulillah kecik-kecik dah faham where fruits come from and how. Kebetulan pula, beberapa minggu lalu sebelum Rayyan minta tukang kebun semai sudah pun tukang kebun semai biji-biji durian belanda. Big boss juga nampaknya ada tanam pokok-pokok durian belanda dari biji boleh nampak perbezaan pertumbuhan di pelbagai lokasi, self-seeded pun ada juga. Buah-buah Durian Belanda selalunya berebut dengan tupai, kadang-kadang nampak buahnya cantik kulit dekat luar kena tipu tengok bawah isi habis. 2 minggu lepas, ada tukang kebun pindahkan anak-anak pokok durian belanda semaian dari biji benih di petak No. 1 semoga sebelum tukang kebun masuk 40 years old sudah memberikan hasil (wahai kekanda when you weed that area please note my babies). Kita tengok ya, sempat tak sebelum tukang kebun masuk 40 dia mula berbuah....mmm agaknya tukang kebun umur berapa? Hint: Borderline still generation y. 
Durian belanda babies yang tukang kebun pindahkan ke tapak 1.

Batch durian belanda yang dibekalkan dari seeds propagation kali ini birthday antara June ~ August 2013.

~ Anak pokok Durian Belanda ~
1 pot RM5.00 (enquiries kebunkmg@gmail.com) .

Tuaian dan Pasar Kebun Bahagia Bersama chit chat :

 Memandangkan tukang kebun dapat beberapa risikkan setiap minggu mengenai kandungan Pasar Online setiap minggu, jadi ingat nak beri gambaran hasil Kebun Bahagia Bersama random minggu ini...
 Masa mengintai tengok ciku ada ke tidak memandangkan ada request nasib baik nampak rupanya ada durian belanda dah mula ranum dah kena nibbles oleh tupai lekas-lekas tukang kebun tuai. Ya ciku ada. Itik telur tak berdisiplin merata bertelur tiap hari kekadang hampir terpijak. Ceri barbados tahun ni dah ada beberapa kali musim buahnya. Mini pamelo pun adalah juga. Lemon overloaded bulan ini. Pagi-pagi kasi pet dekat backyard makan nak kena bawa bekas sekali.

 Pokok pulasan yang disemai dari biji benih dan belum tinggi 2 meter buahnya dah mula nak masak. Masa first time tahun ini ada buahnya 2 biji, si tupai yang ambil pastu sengaja nak teasing kut pergi letak kulit dekat dalam pasu water lily. Pokok pulasan ini pun baru hampir 10 tahun.
 Pokok asam jawa pun meriah berbuah, bila weeding last weekend dongak ke atas dekat patch C baru perasan. Buah celagi makan colek pun best juga kan.

Isnin, 2 Disember 2013

So Dwarf Teddy Bear Sunflower

 Sesiapa ada Monday Blues hari ini, tukang kebun kongsi some sunny faces blooming in Kebun Bahagia Bersama yang rezeki hujan melimpah hari ini. Errr...this is batch sunflower in stress tapi dapat membantu menghilangkan stress yang memandangnya. Kenapa tukang kebun kata bunga matahari ini stress? Sebab dia kembang terlampau awal baru sebulan lebih dah kembang dan belum lagi cukup ketinggian average. Pokok bunga matahari ini belum matang sepenuhnya untuk berbunga jadi pelbagai rupa diberikan. Sebenarnya geli hati tengok pelbagai muka 'Dwarf sunflower Teddy Bear' kembang kali ini di Kebun Bahagia Bersama yang tengah teenager, faces of rebellion. Faktor tak cukup baja dan hidup among the massive weeds membuatkan ianya stress lalu memberontak berbunga cepat. Baka Dwarf Sunflower Teddy Bear sesuai untuk balcony gardeners kerana boleh ditanam dalam pasu dengan ketinggian average 2 kaki. Kalau kreatif boleh juga tanam dalam hanging basket jadikanlah balcony anda setanding taman tergantung tamadun purba Babylon. 
 Pemerhatian tukang kebun kali ini bila disemai hari yang sama, walaupun dipindahkan anak pokoknya berlainan hari dan pelbagai lokasi dengan penerimaan cahaya matahari berlainan, pokoknya kembang serentak.
 Bolehlah google gambar matang Dwarf Sunflower Teddy Bear. Beri peluang series musim bunga kuning pula masuk minggu ini setelah series bunga putih.

~ Dwarf Sunflower Teddy Bear ~
Anggaran 10 biji benih se-pek (RM3.00) .