No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 27 November 2013

Cola de paloma (Xiphidium caeruleum)

 Redup dan rasa sedap hijau di lokasi kebun deretan-deretan pokok yang asal dari benua Amerika Selatan dikenali dengan nama 'Cola de paloma' atau soskia (Xiphidium caeruleum). Pokok ini bunganya berwarna putih macam loceng-loceng yang kecil. Selalunya selepas musim panas dan kering, lepas musim hujan bermula pokoknya mula menghasilkan bunga. Mekar bunganya adalah lama dan kemudian akan menghasilkan buah berwarna hijau. Pokok ini boleh tumbuh sehingga ketinggian 2 kaki menarik dijadikan border plant. Daunnya yang tumbuh mengembang macam kipas seakan membuatkan tanah di sekelilingnya jadi kurang panas seperti prinsip "mulching" secara semula jadi dan membantu mengurangkan sejatan air dari tanah keliling. Disebabkan bentuk daunnya kembang begitu, selalunya di bawah pokok daun Cola de Paloma tersorok daun-daun keguguran dari pokok lain yang akan reput berkitar semula menjadi baja, jadi kebun pandai jaga diri masing-masing. Pokok Cola de Paloma boleh hidup bahagia di kawasan full sun, partial sun atau light shade (kalau kembang bugang boleh hidup bahagia kawasan tersebut samalah dengan Cola de Paloma) .Pokok Cola de Paloma sangat meminati tanah yang moist, untuk gardener yang mempunyai taman yang kawasan airnya bertakung pada musim hujan banjir bolehlah gunakan pokok ini untuk landskap kawasan tersebut buatnya menarik dari terbiar kosong. Disebabkan itu pokok ini mudah tumbuh di kawasan berdekatan tali air atau sungai. Pokok ini juga ada nilai perubatan traditional untuk masalah wanita yang diamalkan oleh penduduk di mana pokok ini berasal.
 Minggu ini proses tukang kebun release pokok-pokok baru untuk series tumbuhan yang bunga berwarna putih.

 ~ Pokok Cola de paloma (Xiphidium caeruleum) ~
 1 moist bare-rooted plant RM8.00 .



Selasa, 26 November 2013

Kembang Bugang

 Pokok kembang bugang adalah satu pokok yang sangat mudah tumbuh di kawasan tanah rendah tanahair kita tanpa  sebarang penjagaan pun. Malah keistimewaan pokok ini ialah seluruh pokoknya mempunyai nilai perubatan tradisional dan telah pun diceritakan sedikit pada posting sebelum ini (klik sini untuk previous posting). Tujuan asal dahulu big boss tanam pokok kembang bugang di Kebun Bahagia Bersama bukan kerana rupanya yang cantik sahaja. Tetapi akarnya dapat membantu merawat patukan ular berbisa. Dulu semasa awal-awal pindah di sini dari Shah Alam ke kawasan kampung keliling kebun kecuali jiran depan tiada rumah penuh semak samun belukar jadi ular dan biawak menjadi unwanted visitor perkara biasa.  Big boss pun sudah berapa kali berparang perang dengan ular-ular tedung hitam berbisa banyak kali.  Di bandar juga pun ada ular juga kan. Sekarang ini di Kebun Bahagia Bersama, pokok kembang bugang sangat bahagia beranak-pinak sini sana dengan sendirinya seperti contoh gambar di atas dan di bawah adalah self-seeded kembang bugang.  Pandai pula ngam pokok kembang bugang pilih spot di sebelah bekas water lily bagi nampakkan seri walaupun projek tergendala konon-konon nak menceriakan spot ini. Pertumbuhannya juga pantas dan mengambil masa cepat berbunga seperti pokok zinnia atau cosmos yang dikategorikan pokok annual walaupun pokok kembang bugang adalah pokok perennial.
 Hasil tinjauan tukang kebun dari self-seeded kembang bugang, ianya tak kisah dengan berapa jam penerimaan cahaya yang diterimanya. Sebagai contoh, gambar di atas, pokok kembang bugang berkembang bunga di tempat yang tidak beberapa menerima cahaya matahari boleh nampak beza bayang sinaran matahari kan. Kesimpulannya, dekat full sun, partial sun atau light shade pun pokok kembang bugang hidup bahagia dengan sendirinya. Sebagai contoh, walaupun dalam keadaan sempit self-seeded anak-anak pokok kembang bugang boleh berjayanya tumbuh tinggi menceriakan spot di gambar bawah. Bila berbunga nampak macam sekumpulan rama-rama putih berterbangan. Ianya boleh tumbuh dengan ketinggian lebih dari 70cm.
 Can you keep a secret? Pokok kembang bugang sebenarnya sangat lasak, bila dah well-established kalau terpotong atau patah pun pokoknya jika akarnya dah kukuh dalam tanah ianya akan keluar kembali pucuk-pucuk baru. Ingat dah hilang pokoknya? Nanti tiba-tiba muncul pokok baru di spot tersebut. Sedih pokoknya terpatah? Takpe cucuk je balik batang tersebut nanti hiduplah ia kembali.
 Pokok kembang bugang juga memberikan double happiness (errr...tukang kebun suka double happiness). Bila bunganya layu macam tiba-tiba ada bunga lain pula jadi pengganti seperti bintang warna merah. Gugur bunga putihnya tinggallah sepalnya yang rupa seperti bintang merah dan jika ada rezeki menghasilkan berry berwarna hijau. 
 Buah berry warna hijau kembang bugang juga ada nilai perubatan.

~ Pokok Kembang Bugang  (White Butterfly Bush) ~

1 bekas RM7.00 .

Berminat? Tinggalkan pesanan di kotak komen ataupun email (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 24 November 2013

Contact KBB ready shipment for Daylily, Lilium and other November Seasonal Bulb

 Salam Bahagia, seronok tengok bunga lotus kedua kembang pula minggu ini.

 Tukang kebun nak mohon gardeners yang ada membuat tempahan November seasonal flowering bulbs untuk hubungi (kebunkmg@gmail.com) yang telah tukang kebun reserved, sekiranya email belum diterima dari tukang kebun Isnin pagi esok (25/11/2013). Goodies are ready for shipment. Hope to hear from you soon.

Red Yard-Long Bean (Brown and White Yin Yang seeds)

 Di negara barat, kacang panjang dikenali dengan nama Yard-Long Bean atau Asaparagus Bean. Kali ini tukang kebun rasa nak perkenalkan kacang panjang yang berwarna scarlet red merah bentuknya seperti kacang panjang hijau. Kacang panjang merah kampung yang biasa ditemui adalah biji benihnya berwarna merah/brown (kalau dalam catalog red/brown seeded bean). Jenis kacang panjang merah yang tukang kebun buat debut hari ini biji benihnya dwi-warna iaitu coklat dan putih menunjukkan ianya adalah strain kacang panjang merah yang berbeza. Seperti pelbagai jenis pilihan kacang buncis berwarna hijau atau kuning ada, tetapi ada biji-biji benih jenis variety lain akan warna berbeza. Begitu juga dengan warna bunganya. Bagi Seed-Savers yang gemar kumpul biji-biji benih bean yang pelbagai warna dan kadang kala sungguh menarik warna dan coraknya boleh buat beads rantai akan peka yang variety lain, walaupun warna buah kacangnya mirip sama menghasilkan corak warna biji benih dan bunga berbeza. Asal biji benih Red Yard-Long Bean ini diperolehi dari seorang petani veteran di tamu Kiulu setiap hari Selasa pagi. Biji benih yang diperolehi sangat mudah tumbuh di Kebun Bahagia Bersama tanpa penjagaan yang banyak, terbiar tumbuh sendiri di dalam kebun.

 Bunga pokok kacang panjang merah ini adalah berwarna putih kelopaknya dengan ditengahnya ada berwarna kuning dan lilac. Kebanyakkan jenis kacang panjang warna bunganya ialah ungu cair atau lilac. Cantik menawan macam sweet pea yang menghasilkan kacang kemudian boleh dimakan sangat berbaloi. 
 Jumpa lagi satu sayur yang menjadi kegemaran anak tukang kebun Rayyan yang berumur 4 tahun. Setelah Rayyan lihat Mama Rayyan buat silap mata terbalikkan telur dadar yang ada hirisan campuran kacang panjang merah, seronok pula Rayyan asyik tanya bila nak makan telur dadar kacang panjang merah. Siap rajin nak tolong pukul telur dan campurkan bahan-bahan. Dari texture kacang panjang merah jenis ini, sebagai cadangan tukang kebun rasa sesuai untuk masakan ala Italian 'Frittata'.
 Kalau kacang panjang berwarna hijau dipanggilnya snake bean di negara barat , agaknya sebab panjang pastu hijau macam ular pula ditengah-tengah kelompok daun. Bagi tukang kebun, kacang panjang merah senang nak cari dari rimbunan daun pokoknya sebab warna yang berlainan dari daun. 
Red Yard-Long Bean dancing in the air.

~ Open Pollinated Organic Fresh Heirloom Red Yard-Long Bean Seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard~

Approximate 15 seeds in 1 packet (RM3.00) .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Sabtu, 23 November 2013

Fun For Kids : Berry or Bud?


 Apakah ini buah berry? Oh kalau tiap hari dapat kutip berry macam rupa raspberry macam ini bahagia rasanyakan. Kalau pulang ke zaman kanak-kanak bolehlah kutip ini buat main masak-masak. Sebenarnya ini bukanlah buah tapi bud bunga untuk pokok red powder puff yang kembang bunganya macam pom pom. Bolehlah buat mainan pom pom untuk anak patung seperti Barbie Doll. Kalau rose petal susah dan mahal nak dapat untuk bridal shower, bolehlah gantikan dengan pom pom red powder puff as alternative in this hot tropical weather. Dah mula musim cuti sekolah, mulanya wedding season kembali. 
  Akar pokok ini di Nigeria digunakan sebagai rawatan traditional untuk membantu memberhentikan buasir (atau hemorrhoids). Pokok Red Powder Puff sekarang banyak dibuat kajian dalam pharmaceutical study kerana properties yang ada dalam bahagian pokok ini dalam anti-inflammatory, anti-convulsant, immunomodulatory dan terutamanya dalam anti-ulcerogenic.

~ Pokok Red Powder Puff ~

1 pot for RM9.00 .

Jumaat, 22 November 2013

Sowing Seed Suggestion and Pasar KBB End November

 Bagi part-time gardeners tibanya hari Jumaat dan esoknya dah free dari tugasan kerja mesti dah melayang-layang memikir rancangan activity yang boleh dibuat di kebun masing-masing. Cuma sebagai cadangan untuk cuaca yang mirip dengan Kebun Bahagia Bersama di lembah Klang ini ialah semailah biji benih carrot secepat mungkin bulan ini. Carrot akan mengambil sekurang-kurangnya 16 minggu dari mula semai hinggalah ready untuk dituai. Musim hujan InsyaAllah hingga March ada lagi jadi mudah untuk pertumbuhan carrot. Gambar di atas rasanya carrot Paris Top Market yang disemai biji benihnya bulan ini sedalam anggaran 0.3~0.5cm dalam tanah. Untuk tanaman yang ditanam akarnya dituai lebih baik tanam dalam tanah daripada ditabur. Bulan ini stok baru carrot Kuroda kembali dalam list. Tengok moon phase hujung minggu ini, memang molek untuk menanam biji benih carrot.
 Hampir terlupa yang ada semai lettuce bersebelahan jarak ada sikit dengan ruang carrot. Kali ini carrot bercambah dulu berbanding dengan lettuce disemai pada hari yang sama. Bulan yang sesuai untuk tanam sayur lettuce.
 Minggu ini dah officially masuk musim buah-buahan peak dekat Kebun Bahagia Bersama sampai tak perasan banyak pokok-pokok terutamanya manggis dan pelbagai jenis rambutan dah ranum buahnya. Adik bongsu tukang kebun setiap kali pulang dari peperiksaan SPM masuk pagar kutip manggis banyak jatuh di bawah pokoknya berdekatan pagar rumah sambil hilangkan stress agaknya. Tukang kebun pun tangan dah lenguh berkilo manggis dan rambutan dok kopek untuk anak-anak kalau dilayan tiap hari. Setiap pagi Syukur Alhamdulillah minggu ini ada satu mangkuk penuh buah mulberry untuk sarapan 15 months old Abby minggu ini. Agaknya mama Abby asyik pulun bagi banyak natural vitamin untuk Abby, hilang batuknya cepat tanpa perlu beri ubat. Sejak cuti sekolah ni tiada masa nak pusing-pusing kebun, semalam baru perasaan buah katak puru dah banyak yang masak dan ada kena santap sudah. Buah-buah lemon pun sejak kebelakangan ni sampai jatuh-jatuh tergolek dekat tanah baru nak kutip ketiadaan masa. Rasanya limau kasturi dekat belakang nun sana pun mesti banyak buahnya. Asam jawa pun tengah lebat berbuah. Ubi kayu yang tukang kebun tanam lebih kurang 9~10 bulan pun masa yang sesuai untuk tuai, hari tu ada tuai memang masa paling ngam. Adik-beradik keluarga pelbagai jenis kacang pun meriah memberikan rezeki. Nangka pun memanggil-manggil untuk dituai.  Ciku pun macam meriah sahaja lagi buahnya. Tukang kebun buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Goodies Mixed untuk yang berminat delivery minggu depan boleh merisik (kebunkmg@gmailcom). More than 5 different goodies mixed in a box, ada 2 jenis pakej offer ; Goodies mixed hampir 2 kilogram guna prepaid box pos laju Small Size (RM20) or Goodies mixed yang boleh isi hampir 5 kilogram guna prepaid box pos laju Medium Size (RM30.00).  Err...biasanya buah katak puru dan lemon adalah antara hot item Pasar Kebun Bahagia Bersama, jadi kalau ada hasilnya untuk shipment Monday/Tuesday will be divided equally if ramai yang letak that hot item as priority.

Menguji mata: Ada berapa angsa dalam gambar?

Khamis, 21 November 2013

Timun White Wonder

 Dari mula terjebak dalam menanam sayur-sayuran sendiri di rumah, timun wonder white yang berwarna ke arah putih adalah antara jenis timun kegemaran kami. Tanam timun yang berbeza dari yang mudah didapati di pasar sangat seronok kerana setiap jenis timun yang dituai segar ada rasa kelainan sendiri. Kalau orang tanya tukang kebun kenapa bersungguh-sungguh nak tanam timun juga, ini adalah sebabnya tak akan tukang kebun dapat makan timun kegemaran tukang kebun ini kalau bukan dari tangan sendiri. Selain dari jawapan selamat makan timun sendiri, free of pesticide spraying.
  Pokok timun white wonder yang mula menjalar seakan kanopi di atas pokok capsicum banana
Food for thought:
  Soalan yang kerap tukang kebun terima: pakai racun/ organik spray apa di tanaman sebagai kawalan?
  Jawapan : Tukang kebun tiada amalkan spray apa-apa di atas tanaman. 
  Sebab utama tukang kebun tidak spray mahupun secara organik ialah untuk menjaga hubungan akrab dengan serangga baik yang bersayap dan beneficial gardening insect lain. Apabila kita spray untuk tujuan utama menghapuskan serangga-serangga perosak, tetapi sebenarnya juga akan effect kepada serangga produktif yang berguna di dalam sistem ecology di kebun. Spraying does not discriminate between the good and the bad guy. Beberapa tahun lepas semasa permulaan alam berkebun, ada juga tukang kebun memakai garlic atau chilli spray kepada tanaman untuk mengurangkan bena/aphid dan yang sejenis perangai dengannya. Kebetulan ladybug yang baik juga ada baru sahaja nak berjinak-jinak di tanaman tersebut memainkan peranan untuk makan bena/aphid tersebut. Setelah di spray ladybug terbang melarikan diri ke tanaman lain yang tidak disentuh oleh organic spray. Dari observation tukang kebun episode main kejar-kejar dengan ladybug dan menunggu kedatangan si lebah, tukang kebun punya kebun menerima lebih banyak kunjungan kawan-kawan kecil baik yang bersayap semasa tidak spray apa-apa berbanding dengan apabila spraying terasa sunyi tanpa kehadiran meriah mereka di kebun. Cuba kita fikir posisi mereka,  kalau kita jadi mereka adakah kita akan suka kepada makanan (bena/aphid) yang too much flavouring coated with garlic or cili? Tentulah tak mahu juga kan, baik terbang cari makanan lain. 
 Memang nampak cantik tanam tanaman yang sama berderet-deret seperti chains tapi maintenance tak mudah. Kalau tanam pelbagai di dalam satu ruang somehow you break the chains untuk serangga perosak dari merebak dengan cepat. Ini yang diamalkan dalam konsep permaculture...mmm more like hutan rimba untuk tukang kebun pemalas seperti saya. Dalam kebun ada yin ada yang, both give the natural balance in ones garden. Kebun Bahagia Bersama is never a perfect garden, does not thrive to be a perfect garden, but one that always evolved as time goes by together with mother nature. 

~ Biji Benih Timun White Wonder ~

Anggaran 10 biji benih 1 pek RM3.00 .