Syukur Alhamdulillah pelbagai tuaian juga dapat dinikmati dari hasil tuaian semalam. Syukur Alhamdulillah pesanan-pesanan penghantaran menggunakan Pos Laju diterima hingga semalam untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama, anak-anak pokok dan biji benih sudah selamat dipos awal pagi ini. Pasar Online Kebun Bahagia Bersama juga dibuka lagi untuk slot penghantaran pada 15hb Disember 2014 bagi yang berminat. Pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk 15hb Disember akan terkandung sekurang-kurangnya 5 jenis tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama yang jumlah beratnya hampir 2kilogram (tiada pilihan bergantung kepada jenis tuaian fresh dari Kebun Bahagia Bersama sebelum pengeposan, hint gambar tuaian).
Satu pek Pasar Online Kebun Bahagia Bersama termasuk kos penghantaran RM20.
Boleh selitkan biji-biji benih di dalam kotak bersama-sama.
Hari Ahad baru-baru ini tukang kebun tanam anak-anak pokok kelapa gading bersebelahan deretan anak-anak pokok pisang yang hubby tanam hujung November lalu (related posting klik sini). Tukang kebun fikir-fikir nanti bila dah tua ada masa bolehlah kut buat home-made sabun kelapa ala-ala bodyshop bila dah tua nanti (angan-anganlah dulu sementara pokok membesar). Kalau berkerja pun another 25~30years cerita akan datang nak pencen pun. Anak-anak pun by that time dah ada family masing-masing. Kalau cucu demam pun tukang kebun dah dapat gelaran nenek pun bolehlah kaitkan lagi sebab kelapa gading ni pokoknya tak tinggi.
Alang-alang tengok banyak anak pokok kelapa gading dah tumbuh pucuk dan tanah nak tanam pun ada bolehlah manfaatkannya serta takdelah pupus baka pokok kelapa gading di Kebun Bahagia Bersama. Inipun nak dikirim anak pokok kelapa gading ke Sabah juga minggu ini untuk cawangan Kebun Bahagia Bersama Sabah di sana pula. Big boss baru pindah rumah minggu lepas rumah teres corner lot sekarang adalah tempat nak bercucuk tanam.
Nampak tak bayang-bayang besar dalam Gambar No. 2 di atas, itu bayang kanopi pokok rambutan yang sedang berbuah lebat. Hujung minggu lepas mana yang masak kami dah mula tuai. Itupun dah bersepah-sepah kulit buah rambutan merata-rata dalam kebun pelbagai makhluk berpesta makan rambutan. Bulan ini rambutan lumayan sebab ada lebih 5 batang pokok-pokok rambutan sedang berbuah di Kebun Bahagia Bersama pelbagai stage sedang meranum. Dalam hujan renyai kami suami isteri tuai rambutan dalam kereta sorong ni. Cuti sekolah ni bolehlah anak-anak rasa nak snacking dengan rambutan pula minggu ini.
Sedang tukang kebun tanam anak-anak pokok kelapa gading, dearest hubby pula sibuk pindahkan anak-anak pokok pisang terutamanya pisang jenis bantan (nampak dalam background gambar bawah seorang weekend gardener tengah nak angkat keluarkan anak-anak pokok pisang). Pisang bantan yang dituai minggu lepas (related posting klik sini) sudah habis licin berebut-rebut di makan oleh team members Kebun Bahagia Bersama. Papa budak-budak ni sukalah tengok anak-anak snacking on bananas dari mencari biskut je dalam cupboard cuti sekolah ni membuatkan papa motivate pindahkan anak-anak pokok pisang bantan untuk anak-anak walaupun badan masih kurang sihat. Mula-mula dearest hubby tak berkeyakinan tengok anak-anak pokok pisang warna merah yang kecil dipindahkan dalam gambar bawah (deretan bersebelahan anak-anak kelapa gading yang baru tukang kebun pindahkan). Tapi bila tukang kebun tengok hujung minggu lepas kesemuanya nampak dah keluar pucuk naik motivasi hubby lagi. Semalam di area ini kami pindahkan juga anak pokok petai.
Ada juga dituai satu pokok ubi kayu semalam. Dapat jugalah beberapa ubi. Tengahari tadi yang besar-besar selamat dibuat kerepek tanpa perisa garam pun, hiris goreng begitu sahaja. Malam semalam buat ubi kayu ala-ala goreng french fries dengan perisa garlic dan chilli.
Batang-batang ubi kayu dari pokok yang dituai tadi dikerat dan ditanam semula di kawasan yang kami kemas bersama-sama semalam. Di sini juga ada beberapa anak-anak pokok pisang yang dearest hubby pindahkan. Yang tak gemarnya bila dah clear kemas area ni mulalah PETS suka jalan-jalan check benda yang best nak diratah dekat sini. Sebagai contoh dalam gambar bawah tu si KIKI (turkey betina) mula meratah daun-daun muda pokok pisang habis dibotakkannya nanti. Yang dekat si KIKI tu pisang merah dan sebelahnya tu anak pokok pisang bantan.
Banyak lagi anak-anak pokok pisang pelbagai jenis nak kena pindahkan lagi ni sementara masih musim hujan.




















